
Another first buat Qaeds, ambil gambar di Jonker Walk malam hari. Bertahun duduk di Melaka dulu masih pakai kamera filem, malas nak bereksperimen gambar malam. Sebab semua orang cakap time malam kena pakai tripod so malas nak angkat.

Bila dah ada DSLR pun, still stuck dengan exposure triangle, tak aware pun ISO is your best friend at night. Ditch that tripod behind. Kamera sekarang pun banyak yang ISO dah power gila. Setakat 1/5s selamba je handhold.
Qaeds cuma ada ISO800 dan f1.4. Sambil jalan dengan mak-mak, sambil snap apa yang dapat. Finally dapat juga gambar malam hari di pasar malam terkenal ni. Siapa yang tak tau Jonker Walk kalau datang Melaka?
Tapi sekarang, Qaeds pun tak tahu apa lagi tarikannya Jonker Walk ni. Nasib Geographer’s Cafe masih ada, my favorite watering hole. Pilihan live band masih best, tak pernah membosankan.

Masuk dari arah Casa Del Rio, Qaeds exit di Geographer’s. Malas dah nak harung crowd malam Sabtu. Ambil angin di Casa Del Rio. Tapi duduk tepi sungai depan tangga dia je lah.