
There is something about black & white photos yang menarik perhatian Qaeds, kadang lebih dari gambar berwarna. Learning style Qaeds ialah melalui visual, naturally gambar berwarna senang dapat perhatian. Tapi somehow, gambar hitam putih ialah medium yang lebih Qaeds gemar, walaupun tak banyak dalam blog ni gambar black & white.

Kerana shoot dengan kamera digital, automatik gambar yang diambil dan final version ialah berwarna. Terutama untuk client wedding, semua gambar memang tanpa perlu dimaklumkan pun, mestilah gambar berwarna. Black & white conversion Qaeds akan buat hanya kalau terasa nak buat, dan ikut kesesuaian gambar yang nak diubah warna.

Sebab tu, jarang-jarang lah nak convert gambar warna ke monochrome ni sebab additional step nak process dan kalau purist photography tengok dan tahu gambar digital convert ke monochrome, diorang tak heran pun. Client pula tak pernah minta untuk gambar berwarna hari event dibuat black & white.
Black & White Wedding & Engagement

Untuk shoot client wedding baru-baru ni, bride minta Qaeds gunakan kamera filem miliknya untuk diambil gambar semasa hari event. Kamera yang Qaeds guna ialah kamera filem dari tahun 70-an iaitu Konica Minolta Hi-Matic G.
First time Qaeds guna kamera filem rangefinder style Hi-Matic G ni, rasa awkward sebab interface dia lain sikit dari kamera baru. Lens nya fixed, dan tiada scale untuk jarak focus. Exposure ialah mode auto, jadi hanya perlu pilih jarak fokus yang betul (portrait, group, landscape), compose dan shoot.
Untuk kamera 70-an, agak moden juga fungsi nya. Nasib baik Qaeds dah memang guna lens manual focus dengan Fuji X-pro 1 jadi dah faham lah konsep zone focusing serba sikit.
By the time kami dah di Kota Bharu, kamera dah pun diload dengan filem Ilford HP5 Plus. Waktu guna filem SLR dulu, ada lah beberapa kali Qaeds shoot dengan filem mono dari jenama Kodak. Masa tu Qaeds tau Kodak je. Bila groom bagitau ada filem Ilford ni, jadi tak sabar pula nak guna and shoot nak tengok apa rupa hasil gambarnya. Khabarnya Ilford HP5 Plus ISO400 ni ialah filem 35mm paling terbaik untuk filem mono.
Bila bride share negative yang dah siap diproses dan scan oleh lab, Qaeds memang sangat suka hasilnya. Beberapa frame, out of focus sikit dan banyak, sebab terlupa nak set focus zone yang betul pada lens kamera. Good thing Qaeds dah biasa compose dengan viewfinder optical Fuji X-pro 1 dan dah biasa nak offset composition so tak lah teruk sangat terkerat kepala or badan masa compose frame.

Dah beberapa tahun shoot digital ni, Qaeds ada rasa jemu dengan precision dan sharpness yang senang nak dapat dari digital, dan kadang orang asyik sangat nak kejar sharpness semata-mata just because. By modern standard maybe photographer harini takkan boleh accept result macam ni. Tapi ni ialah apa yang bride nak, kamera dia sendiri dari hadiah si suami nya yang tukang loadkan filem. She loves the images and so do I.
Hopefully tak lama lagi Qaeds boleh tambah workflow filem untuk wedding client yang akan datang. Bila tengok hasil dari Ilford HP5+ ni, memang boleh jadi addicted untuk shoot monochrome. Ideally Qaeds nak rangefinder, tapi sebab susah nak dapat yang mampu milik, jadi kamera SLR jalan paling singkat untuk nak start shoot filem semula. Kalaulah ada orang nak sedekah Nikon F6 dengan 50 1.4 AIS…