
Memang terlintas juga niat di hati nak buat shoot fashion photography sejak mula pegang kamera. Tapi tak tahu mana nak bermula. Baru-baru ni, teman rapat Miss LG, yang juga pemilik busana fesyen wanita, Nusra Asia, beri peluang untuk Qaeds rakamkan lineup shawl Raya 2017 rekaan nya.
Selepas Qaeds shoot portrait Arifah dan family di Pantai Kelanang, memang dah dibayangkan yang dia nak Qaeds shoot untuk imej promosi untuk produk terbaru Nusra Asia.
Nervous juga mula nya sebab pertama kali nak shoot fashion. Tapi ada Miss LG untuk bantu jadi lega Qaeds. Dan dengan Arifah yang berpengalaman modelling, mudah tugas Qaeds untuk dapatkan gambar-gambar.
Pemilihan gambar dan final editing oleh Qaeds. Semua gambar adalah milik Nusra Asia dan dikongsikan dengan izin. Untuk penggunaan semula gambar, sila berhubung dengan Nusra Asia untuk dapatkan kebenaran.
Terima kasih Arifah atas peluang dan kepercayaan untuk Qaeds shoot lineup shawl Raya 2017 Nusra Asia. Insya-Allah kalau diberi peluang, dapat collaborate lagi di masa depan.