KLPF 2016 – Ekspo fotografi terbesar Malaysia

KLPF 2016 shades of qaeds

Hujung minggu ini akan berlangsung ekspo fotografi terbesar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur Photography Festival 2016 (KLPF 2016). Ekspo tahunan ni akan mengumpulkan players dari pelbagai sudut industri antaranya camera dan accessories manufacturer, expert dalam pelbagai genre fotografi dan juga pelbagai syarikat yang mengedar dan menjual peralatan fotografi.

KLPF 2016 di StarXpo, Kenanga Wholesale City

Antara agenda ekspo ini yang pertama kali diadakan sejak 1997, adalah seminar dari industry leaders, photo review oleh pakar dalam genre masing-masing, pameran gambar oleh photographer yang sudah established dan sedang meningkat naik dan juga jualan peralatan dan aksesori fotografi terkini di pasaran.

KLPF 2016 akan berlangsung di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur dari 7 – 9 Oktober.

Kuala Lumpur Photography Festival 2016
Level 15, StarXpo Centre, Kenanga Wholesale City
Tarikh: 7-9 Oktoboer 2016
Masa: 11 pagi – 9 malam

Nak pergi Kenanga ni senang, dicadangkan ambil LRT STAR Line dan turun stesen Hang Tuah (ST3). Jalan kaki dalam 10 minit sampai. Kalau perlu lagi maklumat cara nak ke Kenanga, sila klik sini.

Pameran Street Photography oleh Fotografi Jalanan Malaysia (FJM)

Facebook group ni Qaeds join sejak bulan Ogos lepas, sebelum sambutan kemerdekaan ke 59 hari tu. Qaeds follow group untuk outing pertama kali dan cuba-cuba untuk ambil street photo bersama teman-teman baru. Syukur, satu gambar yang dikongsi di wall group dengan hashtag #streetmalaysia juga terpilih untuk dicetak dan dipamerkan di booth FJM yang menyertai KLPF sebagai exhibitor untuk tahun ketiga berturut-turut.

klpf 2016 fotografi jalanan malaysia shades of qaeds fotografi jalanan malaysia
Tak sabar nak tengok gambar ni di dinding booth FJM

Pameran Fotografi Jalanan/Street Photography Exhibition
Booth FJM, Lot A11, Level 16,
StarXpo Centre, Kenanga Wholesale City

BACA  KLPF 2016: Ronda fotografi di StarXpo Centre KWC

Jadi kalau belum ada agenda untuk hujung minggu dan nak usha-usha model kamera terbaru dan lihat hasil kerja photographer anak tempatan dan juga luar negara, jom kita ke KLPF 2016. Untuk akak-akak dan ibu-ibu, boleh cuci mata tengok akesori, kain dan pakaian harga borong yang tersohor di Kenanga ni.