Rayau Bandar Melaka

Bandar Melaka

Tahun 1994 tahun paling banyak Qaeds datang ke Melaka, ikut abah jumpa geng snooker nya. Kadang kami pergi balik hari, tapi makin kerap datang kami start spend weekend. Dan dalam masa setahun, Qaeds kerap dibawa pusing-pusing bandar Melaka, mencari makan asam pedas dan kedai snooker.

Selepas tahun 1994, Qaeds dah tak lagi datang kemari, tapi kenangan naik kereta malam hari di Bandar Melaka tetap segar dalam ingatan. Deretan bangunan kedai lama sebelum sampai ke Stadhuys dan di sepanjang Jonker Walk, masih jelas dalam memori walaupun bertahun sebelum dapat datang semula.

Dari 2002 hingga 2006 Qaeds sambung belajar di negeri bersejarah ni, tapi dalam masa empat tahun, hanya sekali saja sampai ke Porta de Santiago, pintu pagar kota A Famosa. Selain tu, tak pernah langsung jejak ke muzium atau berjalan di sepanjang kaki lima kedai bangunan lama di sepanjang jalan yang wujud sejak lama. Contoh, Jonker Walk yang dikatakan wujud sejak zaman pendudukan Belanda di abad ke 16 dan 17. Berapa banyak batang jalan yang setua itu kita boleh lalu hari-hari?

Azam kali ni untuk ambil gambar sekitar bandar Melaka, dalam misi Qaeds dan Miss LG melarikan diri dari krisis putus bekalan air. Kali ni tiada alasan kamera berat, sebab Qaeds bawa Fuji X-pro 1 dan lens comel Voigtlander 21mm f4 Color Skopar. Lens 21mm ni dengan sensor APS-C Fuji jadikan angle of view lebih kurang 35mm. Walaupun bukan lens terbaik, dengan isu distortion nya, tapi Qaeds dah lama nak cuba ambil gambar travel dengan lens 35mm equivalent, nak break away dari 50mm yang jadi staple sebelum ni.

BACA  Kuih Pasar Siti Khadijah

Qaeds susur beberapa lorong dan melintas di jambatan kecil menyeberang Sungai Melaka berulang-alik, snap gambar sambil lalu. Photo op memang banyak, tapi Qaeds masih slowly melatih mata untuk spot scene gambar. Betul kata orang, nak cekap sesuatu, kena kerap buat.

Dengan 35mm, mudah nak zone focus sebab depth of field nya banyak, so margin of error kecil sahaja untuk miss focus. Lens Voigtlander 21 mm ni, f8 set distance scale ke 1.5 meter pun dah cukup bagi fokus foreground ke backgroun. Masa di Melaka ni, cuaca panas terik so Qaeds guna f16 sentiasa.

Bandar Melaka
Shoot from the chest

Untuk pertama kalinya, Qaeds betul dapat menjejaki laluan yang sebelum ni hanya jadi angan-angan setiap kali terkenang bandar Melaka. Bermula di Jambatan Chan Koon Cheng di Jalan Kampung Pantai, Qaeds melintas Sungai Melaka. Kemudian membelok kiri ke Lorong Hang Jebat yang membawa sampai ke pangkal pasar malam Jonker Walk, berhampiran Hard Rock Café.

Bandar Melaka
Sungai Melaka

Bandar Melaka
Jonker Walk

Dari sini, Qaeds menyeberang semula Sungai Melaka, tiba di bulatan kecil depan menara jam. Dan di sini lah tumpuan paling ramai pelancong, yang dulu Qaeds hanya tengok dari dalam bas dan kereta. Kali ni, I get to play tourist. Dengan kamera di leher, bebas mengambil gambar pemandangan. Mencuba falsafah baru, tanpa banyak berfikir dan ambil saja gambar. Tapi masih juga over analyze kadang kala.

Bandar Melaka
Christ Church Melaka

Dari tepian Sungai Melaka dan Hard Rock Café, Qaeds sampai depan Stadhuys yang penuh dengan pelancong Asia. Di sini tempat paling banyak nak tengok ragam pelancong yang rata-rata memang lost in the moment. Seronok bergambar semuanya.

Bandar Melaka
Bastion Middleburg

Bandar Melaka
Bastion Middleburg

Qaeds akhiri jalan-jalan petang hari ni di area Jambatan Awam Kampung Jawa. Di sekitar jambatan ni, banyak lorong-lorong belakang dengan bangunan lama yang memang tak ramai orang. Sesuai lepak ambil angin petang sambil tengok Cruise Sungai Melaka bawa pelancong.

BACA  Masjid Selat Melaka
Bandar Melaka
Jambatan Kampung Jawa

Bandar Melaka
Jambatan Kampung Jawa

So far, jambatan ni spot paling Qaeds gemar sebab paling tak dipenuhi pelancong. Walaupun banyak travel lodge dan pub/bar kecil, di sepanjang tebing sungai dan jambatan kecil ni, aman.

Bandar Melaka

Kesimpulannya, Qaeds rasa finally dah cukup tercapai misi peribadi dengan bandar Melaka lama untuk diambil gambar. Almost 20 years in the making. Next post, Jonker Walk again, malam hari tapi dalam B&W.

Bandar Melaka