Tahun yang hilang

Tahun 2020, memang lah sangat tak sama dengan apa yang Qaeds harapkan, harapan tinggi menggunung sejak umur 12 tahun, ingatkan akan ada kereta terbang, hoverboard dan bangunan yang lagi tinggi dari KLCC. Semua dari inspirasi kartun 2020 dalam komik Rileks!

Kartun favorite Qaeds yang hanya dapat beli 1 episod sahaja dalam komik Rileks! circa 1996. Siapa yang pernah baca mesti akan bayangkan tahun 2020 akan macam dalam komik ni http://kutubkhanahku.blogspot.com

Fast forward, 2020 setakat ni langsung tak jadi macam yang dibayangkan. Instead, kita dapat pandemik yang baru Qaeds tau perkara sama berulang lebih kurang setiap 100 tahun. Rakyat Malaysia daripada tegar tak pakai mask time jerebu, semua dah macam Korea & Jepun, pakai mask setiap masa. Daripada tak reti beratur, dah makin pandai beratur tunggu giliran. Ada rahmat juga disebalik bahana virus ni dan mungkin banyak lagi yang tak tersingkap kefahaman.

Kaleela & opah
Miss K dengan opah tersayang nye

Kaleela
Pre lockdown. Baru nak terasa berdebar dijangkiti virus dari tourist melawat masjid

Jadi, seperti ramai yang lain tertakluk dengan norma baharu dengan perlaksanaan PKP dan pelbagai versi PKP nya, Qaeds dan Miss LG dan si kecil Miss K, kami di rumah, buat hal sendiri, masak, kemas rumah, makan minum and repeat. Rasa bersyukur rezeki kami berdua dan Qaeds sendiri sebab dapat tengok Miss K membesar setahun pertama nya.

Breakfast lockdown cooking
First of many home cooked meals. Yang lain sadaqallah hul a’zim gambar nya malas nak diambil dah.

Breakfast lockdown cooking
Miss K’s lazy morning breakfast in bed

Raya 2020
Takut2 berjalan petang raya hajat nak bergambar anak beranak di sini. Nasib polis peronda tak halau sebab kurang padat sangat orang.

Kaleela
1st baju kurung, lovely Aminah kurung from Evermine Baby Wear

Bekerja remote dari rumah jadi kebiasaan, mujur dah pernah ada pengalaman sebelum ni, so tiada masalah nak connect Zoom atau Microsoft Teams dan collaborate dengan cloud apps. Qaeds harapkan makin ramai yang akan serasikan diri dengan gaya kerja remote ni, dan akan jadi kebiasaan dikalangan majikan.

BACA  Potret Sultan dan Pembesar
Kaleela
Pre lockdown at Sebare Hills

Kaleela
Celebrate birthday bah during lockdown

Kalau dah bekerja semua dalam laptop dan Internet, apa ada hal memang mesti jalan punya kerja. Time PKP pun Qaeds conference call sambil dalam kereta tepi highway, ok je setel virtual training untuk oversea clients.

Kaleela
Morning routine masa lockdown, menatap wajah si kecil ni buka mata pagi hari

Kaleela
Lemau dah asyik berkurung dalam rumah

Kaleela
Somedays, good mood good days

Kaleela

Dengan perkembangan semasa pandemik ni, Qaeds hanya mengharapkan yang terbaik, supaya kita semua come out strong dengan dugaan yang Allah berikan ni. Qaeds pernah terfikir apa akan terjadi should the worst happen i.e. kegawatan ekonomi sampai hilang kerja tapi tak pernah terjangka senario semacam pandemik ni yang berlaku. Can’t say I’m prepared for this or for whatever eventuality tapi harapnya lah rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua sebab sesungguhnya lemah terasa diri bila diuji Allah sebegini.

Kaleela
Miss K is one! Good thing ibu is a balloon fairy so your birthday made special thanks to her.

Qaeds akhiri dulu post ni, sebab tak banyak apa pun nak ditulis, sekadar nak adakan post untuk tahun 2020 ni. Bagi Qaeds, 2020 is a gone year. A lot happened to us, its bittersweet, banyak yang nak dikenang, tapi juga banyak nak dilupakan.

Next post akan up, trip ke Kota Bharu untuk shoot wedding teman baik Qaeds dan ziarah ke Masjid Sri Sendayan sebaik saja dibenarkan merentas negeri bulan Jun haritu. Stay safe semua and remember, social distancing saves lives dan sentiasa pakai mask ok.

Kaleela
New start and beyond!