About Me

Travel photographer malaysia

Hi, salam perkenalan pada semua. Blog ini dimiliki oleh saya, Qaedi Shamsuddin. Menetap di Selangor dan membesar di Kuala Lumpur, sudah banyak yang saya lihat dan rasai (dan belum alami) di dua negeri ini, sepanjang dibesarkan oleh arwah abah. Makanan dan tempat menarik antara pengalaman yang dikongsi bersamanya dan ingin saya rekodkan dalam blog ini.

Saya juga memulakan blog ini dengan niat untuk cuba-cuba berblogging dan berkecimpung dalam dunia Internet dan social media. Disamping itu saya akan cuba juga isikan dengan gambar tempat-tempat yang pernah dan akan saya lawati, makanan enak di sekitar saya dan juga macam-macam benda lagi yang saya gemari dari golf, lampu suluh dan gajet.

Fotografi

Mula menggunakan kamera filem abah jenama Pentax tapi hanya main-main sahaja tanpa diisi filemnya. Semasa tingkatan 4, abah berikan Kodak Cameo, kamera filem compact automatik, manual mode (crank roller untuk advance negatif). Sewaktu di UiTM Lendu, join student art & design untuk group buy SLR filem Nikon F55. Tapi kos develop filem agak mahal sebagai pelajar waktu tu untuk bereksperimen tanpa asas fotografi yang baik. Pertama kali menggunakan kamera digital semasa di UiTM Shah Alam, untuk kelas asas fotografi kewartawanan, dengan DSLR Olympus E-500 milik fakulti. Setelah bekerja sebagai customer service agent call centre, dengan gaji tahun pertama, dapat membeli Nikon D2H (4 megapixel!) dan kemudian bertukar ke EOS 5D dan beberapa lens EF dan L.

Makan & makanan

Saya dibesarkan menghargai makanan enak yang tidak semestinya mahal. Pengalaman pertama memilih ikan kembung sendiri untuk dibakar sewaktu berumur 9 tahun (terima kasih Mak Ngah!). Tidak lah terlalu cerewet memilih makanan, yang penting ia disediakan dengan penuh minat, ikhlas dan bersih. Susah nak jumpa penjual makanan macam ni tapi saya yakin mereka ada di seluruh pelusuk Malaysia untuk saya temui satu-persatu. Saya juga minat memasak sedikit-sedikit dan paling digemari, grill & barbecue!

Jalan-jalan

Siapa tak suka jalan-jalan kan. Walaupun sudah dijejaki ke seluruh penjuru Semenanjung dengan memandu Ferarri Myvi tahun 2008 (mileagenya sudah 200k…) tapi itu semua atas nama kerja. Sayang, saya hanya mengambil sedikit gambar (itupun sudah hilang, laptop crash). Buat masa ini, akan ditumpukan kembali ke kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, dan akan dijejaki semula laluan tahun 2008 – 2012 sepanjang bertugas sebagai industry educator (nama mat saleh untuk jurulatih/trainer) di beberapa buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh Malaysia. Tak lupa juga tempoh 1984 – sekarang, di pelbagai tempat yang pernah saya tinggal, sehingga menghadiri 11 sekolah (8 rendah, 3 menengah), di negeri Johor, Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur.

Review

Ruangan ini apabila ada kandungannya kelak akan digunakan untuk berkongsi pengalaman menggunakan produk dan perkhidmatan yang pernah dibeli atau dilanggan di pasaran. Saya banyak merujuk review blogger dan tulisan di Internet sebelum membuat sesuatu pembelian. Wang terlalu berharga untuk hanya membeli membuta-tuli tanpa input dan makluman pengguna yang berpengalaman sebelumnya, bukan? Jadi saya harap ruangan review ini nanti akan dapat membantu anda membuat keputusan sebelum membeli/membayar untuk sebarang produk dan perkhidmatan.

Harapnya anda yang sudi singgah membaca akan dapat sedikit sebanyak info yang bermanfaat dan dapat dikongsi dengan pembaca lain. Jika ada komen membina untuk dikongsikan hubungi saya dan saya akan berusaha membalas emel anda secepat mungkin.

Terima kasih!
Qaedi Shamsuddin
10 Ogos, Selangor

Selain dari yang dinyatakan, semua gambar foto yang dipaparkan di blog ini adalah termaktub dibawah peruntukan Creative Commons Atribusi-BukanKomersial-TiadaTerbitan CC BY-NC-ND. Gambar-gambar milik saya boleh didownload full resolutionnya di laman Flickr saya dan boleh digunakan untuk kegunaan bukan komersial dan mestilah tidak diubah atau diolah dalam apa cara sekali pun. Minta beri kredit Qaedi Shamsuddin-shadesofqaeds.com kepada setiap gambar yang digunakan. Minta juga link back ke blog ini sebagai bayaran penggunaan gambar. Semua gambar boleh diambil untuk tujuan seperti yang dinyatakan tanpa perlu meminta kebenaran terlebih dahulu. Majulah fotografi untuk negara.