
Hujung minggu lepas Qaeds join grand outing anjuran Fotografi Jalanan Malaysia. Ramai yang turun kali ni, lebih ramai daripada outing Merdeka sebelum ni. Yang hadir juga ada Ustaz Azhar Idrus. Qaeds decide nak join sebab tengok route yang dicadangkan antaranya Petaling Street, Jalan Silang dan Lebuh Ampang.
Memang lama teringin nak ambil gambar di Petaling Street ni. Dulu arwah abah pesan, biar berteman kalau nak ambil gambar di kawasan sekitar ni. Dan lagipun, dengar khabar di sini pun ada Pasar Karat. Ingatkan di Jalan Pudu je ada. Jadi ada geng ramai-ramai boleh la masuk sekali.
Pagi bermula dengan rendezvous di tempat kegemaran ahli FJM, di restoran Yusoof Zakhir. Sarapan dulu, pekena roti telur dengan poori (sejuk, kureng rasa) isi perut sebab nak cover jarak boleh tahan juga nanti.
Lebih kurang jam 8.45pagi, kami kumpul depan pintu masuk Central Market. Ucapan alu-aluan dimulakan oleh senior FJM, Abang Shiha (@ahmad.shihabuddin), dengan taklimat ringkas objektif outing dan planned route.
Tazkirah Foto Jalanan

Kemudian Ustaz Azhar Idrus punya turn, kami dapat tazkirah dulu sebelum bergerak. Beliau pesan jaga etika semasa ambil gambar, jangan tampilkan gambar yang kita pun tak ingin kalau orang ambil gambar kita. Cukup sekadar penceritaan, yang penting, tak perlu asyik nak ambil gambar pengemis tidur dengan air liur meleleh (macam tu la lebih kurang pesanan UAI). Nasib baik UAI dah pesan, kalau tak dalam kepala Qaeds asyik nak ambil gambar pengemis je. So, moving on!
…jaga etika semasa ambil gambar, jangan tampilkan gambar yang kita pun tak ingin kalau orang ambil gambar kita.
UAI
Bila kami pun dilepaskan, slow-slow Qaeds jalan ke arah Petaling Street. Kepala pun tengah block tak tau apa gambar nak diambil. Dah lama since outing Merdeka, dah lupa dah prinsip dan tips foto jalanan ni. Tapi jalan je lah dan harap yang terbaik.
Set DSLR ke Aperture Priority (A), ISO800 dan aperture f5.6 dan teruskan perjalanan.

Pelapis Foto Jalanan
Di kalangan yang hadir semasa outing, ada seorang photographer muda. Adik Muhammad Zulikram, umur 12 tahun, dah mula ikut ayahnya turun outing sekali. Katanya ayah mula ajar guna kamera sejak dari darjah lima. Bagus betul, kecil-kecil dah minat fotografi dan diberi sokongan rapat oleh ayah. Qaeds tengok adik Muhammad penuh keyakinan dia sling DSLR full size dan berjalan di depan ayah (rapat dibelakang).

UAI dan Leica nya
Masa mula UAI sampai di mamak dan beri tazkirah pagi, Qaeds tengok die berlenggang je tak bawak beg apa pun. Qaeds ingat dia ambil gambar pakai smartphone, rupanya ada kamera rangefinder red dot baik punya. Dapat lah snap satu gambar beliau dengan Leica di leher. Jadi lah. Nak ambil banyak takut kena marah jadi paparazi, so baik fokus pada tujuan outing hehe.
Pasar Karat Petaling Street
Qaeds selalu dengan orang pergi pasar karat ni kalau nak cari barang second hand atau bundle. Ada yang kata barang pasar karat ni barang “panas”. Qaeds pun tak sure dan ni pertama kali nak masuk. Sebelum masuk, Qaeds tunggu dulu tengok ahli yang senior sikit masuk, Qaeds ikut rapat belakang. Memang bersesak dengan ramai pemburu barang di sini. Sambil-sambil jalan tu, Qaeds cuma sangkut kamera atas beg sandang dan shoot-from-the-hips. Dapat lah beberapa frame suasana di Pasar Karat.

Tak lama pun Qaeds duduk dalam Pasar Karat sebab ternampak geng Marvin (@marvinbuhian) dan Aizad (@aizadfadzli) dan Qaeds terus follow. Diorang ni Qaeds kenal masa outing Merdeka. Dengan kepala gila-gila si Marvin memang rasa relax masa jalan tengah-tengah panas ni. Lagipun, Qaeds nak tengok betul-betul macamana dia cara dia ambil gambar sebab tengok Instagram dia, memang banyak shot close encounter, sangat intimate. So, Qaeds ikut belakang dan tengok dia beraksi.
Great Eastern Bubble Dash Run

Kami sampai semula di Central Market, depan McDonald’s lama. Ada seorang teman FJM inform yang di Dataran Merdeka, ialah finishing spot untuk Great Eastern Bubbledash Run. Dia kata ada sembur buih-buih. Yang Qaeds dengar dan tanya Marvin “Ada parti buih?”. Dia angguk je dan kitorang laju-laju jalan ke Dataran.
Qaeds tengok ramai runner yang berwarna biru. Serious. Baju putih jadi biru, muka pun biru. Pelik juga dan tak nampak pula buih yang dikhabarkan. Kami jalan dari hujung KL City Gallery sampai depan Panggung Budaya, bersesak di tengah-tengah runner yang kebiruan. Sempat lagi kami pau air mineral free dan penganjur pun bermurah hati beri tengok Qaeds dah berpeluh dan merah muka. Selamat sikit duit.

Di depan Panggung Budaya, baru lah nampak buih-buih disembur mesin. Dan penuh lah budak-budak, kakak budak dan mak ayah budak sekali bermain dalam buih. Qaeds pun tak sure apa tujuan buih disembur. Tak sempat pula nak tanya. Dah asyik sangat mengambil gambar euphoria crowd dalam buih. Qaeds berdiri luar pagar je, takut ada pula yang main baling buih, biru pula lens dan kamera.


Marvin punya cerita, dia masuk dalam pagar and got very-very close to action. Dengan Sony RX100 Mark III yang kecil molek, memang dia ambil seat depan untuk every scene unfolding. Dengan kamera yang fit tapak tangan, senang je dia anticipate scene dan snap gambar masa action tengah peak. Qaeds tengok mesin buih dah stop, baru masuk dan join nak snap gambar Marvin bersilat.



Rounding up Annexe Central Market
Untuk penutup, seperti sebelum ni, semua berkumpul di mamak Annexe Central Market. Sambil lepak minum dan isi perut dan hilang penat, masa diisi dengan bual fotografi. Dan seperti sebelum ini juga, tak akan serik dengan panas dan sakit kaki berjalan. Dengan izin-Nya, akan kembali ke jalanan untuk belajar lagi street photography.
Hwaiting!