
Qaeds bukan pakar makan bakso. Peminat no. 1 pun tak. Benchmark bakso experience Qaeds cuma dengan dua tempat saja. Gerai bakso halal di pekan sehari, Serikin, Kuching, dan Restoran Ayam Penyet Shazdira di PJ.
So, pengalaman Qaeds dengan bakso sangatlah terhad. Yang pasti, selepas dua tempat pernah makan bakso sebelum ni, susah nak jumpa yang rasa hampir. Especially untuk rumah makan Shazdira, for good reasons, bakso nya boleh dikatakan sebagai fundamental.


Sebagai peringatan mesra, kalau nak cuba Shazdira, datang tanpa pengharapan dan datang sesempoi mungkin so you don’t stick out. It is not your typical F&B establishment, terletak di ceruk Taman Sentosa, PJ, with not the usual local crowd. Dari segi rasa, setakat dah 3 tahun ke sana, tak pernah hampa lagi dan percaya atau tidak, rasanya langsung tak berubah.
Kami dah di highway DUKE ke NKVE masa Miss LG ingatkan Qaeds untuk cuba kedai bakso yang dia nampak ada dekat dengan bus stand Pekeliling. Qaeds ingat juga, dulunya tempat kedai bakso tu nampak macam kafe bakeri hip. Tapi tak sempat nak pergi pun tengok dah tukar pun jadi kedai bakso. This time, kami decide nak pergi juga cuba. Takut bertukar lagi kedai jual benda lain pula tak sempat lagi nak pergi.

Untuk ke sini, datang dari bulatan Jalan Pahang menuju ke bus stand Pekeliling. Jangan merge ke Jalan Tun Razak, tapi susur kiri ke Jalan Tun Ismail, lalu bawah stesen LRT Titiwangsa dan akan mula nampak deret bangunan kedai di sebelah kiri. Start nampak kedai motor warna hijau, slow down dan belok kiri di simpang pertama hujung blok bangunan, sebelum service center Proton dan anda akan masuk ke Jalan Larut. Qaeds suspect yang parking tempat ni mungkin terhad, sebab tiada dedicated parking space, so Qaeds park saja tepi jalan lepas masuk simpang. Map disertakan untuk rujukan
A curious thing, di Google tiada review langsung pun pasal Bakso Monster Cafe tapi kalau macam ni biasanya ada beberapa maksud:
1. Tempat ni memang tak best orang tak bother nak tulis review
2. Masih baru, dan orang tak aware lagi
Kami putuskan untuk cuba juga walaupun being adventurous with food is not my virtue. Bilangan post pasal makanan dalam blog ni jadi saksi. Qaeds biasanya malang bila cuba tempat makan, satu dalam sepuluh baru jumpa yang sedap dan bila dah jumpa yang sedap memang tak pergi tempat lain.

Tapi sejak ada Google review, tuah dah improve sikit dengan bantuan Local Guide yang lain. Dah makin berani nak cuba tempat makan lain pula.
Bakso Monster Cafe, Jalan Tun Ismail, KL
Kami datang hari Sabtu jam 12 tengahari, pekerja tengah bersiap-siap untuk buka kedai. Kami pelanggan pertama untuk hari tu. Masa sampai, host kami Taufik cergas melayan.
Untuk waktu lunch 12 tengahari hingga 3 petang, promosi RM9.90 menu terpilh dengan free air Teh O Ais disediakan. Taufik cadangkan set lunch, dan kami order pecal ayam dan bakso. Best part, lunch set ni ada tiap hari.

Ruang makan terbahagi dua, bahagian indoor dengan air-cond dan bahagian luar. Setup meja standard untuk 4 orang tapi untuk group tak susah sangat nak rearrange meja. Pada Qaeds nampak sesuai kalau dua group dining dalam 6-10 orang masih boleh di bahagian dalam tapi kalau ramai lagi, memang duduk di luar. Rasanya jumlah seating ada untuk 30-40 orang total.


Qaeds suka tengok ruangan dalaman yang dihias dengan macam-macam hiasan. Cuma Qaeds seram dengan tall vase atas setiap meja. Dah la aku ni clumsy…
As for waiting time, kerana kami yang pertama sampai kedai baru buka, pecal ayam sampai dulu diikuti bakso tak lama lepas tu. Tapi kami dah plan untuk datang peak hour pula lepas ni. Since nampak cozy, kami nak cuba datang malam pula dan tengok kalau peak dinner time crowd service macamana.


Untuk makanan dari seberang, Qaeds cuma ada pengalaman yang sedikit dengan makan di Wong Solo, beberapa franchise ayam penyet usual suspects dan juga yang ‘lucky find’ macam Shazdira dan restoran D’laman dekat Balai Polis Gombak. So take my word with plenty of salt, Qaeds bukan pakar merasa makanan.
Are the food good? Yes, they are. Presentation kemas dan menarik. Susah nak dapat makanan hari-harian dihidang daun pisang. Yang kita sedia maklum, daun pisang bagi naik lagi rasa dan buat sedap mata memandang sebagai alas hidangan.
Bahan-bahan nya rasa cukup segar, tak lemau. Tauge dan sawi dalam bakso nampak cantik dan crunchy. Cuma lauk yang digoreng rasa macam dah suhu bilik tapi tak lah tahap masuk angin. Tapi benda ni sama juga di tempat makan dengan menu yang serupa.

As for pentol, iaitu bola daging nya, Qaeds kena kaji lagi apa yang buat dia dapat nama monster. Dari segi saiz, memang besar, tapi tak la unworldly monster punya besar. Yeah for RM9.90 takkan dapat besar penumbuk pentolnya kan?Yang istimewanya isi dalam pentol ada daging dan perut yang dikisar. First time makan pentol sumbat.
Life goals see below.
So are they great? Mmhh…I don’t know. Qaeds dah ukur rasa bakso dan pecal ayam dengan Shazdira dan yang di pasar Serikin, so susah sikit nak kata sedap atau tak. Kalau dari segi rasa saja, memang Qaeds lagi prefer yang Shazdira dan Serikin.
Tapi kalau overall, bakso dan pecal ayam Bakso Monster Cafe memang unbeatable. Qaeds rasa lunch set tu buat sangat bernilai, plus the ambiance is nice. Rasanya untuk kawasan jalan Tun Razak ni, tak banyak tempat makan macam ni.
1. Lokasi – senang nak cari, walaupun parking mungkin tricky.
2. Makanan – menu ada banyak pilihan, harga munasabah.
3. Suasana – part ni yang best pasal Bakso Monster Cafe. Lagu-lagu yang dimainkan pun cukup menyenangkan hati.
Will I come again? You betcha. Qaeds nak cuba kopi-kopi yang ada dan juga menu-menu lain. The place is cozy to chat, cuma kalau duduk di luar maybe bising sikit trafik sebab betul-betul tepi Jalan Tun Razak tapi apa ada hal?
Kalau nak melantak, baik pergi restoran Mehran di Chow Kit layan briyani Pakistan, tapi kalau nampak macam nak sangkut jem Jalan Tun Razak, memang baik berhenti lepak di Bakso Monster Cafe. Dari kepala meletup duduk dalam jem baik meletup layan bakso mercun yang penuh disumbat cili kata Taufik. Now imagine that…
