
Biasanya Qaeds cuba untuk tak beria sangat untuk buat outdoor shoot pengantin ni. Atas beberapa sebab seperti waktu yang terhad dan pengantin yang dah penat. Plan lah ikut macamana pun, kadang atas sebab cuaca, majlis yang mengambil masa lebih, which is not a bad thing really, outdoor shoot ni hanya jadi after thought saja. Bukan lah fokus utama sangat untuk dikejar-kejar nak shoot.

It really depends pada pasangan pengantin, Qaeds pernah dapat pasangan yang tak kisah langsung dimana tempat shoot, janji ada gambar dan juga pasangan yang bersemangat sampai shoot dua location dari petang membawa ke malam hari.




Tapi realistiknya bagi majlis resepsi yang biasa berakhir jam 3 petang, hanya tinggal 2 jam untuk travel ke site, bersiap-siap lebih kurang touch up make-up untuk mula shoot jam 5. Ini anggaran kasar. Kadang jam 6 start shooting pun ada kalau pengantin masih lagi dalam majlis atau sangkut dalam trafik. So far, high ISO setting lah penyelamat since Qaeds tak shoot outdoor portrait dengan off camera flash bila shoot di petang hari dengan cuaca mendung atau pun matahari di balik bangunan.
Beautiful sunset Pantai Mek Mas
All the consideration Qaeds jelaskan sebelum ni, berdasarkan pengalaman shoot outdoor wedding portrait di Lembah Klang khususnya KL. Tapi kalini buat pertama kali setelah sekian lama, Qaeds shoot outdoor wedding di luar KL, khususnya negeri Kelantan.
So, can we overplan this shoot already? Hahaha, walaupun Qaeds tak nak plan beria-ia sangat, but I’m the kind that suffers paralysis from analysis. Bila dah dapat verify rupa muka bumi pantai Mek Mas dengan Google Maps, Qaeds dah mula berangan-angan gambar yang akan dapat diambil.
Tapi sehingga sampai sendiri ke sini, syukur Alhamdulillah, pantai ni masih belum berubah banyak. Rasa lega sebab tak boleh harap sangat satellite view dalam Google Maps tu. Kebanyakan imej satelit yang digunakan biasanya dah pun beberapa tahun usianya. Jadi bila tengok keindahan alam semulajadi yang masih utuh di Pantai Mek Mas ni, buat Qaeds semangat untuk shoot portrait selepas majlis kenduri.

Wedding Portrait Pantai Mek Mas
Untuk sesi portrait di luar bagi client pengantin Auji dan Ashraf, selepas selesai majlis di bandar Kota Bharu, Qaeds bawa mereka ke Pantai Mek Mas. Masa ada banyak, sebab majlis dah hampir selesai jam 3. Sempat bawa pengantin rehat di hotel dulu, bagi sejuk aircond dan bersandar. Sedapat tidak, Qaeds nak pengantin dapat sedikit rehat dan duduk bagi kurang lenguh kaki melayan tetamu.
Memandu hanya dalam 20 minit, trafik lancar dari Wakaf Mek Zainab. Masa sampai, matahari terik cerah sama macam hari sebelum Qaeds dan Miss LG datang scouting. Langit sedikit berawan dan kadang-kadang, cahaya matahari yang terik tu bertukar jadi soft diffused light. Cahaya yang Qaeds idam-idamkan.
Kami bermula tak jauh dari kawasan pantai, di sepanjang jalan berpasir di kawasan yang terlindung dengan barisan pokok rhu. Ni pertama kali Qaeds dapat combo lokasi yang macam ni. Sangat terharu sebab warna pastel yang dapat dari cahaya matahari lembut dan warna pokok kering. Dah macam autumn sangat.
Kami bermula pantas, dan Qaeds tak ambil masa lama sebab cahaya banyak ni akan jadi terhad menjelang jam 6, bila Qaeds jangka kami akan berada di tepian air pula. Next spot ni kami tak jauh dari tempat letak kereta mengadap pantai. Qaeds tengok ada laluan sedikit bersemak, tapi dengan backdrop pokok-pokok yang masih menghijau. Ini lah scene dalam kepala Qaeds bila Miss LG bagi assignment shoot baju burung kayangan.



Untuk final spot, dengan cahaya matahari dah makin redup di balik ufuk, kami menuju ke tepi pantai pula. This spot, by far is the best beach spot yang Qaeds pernah sampai, especially dengan pengantin. Pantai Kemasik di Terengganu pun cantik juga, dengan backdrop batu-batu besar tapi spot ni, walaupun takde batu besar, tapi ada satu feature pantai nya yang buat Qaeds rasa sangat mesra dengan location ni.


Dah dapat frame yang Qaeds nak, selebihnya kami berposing sikit-sikit lagi dengan baki cahaya yang makin nak habis. Keep calm and on syahdu mood!


Qaeds akhiri post ni dengan ucapan berbanyak terima kasih kepada Auji dan Ashraf kerana sudi terbangkan kami ke Kota Bharu untuk bersama-sama di majlis kenduri dengan jamuan nasi kukus yang sangat lah sedap di Dewan Kahwin Kuali Gelegok. Dan dengan itu juga, shoot di Pantai Mek Mas ni jadi kenyataan, satu rezeki bagi Qaeds dan Miss LG, segala yang kami bayangkan untuk shoot ni jadi realiti yang sangat istimewa buat kami bertiga.