Portrait Raya Masjid Wilayah 1439H

Masjid Wilayah

First time orang request Qaeds ambil portrait keluarga dengan pakaian raya, Qaeds tak dapat menolak. Farah, kenalan Miss LG request untuk diambil portrait dia, suami dan 4 anak dengan pakaian baru sempena Aidilfitri.
Pening juga Qaeds nak arrange shooting waktu puasa, tapi Qaeds gagahkan juga. Boleh jadi distraction sementara tunggu berbuka.

Farah request nak adakan sesi portrait ni di Masjid Wilayah, dan Qaeds setuju bila memikirkan anak-anak yang senang nak berteduh kalau panas dan cuaca tak menentu. Masjid Wilayah ni pun dah memang terletak cantik, pusing ikut mana pun banyak background lawa.

Masa tiba di lokasi pada pagi Ahad, suasana sepi tak ramai pengunjung. Jadi senang kami nak pilih spot tak crowded sangat. Kebiasaannya kalau musim kahwin, memang penuh pengantin dan fotografer di Masjid Wilayah ni.

Children Portrait Aidilfitri Masjid Wilayah
Warm up dulu. Si kecil bongsu tak join lagi sibuk berlari sana-sini

Untung rezeki Farah sekeluarga, cuaca cerah dan tersangat lah cerah. Lighting yang agak strong dan contrasty buat Qaeds bawa mereka di bawah shade yang juga banyak ada reflected light. Ini sebab Qaeds suka masjid ni dan Miss LG pun. Even cuaca mendung, boost ISO sikit pun boleh dapat decent exposure.

Children Portrait Aidilfitri Masjid Wilayah
Dalam dunia sendiri

Kisahnya anak-anak Farah ni, semua nya sangat lah excited dan seronok bila sampai. Qaeds sebenarnya bimbang yang diorang akan kebosanan bila disuruh posing gitu gini. Turns out, their energy is the answer untuk Qaeds approach session ni. Farah kata anak-anaknya memang seronok suka tempat luas-luas macam ni. Boleh lari sana-sini. Yang berpeluh uncle Qaeds lah nak mengejar korang nak oiii…

Children Portrait Aidilfitri Masjid Wilayah
Puas si kakak mengejar si kecil seronok berlari

Qaeds dan Miss LG memang happy sangat buat portrait ni. Miss LG banyak membantu, tolong tengokkan budak-budak sementara Qaeds shoot portrait Farah dan suami. Overall it was a real fun experience for both of us.

BACA  Album kahwin iQaeds Photo by Heron & Finches

Family portrait Aidilfitri Masjid Wilayah

Sebagai final product, Qaeds buat kan enlargement 16×20 dengan frame. Qaeds sertakan sekali Black & White prints dengan frame juga gambar budak-budak berempat tu dan satu stack prints saiz 4R. In the future, Qaeds mungkin boleh introduce beberapa lagi produk untuk client pilih.

Family portrait Aidilfitri Masjid Wilayah
Feeling macam kat Turki katanya

Children Portrait Aidilfitri Masjid Wilayah
Dah puas berlari, senang disuruh duduk nak ambil gambar

Children Portrait Aidilfitri Masjid Wilayah
Yang dua ni kena curi-curi ambil gambar baru dapat

In the end, Qaeds dan Miss LG tak sangka ada peluang kami kembali ke masjid indah ni untuk cari rezeki, lepas shoot wedding event Disember lepas. Walaupun ada halangan dan cabaran tapi kalau dah tuhan nak bagi, tak kemana juga.