
Rasa macam baru lagi Qaeds pertama kali ambil gambar sukan ultimate frisbee untuk assignment subjek photo di uni. Sampai lah Miss SG ajak datang tengok team dia Frisbeast bertanding di Poly Ultimate Frisbee Open (PUFO), rupanya dah 11 tahun since last Qaeds tengok orang main baling piring terbang ni.
PUFO anjuran Silverback Ultimate, home team Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Poli Shah Alam) berlangsung pada 5 Ogos di padang ragbi selama sehari. Miss LG ajak pergi beri support dan Qaeds pun dah lama tak tengok orang main ultimate ni.
Berbekalkan EF70-200 f2.8, Qaeds cuba-cuba dapatkan sedikit gambar Miss SG dan team mates nya beraksi. Cuaca memang panas no mercy, tapi tengok kan semua peserta main macam takde apa pun. Steady je semua. Its really good to see this young energetic bunch full of sporting spirits twenty somethings bertarung di padang.
Masa 11 tahun lepas, Qaeds kurang faham apa appeal sukan ultimate ni. Walaupun ada teman-teman yang aktif di uni, tapi Qaeds tak pernah nak faham sangat. Waktu ni banyak distraction tapi sports are none of them. Qaeds pergi sekali pun untuk assignment, lecturer suruh cari gambar freeze action dengan shutter speed. Dengan aksi melompat untuk tangkap dan baling disc, it was a great choice. Qaeds dapat A subject tu.
Tapi bila tengok team Miss SG yang pelajar nya datang dari beberapa uni, ada yang dah habis belajar, tunggu offer sambung degree, ada bekerja, semua datang participate untuk tournament ni dan tengok intensity level yang diorang tunjuk masa game, then baru Qaeds sedar this is among reasons what being youth is all about. Penuh tenaga, kesungguhan dan just simple plain having good fun time. Rasa bagus juga dapat saksikan level energy macam ni, terasa diri pun energised juga.

Ultimate ni sukan yang sangat intense, high speed dan mendebarkan. Siapa yang rasa baling disc tu benda yang simple, kena cuba sendiri baru tahu. Combine dengan game play dengan objektif untuk score goal macam American Football, rasa lah betapa gelong nya frisbee disc lepas dibaling nak pass kepada team mate. Itupun kalau tak ke laut lah discnya.

Cara untuk dapatkan action shot ni, dengan shutter speed yang tinggi. Qaeds set DSLR ke mode Manual, ISO 100 dan buka lens seluas-luas f2.8. Shutter speed dapat at least 1/1000 saat, cukup untuk freeze action. Keadaan cuaca cerah patutnya Qaeds boleh guna aperture f4 sebab chromatic aberration agak teruk juga bila cahaya terik. Lens Canon EF 70-200 f2.8 ni kurang elok sikit CA control kalau buka luas-luas dan shoot melawan arah matahari. Ada shot yang sedikit soft, sebab kamera EOS5D yang Qaeds guna, hanya center focus point nya saja yang paling mampu untuk track subject dengan Servo mode. So sometime dapat lock focus, sometime missed, jadi sedikit soft gambarnya. Selebihnya Qaeds yang slow nak follow game progress sebab memang pantas gameplaynya.

Qaeds lepak untuk dua game, sambil snap gambar Miss SG beraksi, juga try dapatkan portret dan peak action game ni. Harap yang membaca dapat rasa excitement game ultimate frisbee dengan gambar-gambar yang ada. Rasa nak pergi cari softball tournament pulak. Rindu nak tengok game fastpitch softball.
Ada lagi gambar di album Flickr Qaeds. Seperti biasa, kalau nak guna untuk publication, minta kredit dan backlink saja pada blog Shades of Qaeds, free of charge.
