Frame enlargement gambar wedding

Selepas post berkenaan album yang disiarkan pada Julai 2017 dulu, kali ni nak kongsi pasal frame gambar pula. Qaeds discuss panjang lebar berkenaan album gambar dari segi pemilihan kertas, material cover, saiz dan layout, dan untuk post pasal bingkai gambar, ada beberapa aspek yang nak dikongsi untuk pengetahuan bersama.

Ada apa dengan bingkai gambar?

Untuk display gambar di dinding, umumnya Qaeds suka canvas sebab dia sangat prominent bila dah digantung. Jelas nampak dan tebal frame kayu yang support canvas tu buat jadi nampak macam gambar tu timbul dari dinding. Tapi Qaeds selective dengan gambar yang display guna canvas berbanding dengan guna frame.

Kalau guna canvas, Qaeds akan print gambar yang biasa saja, means hanya untuk display semata nak bagitahu ada gambar tu. Tapi kalau gambar tu special, contoh portrait ke, black and white print atas kertas high quality, then Qaeds akan guna bingkai kayu dan keping kaca untuk protect artwork.

Sebabnya, dengan bingkai solid wood, gambar akan terlindung dengan kaca di depan, tapi pada masa yang sama protect isi gambar. Kalau ikut kan Qaeds, nak je beri tanpa kaca, supaya akan nampak terang dan jelas gambar, macam hasil kerja painters terkenal semuanya guna bingkai kayu.

Untuk client wedding, Qaeds akan sediakan gambar enlargement bersaiz 16×20 inci, saiz yang pada Qaeds just nice sebagai gambar frame pertama untuk pasangan suami isteri. Saiz ni balance supaya gambar tak nampak terlalu kecil atau besar sangat. Especially untuk rumah saiz kecil dan sederhana. Dengan pakej harga yang diberi, Qaeds rasa lebih sesuai untuk beri gambar enlargement dalam frame solid wood.

BACA  Portrait at sunset

frame enlargement malaysia wedding photography

Enlargement print by Heron & Finches

Over the years, Qaeds dah guna beberapa cara bila nak beri gambar enlargement. Pernah guna canvas dan juga  laminated photo paper dengan frame gold macam masa konvo. Mula-mula memang ok puas hati tapi then Qaeds sedar boleh beri yang lagi baik pada client, Qaeds decide untuk buat proper enlargement print dan frame solid wood.

Untuk enlargement print, Qaeds guna khidmat Heron & Finches (H&F), vendor yang sama untuk buat album wedding sejak beberapa tahun lepas. H&F guna kertas yang sama untuk album dan enlargement print so Qaeds dapat kualiti warna yang konsisten dan vivid untuk setiap pesanan.

Setiap pesanan, Qaeds akan sediakan file bersaiz 16 x 20 inci dengan white border bersaiz 2 inci untuk diletakkan mounting paper warna off white. Qaeds suka guna effect mounting paper ni buat nampak gambar lagi terjojol. Hee, susah nak explain, kena tengok sendiri baru faham.

Spesifikasi frame solid wood

Selepas beberapa trial & error, Qaeds decide untuk guna solid wood sebagai bahan bingkai. Untuk dapatkan frame macam ni, Qaeds guna beberapa khidmat kedai specialist frame yang mengkhusus buat bingkai untuk pelbagai jenis hasil seni. Dari segi harga, memang berbeza dengan frame konvo dan kanvas, tapi Qaeds dapat lebih kualiti dan timeless feel dengan bingkai solid wood ni.

Tiap pesanan Qaeds akan order macam ni:

  1. Bingkai solid wood 16×20 inci, bersaiz lebih kurang 3 – 4 inci tebal warna kayu gelap dengan sedikit detail lining gold atau silver bergantung kepada kesesuaian gambar
  2. Kaca untuk protect gambar
  3. Mounting paper warna off white tebal 2 inci di sekeliling gambar
BACA  Portrait Raya Masjid Wilayah 1439H

Framer akan buat beserta dengan tali untuk gantung frame dengan ukuran yang sesuai so tinggal nak skru dinding dan gantungkan.

Canvas vs. Frame

Ada yang tanya, kenapa susah-susah untuk enlargement ni sampai nak print dengan vendor lain dan bingkai frame dengan vendor lain, guna kanvas lagi senang. Well, kalau nak senang kerja, memang lah Qaeds bagi kanvas saja. Tapi takkan senang macam tu je kan? I want my paying client to have the best quality print that I can provide, atas alasan mudah, biar semua puas hati.

Qaeds akui, ada client yang terkejut bila diberi frame dengan kaca, ada yang kata “Alamak bang, kenapa ada kaca ni, takut pecah pula nanti susah” atau “Kenapa tak buat kanvas saja? Sekarang kan semua orang dapat kanvas kalau gambar wedding. Lagi modern look”. Well, they are not entirely wrong, however I have my own arguments, and here they are:

  1. Frame kayu tahan lama (kalau dijaga dengan baik), dengan kaca akan protect artwork yang dicetak dengan warna penuh vivid
  2. Dengan material dan detailing yang sesuai, frame akan nampak timeless. I care not for modern, but I do care for timeless look.
  3. Frame yang nampak kukuh dan solid akan beri emphasis pada isi gambar. Try baca artikel dari auction house Christie’s ni untuk perbincangan lanjut kepentingan frame pada hasil seni lukisan tangan Old Masters.
  4. Reason last ni petty je, Qaeds rasa dinding terhias elok macam di hotel mahal kalau frame solid wood yang sesuai digunakan. Tambah pulak spot lighting warm color, fuhh lagi nampak macam galeri seni.

Gambar yang menghiasi post ni dari wedding client Qaeds Syaida dan Nashriq yang baru ni jadi pengantin, dengan ihsan diorang Qaeds ambil contoh gambar frame ni. Sambil bagi frame ni, ambil gambar post wedding sikit buat kenangan. Semoga kekal bahagia dan harmoni rumah tangga ye diucapkan.

BACA  Wedding Zila + Syidan

frame enlargement malaysia wedding photography

frame enlargement malaysia wedding photography

Nanti akan ada lagi frame dari client wedding bulan Mac, Qaeds akan update post dengan gambar close up frame. Ciao!