Kellie’s Castle in an hour

kellies castle

Banyak kali dengar nama Kellie’s Castle ni disebut masa Qaeds kecil zaman sekolah. Biasanya, orang pergi rombongan sekolah ke negeri Perak, mesti akan singgah ke Kellie’s Castle ni. Qaeds hanya tengok gambar yang orang bawa balik, dan sekali sekala kalau keluar TV1.

Kellie's Castle
Not sure why would anyone wants to do couple locks here. Its spooky man…

Walaupun Qaeds pernah membesar di Bidor sekejap masa sebelum mula sekolah, tapi tak pernah dibawa pergi tengok walaupun hanya satu jam jarak memandu.

Rasanya mungkin sebab dulu-dulu, Kellie’s Castle ni bukanlah tarikan pelancong rasmi dan banyak cerita Qaeds baca di majalah Variasari pasal tempat ni berhantu lah dan macam-macam lagi. Sepupu yang pernah ikut rombongan sekolah pun cerita istana ni tersorok dibalik hutan dan susah nak masuk dan tiada kemudahan asas.

Kellie's Castle
Kellas rumah kediaman Smith sebelum Kellie’s Castle dibina

Masa dalam perjalanan balik dari Kuala Kangsar, Qaeds dapat singgah sekejap ke istana usang ni. Ayah Miss LG sebut nak singgah di Kellie’s Castle so kami exit highway PLUS di Gopeng dan sambung drive dalam 15 minit ikut jalan Persekutuan.

Langit mendung berawan walaupun baru jam 4 masa kami tiba. Awan mendung berarak betul-betul atas istana tua ni memang beri feel dan aura misteri yang sesuai sangat dengan sejarah dan cerita-cerita mistik nya.

Kellie's Castle
Siapa yang pernah baca Variasari mesti tau kisah orang tempatan kata roh isteri Smith dilihat di istana ni

Antara sebab Qaeds nak datang tengok sendiri istana ni ialah sebab rekabentuk nya berteraskan prinsip rekaan Indo-Saracenic, yang banyak kesamaannya dengan beberapa bangunan bersejarah; Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Ubudiah dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Kalau tengok dari satu sudut, memang sebiji dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Dari koridor, kubah, gerbang pintu memang banyak persamaan.

BACA  Kak Bibah Kafeteria Slim River
Kellie's Castle
Macam medieval tower Eropah zaman pertengahan

Apa yang boleh di buat di Kellie’s Castle ni ialah menjelajah ke segenap ruang diseluruh kompleks istana 2 tingkat ni. Ada banyak ruang-ruang tersembunyi, rekaan bilik unik dengan kegunaan tersendiri. Rasa macam Lara Croft sekejap. Juga boleh tengok dan bayangkan tahap kemewahan yang cuba ditampilkan, oleh pemilik perniagaan getah awal abad ke-19. Datang ke negara orang, teroka tanah dengan pekerja buruh dari India, mengumpul kekayaan hasil bumi Malaya.

Kellie's Castle

Rupanya, Kellie’s Castle ni tak sempat pun diduduki oleh pemiliknya William Kellie-Smith, mat saleh tauke ladang getah dari Scotland. Rumah asal dia ialah Kellas House, hanya sebelah dari Kellie’s Castle, tapi dah musnah teruk dibom tentera udara Jepun. Yang tinggal hanya rangka dinding saja. Yang buat Qaeds tertanya, macamana Kellas House kena bom teruk, tapi Kellie’s Castle elok je. Tak berapa jelas timeline antara tentera Jepun buat serangan bom melalui udara dengan waktu istana hampir siap dibina.

Kellie's Castle

Dari papan info yang disediakan untuk makluman pengunjung, Smith nak bina istana ni sebab nak bersaing dengan rakan-rakan mat saleh yang jauh lebih berjaya dari dia. Agaknya zaman Internet dan socmed tak wujud lagi ni, bila dah boring takde kerja, pergi merantau negara orang buka ladang getah dan buat duit banyak-banyak nak show off sesama sendiri.

Kellie's Castle

Apa pun, hasil binaan istana ni sangat cantik tapi sayang tak dapat dimanfaatkan kesudahannya. Hanya tinggal usang menunggu pengunjung tempatan dan luar. Kaki grammer memang ramai lah kat sini.

Kellie's Castle
Anak cucu waris Smith menjejak tinggalan moyangnya mungkin?

Lega dan puas bila akhirnya dapat sampai dan tengok sendiri binaan yang megah ni, walaupun banyak lagi aspek sejarah silam nya tak berapa jelas pada pemahaman Qaeds. Tapi pada permukaannya, ia menunjukkan contoh orang yang nak tunjuk sangat kemegahan harta benda nya, tapi dia sendiri akhirnya tak sempat tengok siap simbol kekayaan dibina. Kalau tak salah Qaeds baca, Smith mati sakit di luar negara masa nak beli lif utk dipasang di Kellie’s Castle.

BACA  Pesta Bon Odori

Kellie's Castle

Qaeds harap, aspek keselamatan dipertingkatkan lagi oleh pihak pengurusan sebab nampak beberapa pengunjung yang kurang bertanggungjawab suka berdiri di pinggir bumbung bangunan tak berpagar dan lantainya licin, hanya kerana nak ambil selfie. Dah charge tiket RM5 tu, letak la seorang dua pengawal keselamatan suruh tiup wisel tiap kali ada si dungu berdiri betul-betul di hujung dinding sebab nak bergambar punya pasal. Qaeds hanya mampu berdoa dalam hati tiada lah kejadian yang sampai masuk berita.

Kellie's Castle
Only a few feet and a quick lapse in judgement separating these from an unwanted broken neck…or death…

Kepada yang terasa nak tengok sendiri istana tua ni, bila lalu di highway PLUS, exit sekejap di Gopeng dan luangkan masa sejam dua. Kalau datang masa cuaca mendung macam masa Qaeds di sini, lagi bertambah aura misteri nya istana usang ni. Dan dari research Qaeds belek Google Maps, pekan Gopeng pun ada tarikan makanan sedap dan kafe-kafe comel tapi tak sempat nak singgah masa trip kali ni.

Kellie's Castle
Kompleks pengunjung ada toilet dan kafe

Kellie's Castle
Shoot Harry Potter kat sini bole kut