
Kalau di Pahang, mana nak dapat makanan tradisi Pahang? Gulai Tempoyak Patin (di Lipis kami panggil Gulai Masam; sebut gulai masang) antara yang popular. Biasa orang makan gulai masam patin ni di Temerloh. Tapi di Jerantut ada port baik punya untuk makan tenghari.
Nak makan di Pahang ni, kena tengok-tengok juga. Pengalaman Qaeds sendiri, ada kedai di Temerloh bila di tanya ada tak gulai masam, dijawap “Apa benda tu?”. Semasa di Maran, Qaeds makan di restoran orang Kelantan. Sedap memang sedap, tapi mana lauk Pahang nya?
Dan di Bandar Pusat Jengka pun, remark orang tempatan sama. Kalau nak makan sedap, memang di Jerantut.
Matahari Cafe @ Tomyam
Masa trip Melintas-lintas Sg. Pahang, Qaeds jumpa kedai ni yang lauknya ada macam-macam jenis. Antara yang top tentulah Gulai Masam Patin. Dan yang Qaeds first jumpa di kedai, Patin Salai Masak Lemak. Ada juga talapia goreng berlada.

Qaeds sekarang dah kurang gemar makan ikan patin. Dulu kecik-kecik memang hantu. Time buka puasa mesti kena gulai masam patin. Sekarang ni dah jemu dah tak mau langsung.

Tapi Matahari cafe ada lagi gulai masam versi lain yang memang Qaeds gemar iaitu gulai masam kulat@cendawan. Satu senduk RM4, dua senduk Qaeds ambil. Tambah ulam kacang botol dan ulam raja, sambal tumis petai dan telur dadar, dah cukup.

Walaupun tak semua masakan tradisi Pahang ada di sini tapi dah cukup baik ada hidangan utama macam gulai masam dan patin salai. Tak perlu hidang semua, specialize satu dua dan make sure sedap, itu yang paling bagus. Masakan Melayu ni nak buat semua nak bagi sedap, memang bengkok le nak dikerjakan.
Lepas ni dah tau dah mana nak makan sedap di Jerantut. Qaeds dimaklumkan yang di jambatan Jerantut feri, ada murtabak power, tapi tak berkesempatan nak singgah. Simpan untuk next road trip. Asyik makan je.
