2017 dah sampai yay! Ada apa-apa perubahan? Rasa jantung berdebar-debar dengan tenaga azam baru? Qaeds tak rasa apa pun. Sama saja. Cuma fokus week in, week out. Janji hari ni lebih baik dari semalam, lebih fokus dan result driven. Tapi, apa yang Qaeds jumpa di satu website ni, really pisses the hell out of me.
Hasil merayau-rayau di ruang cyber, Qaeds jumpa laman Information is Beautiful. Laman web ni specialize memaparkan pelbagai info dalam bentuk infografik. Maknanya maklumat diterjemahkan dalam bentuk grafik lukisan, warna, typography dan lain-lain unsur visual. Memang sesuai untuk orang yang macam Qaeds yang malas membaca ni.
Sebelum Qaeds share infografik dan sumbernya, ketahuilah, setiap infografik disertakan dengan link ke sumber data kajian yang dijalankan. Qaeds cuba fact check dan rata-rata sumber diambil dari laman-laman web berita dan blog yang berkaliber.

Naturally, mata Qaeds terus zoom in ke benua Asia Tenggara dan tengok lah sendiri, apa yang kita ni hebat buat:

Jiran kita Singapura, hebat menghasilkan penduduk yang paling sihat. Ok, bagi hadam sekejap.
Dah hadam? Qaeds tunggu, kalau tak hadam lagi.
Ok, kita hebat buat sarung tangan getah. Singapura boleh hasilkan penduduk yang paling sihat walafiat. Thailand pula, hebat hasilkan padi.
Banding dengan Singapura, semua tahu berapa besar saiz land mass kita ada. Natural resources yang melimpah ruah, hutan simpan pun banyak. Kalau tak ditebang balak, pasti lebih banyak.
Thailand, Qaeds memang suka makan beras Siam. Memang sedap. Ayam Siam je tak pernah rasa lagi. Yang panggang ye, bukan yang pakai high heels.
Yang kita hebat, buat sarung getah tangan. Qaeds guna time cuci toilet. Ok, hospital dan lab banyak guna.
Seriously, RUBBER GLOVES???
Tak perlulah Qaeds nak huraikan semula apa yang kita ada apa yang kita tak ada. Apa yang kita dah pernah buat, siapa bina apa. Semua persoalan tu dan jawapannya hari-hari boleh telan dalam Facebook. Tapi cuba renungkan sekejap…sampai bila nak jadi hebat buat sarung tangan getah?
Qaeds percaya, dan sangat percaya, kita boleh hasilkan sesuatu yang lebih baik, yang lebih bernilai tinggi. Sarung tangan getah ada value, ada kepentingan, kalau tak macam mana industri kesihatan, hospital dan makmal dan banyak sektor lain yang memerlukan, nak lindungi tangan manusia yang bekerja dalam bidang tersebut. Fahamkan maksud Qaeds? Kita BOLEH hasilkan sesuatu yang LEBIH bernilai TINGGI.
Kenapa Qaeds percaya? Sebab story ni di IIUM Confessions. Kalau tok moyang Mus boleh buat terkul, senjata hebat yang digunakan menentang penjajah, dengan semua perabot-perabot dan ruang rahsia yang tok moyang Mus bina, apa jadi dengan kita sekarang? Air kangen tu juga yang ditelan. By the way Mus, when I read your confession, I thought I was reading Lima Sekawan. It is the stuff of genius!
Apa yang kita sibukkan? Soalan ini umum, tidak ditujukan pada mana-mana pihak. Tapi fikirkanlah, apa yang kita sibukkan selama ni kalau sekadar hebat produce rubber gloves saja.
Lately ni tengok story orang kita di FB pun memang tak berapa nak mengalakkan. Budak raver sotong, tipu pelaburan hotel di Mekah (asal kait agama je mesti nak melabur), jual beli produk pseudoscience (selalu kait agama juga), hanyalah beberapa contoh. Tambah lagi, terapi ozon (rasanya ada kait agama). Apa nak jadi…
Antara highlight negara yang Qaeds pilih dari infografik ni:
Memang hebat:
- Canada – Personal Freedom (Qaeds tak faham sangat, tapi mesti penting kan benda ni?)
- UK – Billionaires (I wonder, adakah mereka bermula dengan pelaburan emas ETA, komuniti bodobodo et al?)
- Israel – Medical Research (yeah, I know, it IS *Israel*. What to do? Accept it and move on)
Notables:
- Zambia – Female Entrepreneurs
- Philippines – Social Networking
- Finland – News Media (kita hebat la buat laman republish content orang. Faham-faham je lah siapa)
- Colombia – Happiness (harap tanpa bantuan bahan terlarang)
- Paraguay – Positivity (ni, kita perlu ni, bawa datang rakyat Paraguay ni datang ajar macam mana nak kekal positif. Jangan asyik tuding dua jari telunjuk di dahi je nak jadi positif)
Seram:
- Australia – Cyber Security Incidents (memang elok sangat. Julian Assange pun asal Oz)
- Honduras – Murder (will never be on my bucket list to visit)
- China – Jailed Journalists (Kesian. Mai duk Malaysia meh wartawan semua)
*kalau boleh Qaeds nak listkan semua dalam kategory Seram/Nasty tapi pergi tengok sendiri lah.
Untuk tengok dengan lebih detail boleh klik link ni.
Qaeds harap boleh sumbangkan lebih lagi, tapi tak tahu lah macamana. Belajar pun bukan tinggi sangat, kerja pun desk job 9-5 seperti ramai lagi orang lain. But it is a burning desire to see that we can be good at something, more worthwhile, more value added, with positive effect to nation building as a whole.
…it is a burning desire to see that we can be good at something, more worthwhile, more value added, with positive effect to nation building as a whole.
Qaeds tiada jawapan kalau ditanya, “Nak jadi hebat dalam bidang apa lagi?”. Kalau anda macam mana? Tak nak ke Malaysia ni dikenali lebih lagi, selain hebat buat rubber glove? Atau mungkin negara paling ramai wedding photographer per 1 KM persegi?