#tb: Kota Bharu Road Trip 2010

Kota Bharu

Tengok dalam archive gambar, terjumpa folder nama “Kota Baru trip” dari road trip 7 tahun dulu. Dah lama tak tengok gambar-gambar ni. Sama macam post #tb: KL-Sibu-Kucing-Miri-KL, this post is throwback of a kind.

Kerana urusan kerja, Qaeds minta abang sepupu temankan, sebab tau dah he will make the best road trip buddy. Plus kami berdua memang sangat suka makan and our foodie experience go waaaay back since we were little. Di KB hanya dua benda yang kami nak cari: Nasi Kerabu dan Ayam Percik.

Kota Bharu Travel
Kitorang berhenti turun berlakon jadi reporter. NKVE

Qaeds pilih route favorite, dari NKVE naik ke utara, exit di Simpang Pulai dan mendaki jalan gunung ke arah Cameron Highlands. Singgah sekejap di satu kedai strawberry, cuci muka dengan air gunung free yang sangat sejuk, jadi kemestian Qaeds tiap kali di laluan ni.

Kota Bharu Travel
Hope masih ada lagi view ni

Qaeds memang geram tengok view cantik sejuk mata memandang di sepanjang jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. Abang memang cool jadi model sepanjang masa. That’s why 12 jam baru kami sampai KB dari KL.

Kota Bharu Travel
Crazy s%#t we do on the road. Good times!

Kami travel dengan berlapar dari KL, dan tiap kali rehat hanya minum air dan makan jajan, tegar tak nak makan berat. Memang nak bagi perut meminta-minta nasi kerabu, nak pastikan nafsu makan tahap maksimum.

Kalau taknak berlapar, ikut NKVE, exit Sungkai boleh singgah Nasi Bamboo Sg. Klah. Makan confirm kenyang sampai Kota Bharu.

Pasar Besar Siti Khadijah

Kota Bharu Travel
17-35mm @17mm. Habis semua jadi wide shot. Tak faham lagi effect focal length zoom lens masa ni.

Dah 12 jam perjalanan dan sampai jam 6 petang, terus rush ke Pasar Besar Siti Khadijah. The last time Qaeds ke sini tahun 1994, masih ingat lagi makcik-makcik jual kuih duduk bersila sama dengan kuih-kuih dan dia pusing kiri-kanan je masa nak bungkus. Tapi bila sampai tengok takda seorang pun jual kuih-kuih macam tu. Yang ada gerai serunding dan makanan kering. Dah la pening kepala, lapar, makanan dicari tak jumpa pula. Dah berpusing-pusing mencari ada la orang bagitau yang kuih-kuih dijual waktu pagi sampai lepas tengahari saja dan dah berpindah ke bahagian khas di tepi pasar. Kalau nak cari makanan, kami kena ke Pasar Malam Buluh Kubu.

BACA  Seminggu itu berlalu sudah
Kota Bharu Travel
Stok standard shot pasar Siti Khadijah

Pasar Malam Buluh Kubu

Kota Bharu Travel
Dapur arang ayam percik dah beraksi

Dalam kelaparan kami berjalan ke arah pasar, lalu depan McD pun tak berhenti dah, dalam kepala cuma terbayang nasi kerabu dan ayam percik.

Kota Bharu Travel
Amekaw gayung terus kuah percik. Ni Ayam Percik Yati. Sekarang kedai dah besar, ada lagi ke?

Masa kami sampai, gerai-gerai pasar baru nak setup dan sementara menunggu Qaeds snap sikit gambar. Masa ni sengal lagi guna kamera so tak banyak sangat gambar diambil. Semua shot nak pakai f2.8 sebab masa ni tak tau lagi konsep DoF scale.

Tengok saja jumlah lauk yang ada, Qaeds tengok bekas lauk nya pun dah puas. Mana nak jumpa macam ni di KL?

Kota Bharu Travel
15-16 y.o? Muda lagi dah berniaga. Cekap pula tu layan kerenah pembeli.

Kota Bharu Travel
Massive damage about to be inflicted

Masa nak makan, kami tumpang kedai tomyam dan order air. Kami order air buah mahal sikit, tanda terima kasih bagi bawa makanan luar. Seorang dua bungkus nasi, ayam percik dan daging bakar, senyap saja makan tak bercakap sebab dah kebulur seharian menunggu nak makan nasi kerabu di KB. Bagi kami berdua, cukup special dah experience tu.

Sarapan pagi seafood dan kuih-kuih

Kota Bharu Travel
Tengok lauk pauk rasa macam dinner time kat Great Hall Hogwarts. Akak ni ada house elf kut tolong dia masak.

Terkejut juga tengok lauk orang KB hidang time sarapan pagi. Jam 8.00 pagi dah bersusun seafood macam-macam hidangan. Memang rambang mata la pilih lauk. Tapi silap, tak kecek Kelate masa makan dan borak-borak dengan akak owner gerai yang sangat peramah, kalau tak mesti dapat harga bersahabat.

Dapat juga kami jumpa gerai jual kuih masa waktu pagi, akhirnya dapat tengok makcik bersila tengah-tengah kuih jualan dia. Qaeds beli macam-macam jenis pulut, berbagai jenis inti: kelapa, ikan, serunding, yang semua dibalut daun pisang dan dibakar. Pulut ni lah yang buat Qaeds teringat-ingat nak ke KB lagi tiap kali tengok kuih pulut panggang kat KL yang segan-segan je penampilan.

BACA  #tb: KL-Sibu-Kuching-Miri-KL
Kota Bharu Travel
Pening nak pilih kuih. Semua nampak sedap tak tau mana nak mula

Kota Bharu Travel
Nasi Kondo? Dan segala macam jenis pulut. Oh makcik ku rindu kamooo….

Depan gerai kami makan ada satu team budak-budak sekolah tunggu result SPM tengah buat part time buat cupcake. Sambil-sambil ambil gambar diorang, dapat sampler free. Balik beli sebekas buat buah tangan dapat free lagi sebekas.

Kota Bharu Travel

Kota Bharu Travel

Kota Bharu Travel

KB I’ll be back!

Kota Bharu Travel
“Lawo dok anok mokcik? Lawo kan dio?” Kawan Qaeds dah pesan jangan jawap, senyum gelak jaa.


Since then, Qaeds belum berpeluang lagi untuk ke KB. Dah 7 tahun berlalu mungkin dah banyak berubah, atau masih sama? Apa pun harapan Qaeds supaya Kota Bharu terus makmur sejahtera dan setia menanti kehadiran Qaeds lagi nanti insyaAllah.