
Seperti dalam post KLPF 2016: Ronda fotografi di StarXpo Cenre KWC yang Qaeds postkan sebelum ini, Facebook public group, Fotografi Jalanan Malaysia (FJM) telah memilih hasil kerja sekumpulan photographer yang juga ahli FJM untuk dikongsi bersama pengunjung. Sejak mula menyertai KLPF 4 tahun lalu, FJM akan memaparkan hasil kerja ahli-ahlinya di ruangan pameran serta memberi penjelasan kepada pengunjung berkenaan genre foto jalanan ini.
Beberapa minggu sebelum bermula KLPF 2016, committee FJM menerusi beberapa orang kuat nya mengumumkan pemilihan gambar untuk ruang pameran FJM. Ahli diminta untuk tag gambar yang ingin disubmit dengan hashtag #fjmklpf2016 dan #streetmalaysia.
Dengan kerjasama FJM, di sini Qaeds kongsikan kesemua gambar-gambar foto jalanan yang terpilih untuk dipamerkan di ruang pameran Foto Jalanan Malaysia (FJM) di Kuala Lumpur Photography Festival 2016 pada 7-9 Oktober lalu. Terima kasih diucapkan kepada FJM kerana memberi akses kepada gambar-gambar ini untuk dikongsi bersama pembaca Shades of Qaeds.
Di kalangan semua submission tu, ada satu insan istimewa. Perhatikanlah credit owner dan cari lah nama beliau ye.
Enjoy!









































Notis – Semua gambar-gambar di dalam post ini adalah hak milik photographer masing-masing dan gambar-gambar ini dikongsi kan oleh wakil FJM kepada Shades of Qaeds. Jika anda ingin menggunakan gambar-gambar ini, sila berhubung dengan pemilik masing-masing untuk mendapatkan kebenaran. Shades of Qaeds bukan pemilik gambar-gambar yang dipaparkan ini dan hanya digunakan untuk tujuan perkongsian post ini sahaja. Harap maklum.