Ziarah Masjid Sri Sendayan

Sejak dikena berkurung dari bulan Mac tahun ni, memang takde la sangat nak keluar ambil gambar. Even nak ke street KL pun takut, Miss LG pun bimbang menegah jangan lah keluar ambil risiko takut kena corona. Qaeds sendiri rasa tak sedap hati, takpa lah, pasti ada ramai pejuang photo lain yang berani dan banyak merakamkan scene Kuala Lumpur sunyi sepi macam dilanda garuda. My mental state masa tu pun kurang sesuai nak keluar berjalan ambil gambar, kepala hanya risaukan yang dirumah in case apa-apa terjadi.

Sejak dah terlepas sekitar bulan Jun, kami dapat lah panjang kaki ke masjid cantik di Felda Sri Sendayan ni. Berulang kali Miss LG ajak ziarah sebelum ni tapi tak kesampaian. Sejak dah dibenar merentas negeri, kami ambil peluang selepas melawat tok ma Miss K di Nilai dan ke Masjid Sri Sendayan sebelum balik KL.

 

Memang sangat cantik masjid nya, pada pendapat dan mata Qaeds, senibinanya segar bagi scene masjid di Malaysia ni. Dari artikel the Star ni, masjid ni adalah wakaf dari pengasas kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain. Beliau juga mewakafkan Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2. Pengaruh senibina masjid zaman Ottoman, Masjid Nabawi dan juga Taj Mahal jadi inspirasi dan gabungan ilham rekaan ni jadi sangat istimewa hasilnya, untuk kunjungan orang ramai.

Masjid Sri Sendayan
An imposing sight, in otherwise normal looking new housing development area

Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan

Pada mata Qaeds, masjid ni dibina dengan banyak perhatian diberikan di segenap sudut binaan, terisi dengan ukiran, hiasan lampu yang cantik dan semestinya favorite Qaeds, gerbang ala indo Saracenic. Itu sebab nak datang sangat dan ambil gambar masjid ni.

BACA  Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Masjid Sri Sendayan
Gerbang cantik, yang paling cantik di mata Qaeds setakat ni

Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan

Sayang nya ruang utama solat ditutup kepada orang awam, hanya ruang solat kecil dibuka untuk solat jemaah. Hanya dapat tengok dari tingkap kaca betapak cantiknya bahagian dalam masjid ni, tak pernah lagi dapat tengok hasil hiasan dalaman yang sangat detail, patut la kos binaannya cecah RM100 juta.

Masjid Sri Sendayan
Hiasan dalaman masjid yang paling elaborate pernah Qaeds lihat. Short of ke luar negara, jadi lah dapat tengok keindahan Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan

Habis waktu Zohor, Qaeds dan Miss LG melayan Miss K bermain di atas lantai marmar yang sejuk. Waktu ni Miss K baru dapat kaki, memang nak bagi dia berjalan sepuas hati. It was very lovely to spend time here, this beautifully built mosque and a very special one too.

Miss K & Miss LG
Miss K excited running around, pertama kali dapat ruang luas nak praktis berjalan

Masjid Sri Sendayan
Ruang besar yang sangat inviting. Duduk sebentar rehat, sejuk lantai mamar dan kecantikan hiasan senibina juga menyegarkan mata menghilangkan penat.

Masjid Sri Sendayan
Thank you for keeping mask on!

Setakat ni kami tak kesampaian nak bawa Miss K ke Masjid Wilayah, masjid istimewa yang banyak kenangan bagi Qaeds dan Miss LG. Tapi rezeki si kecil dapat melawat masjid cantik ni dulu, syukur banyak pada Allah dengan izin-Nya kami sampai menjejak kaki. Untung nya rezeki orang Sendayan dapat selalu ziarah masjid cantik ni. We hope to come again sebab sekali saja tak puas hati.

Miss K & Miss LG
Marmar warna cerah diding dan tiang gerbang beri light yang flattering untuk portrait.