Nasi Ganja Yong Suan

nasi ganja yong suan

Bila di Ipoh kalau tanya orang apa makan sedap, nasi ganja mesti ada dalam menu. Apa sebenarnya yang ganja Qaeds sampai sekarang tak maklum, tapi bila dah makan sekali dan rasa nak lagi dan lagi, mungkin itulah sebab di beri nama ganja agaknya.

Nasi Ganja Yong Suan
Salute dengan keteguhan selera mereka-mereka yang beratur nak tapau Nasi Ganja Yong Suan ni

Nasi Ganja Yong Suan ni, pertama kali Qaeds nampak dalam Google Maps masa singgah ke Ipoh sebelum ni. Tapi ada sekali nak singgah tengok orang beratur ramai sangat so tak jadi nak pergi makan.

Tapi lepas tu ada orang beritahu yang beratur tu untuk tapau, kalau nak makan boleh terus duduk di meja dan order, mamak akan ambilkan dan hidang. So kali ni dapat singgah ke Ipoh lagi, Qaeds decide nak rasa juga nasi ganja ni.

Nasi Ganja Yong Suan
At one time ada la 20-25 orang beratur. Mungkin bila peak time lunch lagi panjang barisan

Masa Qaeds pergi ni nak dekat jam 10, confident rasa sebab pergi awal pagi lagi, mungkin orang belum ada. Lo and behold, jam 10 pagi , keadaan di depan kedai kopi Yong Suan dah macam orang beratur nak beli tiket bas time raya. Rasa putus asa la jugak tengok line orang beratur ni. Sebab Qaeds paling tak suka nak beratur panjang lama-lama semata nak makan sepinggan nasi. Pengalaman buruk beratur di Penang demi sebungkus nasi dan lepas makan sakit perut macam nak mati, buat Qaeds serik. It is just me, I no longer enjoy such foodie experience.

Nasi Ganja Yong Suan
Authentic Malaysian experience

Nama asal nasi ganja ni ialah Nasi Kandar Ayam Merah dan dibuka di bahagian depan kedai kopitiam Yong Suan. Orang Ipoh dah memang agaknya panggil Nasi Ganja Yong Suan, tapi tauke mamaknya dah tetap dengan branding nya sendiri, Nasi Kandar Ayam Merah, terpampang pada apron, t-shirt dan topi pekerja. Siap bagitahu lagi yang nasi kandar ni tiada cawangan di tempat lain. Agaknya kalau Google Local Guides update info tukar nama Nasi Ganja Yong Suan di map, boleh jadi orang tak nak datang cuba kut.

BACA  Warisan Nasi Kukus Jalan Kebun Sultan
Nasi Ganja Yong Suan
Pakai glove, bagus jaga kebersihan. Qaeds pernah tengok yang tak pakai glove, ibu jari kiri dah tenggelam dalam timbunan nasi…

Nasi Ganja Yong Suan

Mungkin ada orang hijack nama diorang untuk lariskan jualan nasi kandar yang tak sedap. Kalau sedap, tak perlu la senduk nama perniagaan orang lain kan?

Nasi Ganja Yong Suan

Qaeds bila umur sekarang ni dah kurang gemar nak makan sesuatu yang sampai kena beratur panjang-panjang atau berebut nak duduk menunggu meja. Nak kena pulak tenung puak-puak yang jenis tak reti nak makan cepat, lengah-lengah main phone berborak-borak sedangkan ramai orang menunggu turn nak makan. Since I’m the judging type, Qaeds hindarkan terus dari kerap nak makan tempat-tempat macam ni, tak kira la sedap mana pun. I could either forgo it altogether or try coming back when it is less crowded.

Nasi Ganja Yong Suan
Mungkin pengalaman paling ori ialah duduk makan di kedai. I however just couldn’t be bothered when it is packed, stuffy and hot

Qaeds agak la, yang beratur untuk tapau di Nasi Ganja Yong Suan ni ialah orang Ipoh dan yang sibuk makan dalam kedai, tu orang luar. Mungkin orang tempatan dah tahu, lebih senang order bungkus saja balik makan di rumah.

Nasi Ganja Yong Suan
Sambil makan, kena masak garing duduk di luar

Penyelesaian nak merasa Nasi Ganja Yong Suan ni Qaeds dapat bila nak berlalu pergi lepas ambil gambar. Ternampak notis kedai selang beberapa pintu yang diorang boleh tapaukan nasi dan makan di kedai beraircond. Qaeds rasa mesti ada syarat kalau nak macam ni, at least order sesuatu dari menu kedai dan memang betul pun. Kira ok lah, Qaeds decide untuk cuba juga cara ni.

Nasi Ganja Yong Suan
Cari kedai jual jus buah-buah sebelah selang 2-3 pintu kedai kalau malas nak berebut meja di kopitiam Yong Suan

Nasi Ganja Yong Suan
Adakah ini nasi yang asli? Ye la kot. Pelayan kedai kata diorg ada different team yang layan untuk bungkuskan order. Kut la ni nasi lain belakang lorong kedai pun Qaeds tak tau…

Qaeds makan sebungkus di kafe sebelah ni, dan bungkus lagi extra bawa balik. Cara nak order, pilih cakap nak lauk apa untuk diorang order pada mamak. Qaeds tak tau apa yang ada cakap nak lauk ayam je lah semua. Harga jatuh dalam Rm6-7 sebungkus macam tu, kalau ambil satu lauk saja.

BACA  The Country Western by Chef Raff Bandar Pusat Jengka

Masa makan di kafe, rasa sedap, tapi tak la mencengkam sangat. Yang paling sedap, ialah yang dah terperap bungkus lama, bila Qaeds makan lagi sebungkus di Kellie’s Castle, dah petang hari. Di Kellie’s Castle ni, hari hujan renyai dan cuaca mendung buat lagi terasa keganjaannya sampai jilat-jilat plasti alas bungkusan nasi. Miss LG pernah cakap pada Qaeds, nasi bungkus mamak ni lagi sedap kalau dah terperap sikit beberapa jam sebelum makan. Biarkan nasi dan kuah mesra sebati katanya. And I guess that is true.

On the way balik dari beli Nasi Ganja Yong Suan, lalu sekolah ACS Ipoh ni. Nampak cantik binaannya dengan batu-bata merah. Ada siapa orang Ipoh boleh bawa masuk akses ke sekolah ni untuk ambil gambar? Kalau ada send la email ye shadesofqaeds[at]gmail.

Nasi Ganja Yong Suan