
Minggu lepas, Qaeds dapat travel ke 4 bandar di Pahang. Dalam tempoh 48 jam, total 6 kali melintas Sungai Pahang dari KL ke Maran ke Triang, ke Bandar Pusat Jengka, ke Jerantut dan balik KL. Lintas naik jambatan ye, bukan naik bot. Huhu.
Maran ke Triang via Chenor
Dari Maran, Qaeds guna jalan bandar Chenor (Jalan Persekutuan C23) dan melintas Sungai Pahang di Jambatan Sultan Ahmad III untuk ke Triang. Saja nak cuba, nak tengok pemandangan kampung. Jalan ni menyusur sepanjang sepanjang Sungai Pahang (sungai di sebelah kanan), melalui pekan Chenor, Kuala Bera dan Kuala Triang. Dan di antara pekan-pekan ni, banyak lagi kampung penduduk di tepian sungai.
Qaeds tengok banyak rumah yang berbekas air banjir, mungkin dari peristiwa banjir besar dua tahun lepas. Banyak juga rumah yang nampak dah ditinggalkan tak berpenghuni, tak kurang juga yang meriah sedang direnovate, walaupun duduk letak betul-betul di tepi tebing.
Jambatan Sultan Ahmad Shah III
Setahu Qaeds, jambatan nak menyeberang Sungai Pahang hanya ada di Jerantut dan Temerloh. Rupanya ada satu jambatan di sini. Jadi memang mudah untuk penduduk di sini nak ke bandar Maran atau Kuantan tanpa perlu berpatah balik ke Triang, naik ke Temerloh.
Panjang jambatan 530 meter dan besar juga. Qaeds berhenti untuk ambil gambar dari atas jambatan. Jambatan ni saja yang setakat ni Qaeds dapat berhenti dan ambil gambar Sungai Pahang, dari atas jambatan! Yang di Temerloh dan Jerantut tak boleh, traffic sibuk.

Jalan C130, C8 dan 1510 ni agak sunyi, walaupun Qaeds lalu waktu tengahari. Kalau berselisih pun dengan motor penduduk kampung. Ada beberapa bahagian jalan, agak sempit dan tiada line pun. Jadi perlu hati-hati dan pandu dalam 60km/j sebab jalan nya berbukit bukau kecil dan banyak blind corner.
Di sepanjang sungai, bermula di Kuala Bera, banyak nampak sangkar ikan dan juga pusat jual ikan patin dengan harga besar terpampang. Tak sempat nak ambil gambar sebab mengejar masa ke Triang. Cuaca pun mendung semacam, tak berani nak jalan di sini lama-lama.
Balik dari Triang, Qaeds bermalam di Bandar Pusat Jengka, di Hotel Issoria. Esok awal pagi dah bergerak ke Jerantut pula.

Penjual ikan Patin

Masa balik dari Jerantut, singgah di gerai penjual ikan patin yang ada di sepanjang jalan Jerantut-Bandar Pusat Jengka. Patut la mahal nak makan ikan patin di kedai, sekarang harga sekilo dah RM17. Tapi dapat ikan yang sangkar sungai oklah. Kalau terkena yang kolam, ai memang tak sedap la.



Refreshing juga dapat tengok negeri Pahang walaupun dalam masa yang singkat. Qaeds selalu balik Kuala Lipis, pemandangan sebelah sini, memang tak pernah dapat tengok betul-betul. Sejak Lebuhraya Pantai Timur siap, kami sekeluarga memang tak lagi guna jalan lama Karak-Kuantan untuk ke Terengganu. Dan masa Qaeds kerap ke Dungun dulu untuk bekerja, guna LPT saja.
Next road trip nak kena plan lagi proper dan stay lagi lama. Masih banyak keindahan pemandangan yang negeri Pahang boleh offer untuk menyegarkan mata.