KLPF 2016: Ronda fotografi di StarXpo Centre KWC

Amazing Thailand Dancers KLPF 2016 Shades of Qaeds

Dalam post sebelum ni, Qaeds ada maklumkan berkenaan ekspo fotografi terbesar Malaysia, Kuala Lumpur Photography Festival 2016 (KLPF 2016) yang berlangsung dari 7-9 Oktober di StarXpo, Kenanga Wholesale Centre, Kuala Lumpur. Qaeds berpeluang ke sana dan menyaksikan sendiri pameran dari pelbagai organisasi commercial dan kelab berkaitan fotografi.

Amazing Thailand Dancers

Antara yang menyertai pameran, ada kelab fotografi dari sekolah, negeri dan juga organisasi festival fotografi negara luar seperti Korea, Taiwan dan macam-macam lagi. Ada juga ramai photographer profesional dan amatur yang menyertai dengan tujuan untuk mempamer dan promote hasil kerja masing-masing dan untuk mendapatkan peluang sambil menambah kenalan dalam industri.

Di antara ramai-ramai photographer, Qaeds dapat berkenalan dengan tuan Ashraf Saharudin, seorang photographer yang dah lama dalam bidang photography korporat. Hasil kerja beliau memang Qaeds minat sebab memang suka gambar-gambar yang diambil untuk digunakan oleh klien beliau dalam profil korporat dan laporan tahunan. Pendapat Qaeds, gambar korporat yang diambil profesional penting untuk menampakkan imej syarikat dan perniagaan dengan lebih jelas, dan sampai maksudnya dalam penggunaan pelbagai material promosi syarikat samada profil perniagaan, laporan tahunan, laman web dan blog, editorial dan iklan majalah dan surat khabar ataupun material mudah seperti flyers dan brochure. Ikut mana pun, pada Qaeds, akan nampak tahap komitmen syarikat kepada pelanggan kalau imej-imej yang diperlihatkan kepada pelanggan jelas menampakkan tahap komitmen yang ingin diberi.

Booth FJM meriah di KLPF
Shades of Qaeds at KLPF 2016
Himpunan karya-karya terpilih oleh teman-teman FJM. Memang rasa lain tengok gambar print pada dinding dengan nak banding tengok dalam screen. Lagi feel. Pic by Miss LG

Tujuan utama Qaeds datang ke KLPF ni selain dari nak tengok pameran, ialah nak singgah ke booth Fotografi Jalanan Malaysia (FJM) untuk berjumpa dengan ahli FJM di Facebook yang datang memeriahkan booth. Sambil tu, nak tengok juga gambar Qaeds sendiri yang terpilih untuk dipamerkan bersama-sama hasil kerja teman-teman lain di booth FJM ni. Rasa terharu sangat sebab pertama kali tengok gambar dicetak dan diletak di dinding pameran macam ni. Di rumah pun Qaeds tak letak gambar sendiri di dinding. Rasa semangat semacam untuk mengambil gambar, tak kira genre street atau apa pun sebab rasa puas lihat gambar dicetak dan dapat disentuh, apatah lagi jadi tatapan pengunjung yang memang jadi pembakar semangat.

BACA  Wedding Zila + Syidan

Shades of Qaeds at KLPF 2016

Shades of Qaeds at KLPF 2016
“Aku follow kau, kau follow aku, okey? Set”. Pic by Miss LG

Photobook Malaysia dan pameran produk photobook

Photobook Malaysia product

Antara semua peserta pameran dari syarikat alatan berkaitan fotografi, booth yang menarik perhatian Qaeds ialah Photobook Malaysia. Untuk pengetahuan, Qaeds affiliate blogger dengan Involve Asia yang mana Photobook Malaysia ialah salah satu klien yang Qaeds boleh promote di blog ni. Dapat berjumpa dengan team Photobook ni memang bagus sangat sebab ada dipamerkan hasil final product seperti album, kanvas, framed print, mug, bantal kusyen, kalendar, jam dan macam-macam lagi.

Puas hati dapat lihat dan pegang produk contoh sebab banyak gambar-gambar Qaeds nak cetak dan abadikan untuk kenangan. Misalnya, gambar-gambar arwah abah akan Qaeds bukukan guna Image Wrapped Square photobook untuk senang kami sekeluarga nak tengok gambar-gambar abah bila rindu.

