
Untung budak-budak zaman sekarang boleh belajar dengan tablet/smartphone, zaman Qaeds dulu (dan pasti anda yang membaca juga) hanya ada buku dan tv yang jarang-jarang boleh ditonton. Bila ada duit sikit, mampulah beli walkman pula dan beli kaset Dire Straits. Kalau tak, buku lah jadi alat belajar, hiburan dan escapism simple bagi kanak-kanak masa belum ada smartphone dan tablet.
Sepanjang hidup, Qaeds cuma baca beberapa buku saja, tak banyak sangat kalau nak banding dengan penggemar novel hardcore. Antara beberapa buku yang Qaeds pernah baca dan susah nak dilupakan ialah novel karya Sasterawan Negara Allahyarham Pak Arena Wati. Masa darjah 6, jadi librarian sekolah di SK Kuala Telang, Qaeds ditemukan dengan satu novel tulisan beliau, iaitu Sakura Mengorak Kelopak.
Sakura Mengorak Kelopak ni sangat lah best, sampai Qaeds baca pedih-pedih mata nak habiskan juga dalam 2 hari sebab tak boleh letak kerana jalan ceritanya yang sangat engaging. Sampai sekarang ni Qaeds masih ada senaskhah, itu pun sangat bernasib baik sempat beli di Dewan Bahasa dan Pustaka zon Selatan di Larkin Perdana, Johor Bharu sebelum kedainya ditutup pada tahun 2014.
Waktu zaman kanak-kanak tahun 1989-1990 lebih kurang, mama belikan satu set buku Walt Disney Fun-To-Learn Library oleh Bantam Books. Dibungkus dalam kotak minyak masak (set second hand), dengan set buku ni lah Qaeds mula berkenalan dengan perkataan English belajar warna, nombor, pekerjaan dan macam-macam konsep lagi. Takda video nursery rhyme macam Omar Hana, Didi & Friends ni semua. Ambil satu buku, pergi duduk kat penjuru dan hadaplah selagi tak jemu.
Sejak dari tu, mama dah berpindah dari flat Pekeliling sampai 5-6 kali dan Qaeds ingat buku-buku ni semua dah hilang. Rupanya masih ada dalam simpanan mama. Set buku ni sentiasa dalam ingatan Qaeds sebab kesan mendalam yang ditinggalkan, setiap buku buka minda dengan pengalaman baru waktu kecil. Pengalaman macam ni lah agaknya yang susah nak dilupa dan akan dibawa sepanjang hidup.
Set buku ni ada 19 naskhah, meliputi pelbagai topik pembelajaran. Topik asas macam nombor, warna, bentuk, binatang dan banyak lagi semuanya dihiasi dengan karakter Walt Disney. So masa kecil dulu Qaeds pun belajar English dengan Mickey, Minnie, Donald, Goofy dan ramai lagi tapi dalam buku lah, bukan macam sekarang boleh tonton dan ikut sama membaca menari dengan Disney Channel.
Antara buku-buku dalam set ni dan yang lain-lain boleh tengok dalam album Flickr.
Lepas ni, niece Qaeds pula akan guna buku ni bila dia dah besar nanti. Harap dia akan enjoy juga belajar dengan set buku yang special ni macam uncle dan mak dia.