Jonker Walk in mono

Jonker Walk

Sekali lagi mengulang trip ambil gambar ke spot iconic Jonker Walk yang sering disebut-sebut orang kalau ke bandar Melaka.

Jonker Walk
Jonker Walk 2018

Setahun lebih lepas, Qaeds datang dengan family, first time cuba ambil gambar di sini dan pada waktu malam. Kali ni Qaeds berdua dengan Miss LG saja dengan si kecil Miss K masih lagi dalam perut, last trip sebelum due date Miss LG menjelang minggu berikutnya.

Jonker Walk
Jonker Walk 2018

Jonker Walk ni pada Qaeds umpama Central Market di KL, untuk pelancong di Melaka. Macam-macam jualan produk kraftangan dan makanan ada dijual. Dalam ingatan, waktu Padang Pahlawan masih ada rumput lagi, di situ lah tempat jualan macam-macam cenderahati, especially key-chain yang boleh customized, barang wajib beli kalau ke Melaka untuk anak-anak 80-90an. So sejak tempat tu dah tiada, jadi shopping mall, Qaeds dah tak berapa nak membeli barang kraf walaupun dah diganti tempat baru.

Jonker Walk
Jonker Walk 2018

Jonker Walk

Walaupun banyak produk kraf dijual di Jonker Walk ni, tiada sangat yang menarik perhatian Qaeds, tak kena dengan selera nak membeli. Yang pasti, nak mencari sesuatu item yang boleh dikaitkan dengan memori di Melaka, agak susah. Walaupun banyak gerai dan kedai, dalam beberapa kali sejak datang ke Jonker Walk ni tak banyak sangat item kraf yang Qaeds berkenan.

Jonker Walk

Kalini, sedikit berbeza dengan trip lepas, Qaeds notice ada lebih banyak orang muda yang menjaga gerai jualan. Mungkin dah masa generasi sekarang ambil alih giliran untuk berniaga, bawa tenaga baru segar bugar melayan kelompok pelancong yang kekal ramai bila tiba musim.

Jonker Walk

Misi menggambar kali ni simple, ambil gambar scenery jalanan di sepanjang pasar Jonker Walk. Miss LG yang tengah asyik memilih baju dalam kedai bersejuk aircond, Qaeds tinggalkan sekejap dan melangkah keluar kedai memerhatikan suasana jalan pasar yang penuh dengan pelawat dan peniaga.

BACA  Masjid Diraja Sultan Suleiman

Jonker Walk

Kelengkapakan senjata kali ni ialah Fuji X-Pro 1 dan lens Voigtlander Color Skopar 21mm f4. Lepas trip jalan siang hari di Bandar Melaka dan tepi sungai, lens comel Voigtlander 21mm ni Qaeds manfaatkan dengan ambil gambar lebih dekat dengan subjek. Walaupun terhad dengan aperture f4, Qaeds guna ISO1600 dan set shutter yang slow 1/60saat. Untuk subjek yang tak terlalu fast action, pengunjung berjalan perlahan melihat-lihat barang jualan, shutter speed cukup untuk freeze movement. Kalau ada motion blur pun, bonus untuk convey pergerakan.

Jonker Walk

Mula-mula Qaeds ikut arus pengunjung di atas jalan, bergerak bersama dan snap gambar orang dari arah bertentangan. Disebabkan Qaeds masih ada rasa segan nak angkat kamera ke arah muka orang, rasa kurang selesa sebab orang datang dari arah depan bertalu-talu dan rasa sangat overwhelmed dengan potensi subjek yang sangat ramai.

Jonker Walk

Jonker Walk

Kadang-kadang Qaeds mencelah dari belakang pengunjung yang singgah ke gerai, dapat ambil gambar tuan gerai yang old timer. Qaeds suka shot macam ni, walaupun nampak macam creepy sebab tersorok-sorok curi gambar belakang orang, tapi viewpoint nya memang best.

Jonker Walk

Jonker Walk

Next Qaeds tukar perhatian, tengok anak-anak kecil yang dibawa ibu ayah. Gambar-gambar ni buat Qaeds teringat kenangan datang di bawa abah sejak kecil ke bandar Melaka. Beza nya, anak-anak ni berjalan dipimpin orang tua, Qaeds jalan seorang diri saja. Apa pun, sangat suka tengok anak-anak kecil dapat pengalaman merasai suasana Jonker Walk malam hari, asas yang bagus untuk jadi pengembara kemudian hari.

Jonker Walk

Jonker Walk

Jonker Walk

Tak lama kemudian, Qaeds tukar strategi lagi sekali, dengan berjalan di kaki lima kedai, di belakang gerai tanpa tempuh arus pengunjung. View point ni lebih relax, tenang, dan banyak peluang gambar. Walaupun agak flat 2 dimensi viewpoint nya, tapi Qaeds suka layer nya, dari gerai di foreground, pengunjung di tengah dan bangunan kedai di background. Dengan setting kamera yang Qaeds guna, ditambah dengan sumber cahaya terhad, nisbah light dan shadow nya agak dramatik, dan juga masa convert ke monochrome, memang sengaja Qaeds biarkan banyak shadow tak  recover. Bagi gritty.

BACA  8km yang sunyi sepi - portrait tepi jalan Chegar Perah

Jonker Walk

Jonker Walk

Jonker Walk

Reason kenapa hanya conversion B&W saja untuk set gambar Jonker Walk kali ni ialah, Qaeds hanya nak fokuskan pada subjek manusia dalam persekitarannya saja. Qaeds nak simplicity hitam putih tu saja yang paparkan apa yang berlaku dalam frame. Dan last sekali, I just really like the look of night time shots in B&W.

It’s gonna be a while until I come back here. Nak tunggu Miss K besar sikit, dah berjalan terkedek-kedek nanti dan bawa dia kemari just like the other kids I saw here with their family.

Jonker Walk
Geographers still alive and well, with awesome live performance as always. I’ll be back! With my little one next time!