
Tak selalu dapat peluang untuk ambil gambar pengantin tengah bersiap. Biasanya untuk wedding client yang Qaeds dapat straightforward keperluannya, hanya terus jumpa di masjid untuk akad nikah dan seterusnya majlis kenduri.
Tapi untuk client kali ni, si Auji, ada peluang untuk ambil gambar pengantin perempuan sebab dia yang hire Qaeds sebagai jurugambar, dan lagi pula Miss LG yang jadi jurusoleknya. So kami suami isteri sama-sama pergi kerja pagi hari untuk job. Ni pun jarang juga dapat macam ni.
Untuk beberapa client sebelum ni yang dapat Qaeds ambil gambar waktu bersiap, semuanya bersiap di rumah. Umumnya lampu pendafluor (baca: lampu kalimantang) tak beri warna yang pleasing untuk tone kulit. Dan nak fix dalam software kemudian pun makan masa juga. Auji pilih untuk bersiap di sebuah hotel atas alasan nak kan ruang selesa bersiap, tak kalut dengan persiapan yang masih belum selesai di rumah.
Hotel di Jalan Ampang dipilih sebagai lokasi bersiap dan ruang bilik nya cukup luas, ada ruang tamu dan bilik tidur berasingan. So, senang Qaeds nak work around dapatkan gambar-gambar. Kalau bilik tidur tipikal pengantin di rumah, akan tak cukup ruang untuk Qaeds bergerak menyelit.
Dan seperti kebiasaan hotel, warna lampu oren tungsten digunakan di segenap ruang, dan ini pun tak mendatangkan masalah sangat pada warna kulit berbanding lampu pendafluor. I think this is a good way of a bride to get ready, whenever possible.

Qaeds tumpukan sedikit pada proses solekan, ambil sedikit gambar sebelum dan fokus bila dah hampir siap solekan. Sebanyak boleh, Qaeds cuba dapat kan gambar yang pleasing, dan masih menggambarkan perasaan pengantin masa tengah disiapkan jurusolek.
Yang dicari, ialah gambar portret wajah dalam masa sendiri, yang merakamkan saat detik yang tak akan berulang lagi. Inilah wajah gadis yang bakal bergelar seorang isteri and this is the kind of photos I live for.