Photobook Malaysia product
Apa mau? Pilih saja coasters, jam, mug, bantal, album, semua ada untuk buat cenderahati bergambar.

Dalam banyak-banyak produk yang dipamerkan, flush mount album yang paling menarik perhatian Qaeds. Flush mount album ni, sesuai untuk gambar perkahwinan, konvo, newborn baby dan datang lengkap dengan kotak dan matching cover untuk lindungi album dari rosak. Flush mount ni maknanya gambar boleh di print sehingga ke hujung mukasurat dan penuh gambar satu muka surat tanpa ruang kosong. Dan tiap helaian di-mountkan ke atas kertas tebal yang tahan lasak dan boleh dibuka flat macam gambar Miss LG pegang album. Dan covernya pula menggunakan material tebal yang tahan dan juga bertekstur, rasa luxurious gitu dan juga beri confidence feel yang album ni boleh bertahan untuk satu tempoh yang lama.

Photobook Malaysia product
Matching cover kotak album untuk album jenis premium macam flush mount.

Menurut petugas Photobook Malaysia, tak lama lagi showroom mereka akan berpindah dari lokasi sekarang di Kota Kemuning ke Bangsar South. Jadi senang lepas ni kalau nak tengok sendiri hasil final product yang dikeluarkan oleh syarikat ini sebelum membuat pesanan menggunakan software Photobook Designer dan bayar secara online. Sebelum ni ada dah beberapa kali Qaeds buat pesanan photobook untuk wedding client. Nanti Qaeds buat pesanan photobook akan dikongsi dalam post baru.

BACA  Wedding Portrait Bangunan Sultan Abdul Samad
1 light portraiture dengan Ashraf Saharudin
Ashraf Saharudin in action
Ashraf Saharudin dan model impromptu

Tuan Ashraf di boothnya ada membuat set up mobile studio lengkap dengan backdrop dan portable studio flash yang disangkut dengan boom arm pada dinding booth. Kata beliau ada personal project yang dia sedang kerjakan dan dia tawarkan untuk ambil headshot pengunjung dan akan dikongsikan apabila siap nanti. Qaeds rasa, cara beliau set-up ni lah sebahagian dari cara kerja beliau membuat tugasan commercial untuk klien korporat. Memang kagum tengok betapa cepat beliau ambil portret Qaeds dan Miss LG dengan simple one light setup. Dan hasilnya dalam kamera terus boleh tengok dengan view monitor. Mungkin flash output beliau dah set manual siap-siap, tinggal letak model depan kamera dan take the shot.

Shades of Qaeds at KLPF 2016
Preview. Nak kena minta yang full res dengan photographernya.

Penari Tradisional Amazing Thailand
Amazing Thailand Dancers
Tu dia kuku…pak lama eh tak potong…

Team penari tradisional ni datangnya sebahagian dari booth Amazing Thailand untuk promosi melawat negeri Gajah Putih. Kebetulan Qaeds ada di tingkat 16 StarXpo, dan berada di bahagian atas pentas persembahan dan dapatlah snap beberapa puluh shots (set Continuous mode untuk shutter dan fire away), sebab tak tau apa nak dijangka dalam persembahan. Beberapa minit persembahan berlalu, baru lah dapat rentak tarian dan dapat agak pergerakan penari untuk ambil shot yang baik sikit. Nasib ada bawa lens 70-200mm kalau tak memang tak sampai nak reach ke stage persembahan.

Amazing Thailand Dancers

 Tak sabar tunggu KLPF 2017

Lenguh-lenguh kaki tengok satu persatu gambar dipamerkan oleh photographer tempatan dan pertama kali pergi ke festival photography memang tak puas. Banyak inspirasi yang Qaeds dapat dari melihat sendiri hasil kerja photographer tempatan dan luar negara. Tambah pula bila dapat bertemu sendiri dengan si tuan punya gambar macam tuan Ashraf Saharudin. Dapat belajar benda baru dan juga rasa pengalaman baru dalam dunia fotografi.

BACA  Makin maju Bandar Pusat Jengka

Untuk FJM pula, dimaklumkan 23 Oktober ni ada event di Central Market, insya-Allah Qaeds akan ke sana. Sesiapa yang minat foto jalanan jom lah sama-sama. Sehingga sini dulu kisah KLPF, akan Qaeds kongsi lagi beberapa post especially tentang Photobook Malaysia dalam post akan datang.

Keep on shooting!