
Baru-baru ni sempat singgah LRT Masjid Jamek, layan lagu hits version versi akustik. Band strings instrument, Casa String Quartet (@casastringquartet) perform beberapa lagu hits tempatan dan antarabangsa, di olah dalam bentuk instrumental.
Video dari Youtube Casa String Quartet
Performance ni dibawa menerusi program Arts on the Move (AOTM) anjuran Think City (@mythinkcity) dengan kerjasama Rapid KL (@myrapid). Lokasi Masjid Jamek ni strategik, ramai orang transit jadi ramai penonton singgah enjoy persembahan LIVE. Lepas balik kerja boleh layan seni bagi kurang stress.


Ada banyak performance masa bulan November ni dan Qaeds dapat singgah tengok yang Casa String Quartet ni perform. 4 pemuzik strings instrument perform live dalam kawasan stesen pertukaran LRT Masjid Jamek, diorang mainkan lagu-lagu hits dari Coldplay (Despacito pun ado) dan yang Qaeds rasa paling terbaik, Sudah Ku Tahu (Projector Band).

Qaeds memang menantikan performance diorang ni sejak dapat tahu dari FB Rapid KL, sebab tak pernah tengok performance macam ni LIVE, tambah pula di stesen LRT. Dengan cuaca mendung, memang syahdu layan lagu instrumental. Goyang kepala jugaklah…


Kepada yang naik LRT Kelana Jaya dan Ampang/Sentul line, boleh check kalendar event AOTM, masih ada beberapa persembahan lagi bulan November. Bulan Disember pun dah ada performance yang dijadualkan. Bila tren penuh sesak lepas kerja, turun singgah Masjid Jamek dulu, layan muzik/performance bagi hilang stress seharian bekerja.
Kepada peminat seni ataupun nak melayan seni free, boleh check page @mythinkcity dan @myrapid untuk info lanjut. Bulan Disermber dah ada performance dijadualkan, Think City akan umumkan pada 1 Disember nanti.