Sotong Sambal Petai

Sotong Petai

Lagi satu test masak-masak, akibat tak tahan tengok  gambar makanan dalam Instagram. Ada satu akaun makanan Indonesia ni Qaeds follow sebab suka tengok cara dia masak dan hidang masakan sotong pedas berlada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nasi Pedas & Oseng Juragan (@nasipedas.osengjuragan) on

Suka tengok dia gunting sotong tu jadi ropol-ropol tu je. Since tak boleh nak bayang apa bahan yang dia guna, Qaeds taram je lah buat sambal letak petai, and gunting sotong masa dalam kuali, jangan sampai putus je.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nasi Pedas & Oseng Juragan (@nasipedas.osengjuragan) on

Berpandukan post di atas, Qaeds pun first time nak masak sotong ni, semangat lah pergi Chow Kit beli sotong RM15 lebih kurang dapat 5 sotong sederhana. Siap rujuk YouTube cara nak cuci sotong, especially part nak buang pundi dakwat.

Untuk sambal, Qaeds tumis cili blend, campur cili boh dan belacan bagi kick sikit. Dan tak lupa petai. Dan inilah hasilnya, selepas menumis sambal merecik-recik habis tile dapur.

Sotong Sambal Petai

Overall, masa persiapan dan masak dalam satu jam dari cuci sotong dan cili blend ada stok lagi buat nasi lemak sebelum ni. Ni satu hidangan yang Qaeds mesti akan buat lagi kalau terasa nak makan sotong. Lagi puas hati sebab dapat sotong banyak, boleh makan banyak mana nak dan letak petai sebanyak-banyak nya. Dan tambahan pula sotong memang fresh pilih sendiri. It is a bit of work but worth it.

BACA  Bakso Monster Cafe
Sotong Sambal Petai
Udang Kam Heong in the background

Lesson learn untuk hidangan ni ialah Qaeds terletak banyak air sebab takut sambal hangus lepas masuk sotong, sedangkan boleh letak sikit je dan tunggu air sotong keluar. Tapi Miss LG tak komplen apa pun and terus balun je so I guess its ok.