Merayau Galeri Petronas

galeri petronas

Satu tempat kegemaran Qaeds di Suria KLCC ialah Galeri Petronas. Selepas Kinokuniya, inilah dua tempat boleh buang masa buat sesuatu tanpa perlu bayaran di tempat beli-belah yang kebanyakan kedainya Qaeds tak pernah masuk.

Di Kinokuniya, sejak pertama kali memang pit stop pertama pergi. Browse buku-buku and baca free. Kadang tu sampai habis satu title baca, kalau 3-4 kali datang. Nak beli masa sekolah dulu tak mampu. Harry Potter and the Deathly Hallows pun Qaeds habiskan baca masa break time waktu kerja call center seberang jalan KLCC. Lepas tu beli hard copy yang jual di flea market Amcorp Mall je.

Galeri Petronas ni, tak kerap sangat Qaeds pergi. Sebab dulu-dulu, rasa bosan je pun tengok hasil seni yang Qaeds pun tak faham. Maklumlah, masa form two cikgu seni cakap lukisan Qaeds macam budak darjah 3. So, memang lemau lah bab seni ni.

Tapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ni Qaeds mula enjoy ruang semacam galeri seni ni. Tak sempat ke Balai Seni Lukis Negara yang lama di Jalan Sultan Hishamuddin tapi yang di Jalan Temerloh, Balai Seni Visual Negara (BSVN) dah dapat pergi beberapa kali. Masa tu pertama kali dapat tengok hasil potret Dato’ Mohamad Hoessein Enas. Portret Pengantin Perempuan Iban yang paling Qaeds suka. Tapi sekarang dah jarang dapat tengok pameran macam ni. Seingat Qaeds hampir 2 jam duduk dalam galeri khas untuk semua hasil portret, paling banyak masa sekali depan pengantin Iban ni.

Pengantin Perempuan Iban. Oil Painting, 1963 senishukri.blogspot.com

Baru-baru ni, naik LRT ke KLCC (dah lama tak buat ni) Qaeds singgah ke Galeri Petronas. Seperti selalu, akan sentiasa ada pameran yang berbaloi diluang masa tengok-tengok. Lalu depan LV tengok-tengok pun bukan dapat apa pun…

BACA  Tahun yang hilang
Galeri Petronas
Ibu dan Anak. Ink on paper sketch, Dato’ Hoessein Enas, 1949. Where else nak tengok hasil seni lukis berusia 70 tahun?

Qaeds tak sabar nak tulis buku pelawat, satu kelaziman tiap kali datang melawat ke sini, tapi rupanya sekarang dah maju, pakai Ipad daa…kita dah siap standby dah Parker Jotter nak sign.

Kali ni tiada tema khusus untuk pameran, tapi ada beberapa hasil seni yang sangat menarik perhatian Qaeds. Mostly yang seni abstrak ni memang tak boleh nak hadam, tapi ada beberapa yang buat Qaeds tengok lama-lama.

Galeri Petronas
Qiblat, karya Bayu Utomo Radjikin. Berat, tak berapa dapat nak Qaeds selami, tapi cantik hasilnya. Kalau dapat jumpa, tolong la tanyakan yang pesilat tu buat signal tangan tu jutsu ke.

Yang ni installation paling best, Time Machine oleh Samsudin Abdul Wahab. Siap ada gegar-gegar bunyi ekzos dah macam real pula.

Galeri Petronas
Time Machine, installation. Samsudin Abdul Wahab, 2014

Sekali tengah jalan belok kanan nampak menatang ni. Terkezut kejap ingat ada samurai Jepun nak menyerang.

Galeri Petronas
Perisai dan perhiasan dari zaman maharaja Jepun kuno Toyotomi Hideyoshi

Galeri Petronas
First time tengok up-close, Hard to believe ini pakaian perang diorang punya lah cantik halus buatan.

Malaysiana Series

Antara kesemua hasil seni yang dipamerkan, siri Malaysiana oleh karyawan kelahiran Sabah, Yee I-Lann ni yang paling banyak masa Qaeds luangkan tengok. Siri Malaysiana ni gabungan beberapa frame foto-media dengan beberapa tema, tapi kesemuanya ialah gambar studio orang Malaysia dari tahun 70-an (berdasarkan pakaian) dan juga disahkan oleh blog post ni di laman web Yee I-Lann.

Galeri Petronas
Malaysiana, 2000. Yee I-Lann

Galeri Petronas
Malaysiana series: Rakan Muda.

Galeri Petronas

Galeri Petronas
Malaysiana series: Hari Jadi

Galeri Petronas
Malaysiana Series: Tempat Duduk

Galeri Petronas
Malaysiana series: Member-member. Take note how people posed with friends back then. Some are just too close to be comfortable to me hehehehe

Menurut blog post di website Yee I-Lann, Malaysiana ni (dan beberapa yang lain) berdasarkan tanggapan beliau yang kita ni selamanya dalam krisis identiti, walaupun kita asyik cakap pada orang luar yang kita ni multi-culturalism. Qaeds rasa tak jauh pun dari kebenarannya apa yang cuba disampaikan.

Betapa dalam nya maksud siri Malaysiana ni, Qaeds suka pada permukaannya, tengok fesyen pakaian orang semua sama, yang berbeza hanya warna kulit. Pada pendapat Qaeds satu masa dulu kita semua nampak hampir sama, pada masa sekarang, makin besar perbezaannya.

Satu lagi, Qaeds sangat suka bila dah banyak-banyak dihimpun sekali macam ni, senang nak spot pattern. Cuba tengok cara mimik muka masa ni Qaeds rasa they just be themselves, and not trying hard to pose sangat pun. The challenge I face to photograph people this days…haish…

BACA  Casa String Quartet perform di LRT Masjid Jamek #aotm

Anyways, mungkin ada yang tertanya macam mana Qaeds boleh dapat ambil gambar dalam galeri ni. Galeri Petronas ada letak poster di depan pintu masuk untuk ambil gambar selfie mana-mana hasil seni yang paling member impak pada si pelawat dan postkan ke akaun media sosial sendiri. I take that as permission lah untuk guna Fuji Xpro-1 dan ambil gambar sesuka hati. Polis bantuan dan petugas galeri rileks je biarkan Qaeds ambil gambar.

Galeri Petronas
Kaki Polis, digital photo. Qaedi Shamsuddin, 2019. Wahahaha boleh tak masuk Galeri Petronas satu hari nanti?

Galeri Petronas
Must be nice hari-hari bertugas dapat tengok karya seni cantik