Wedding Portrait Bangunan Sultan Abdul Samad

wedding portrait

Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja, Kuala Lumpur jadi backdrop untuk portrait wedding client Auji dan suami. Dalam post sebelum ni, Qaeds kongsikan gambar-gambar Auji sedang bersiap sedia sebelum bergelar isteri, dan kali ni gambar portrait dia dengan bersama suami tercinta.

Bride getting ready
Getting ready

Lokasi ni Qaeds tetapkan dengan Miss LG, berdasarkan input warna baju songket yang dipakai. Auji ok saja dengan pilihan kami, memberi sepenuh kepercayaan. Yang dia mahu, bergambar sepuas-puas nya dengan suami. Qaeds suka macam ni, bila ada kepercayaan antara client yang hire dan Qaeds yang memberikan perkhidmatan. Akan lebih mudah tugas kedua-dua belah pihak. Lagipun, itulah yang client bayar, untuk tak pening-pening kepala.

Sejak lama dulu, Qaeds memang rasa sesuatu dengan bangunan ni. Lagipun sejak dari kecil sampai lah ke mudah remaja, banyak kenangan terutama bersama arwah abah yang kerap bawa kemari untuk tengok siaran langsung bola di televisyen paling besar Malaysia. Ini zaman sebelum ada nya KLCC dan Pavilion. Dataran Merdeka ni lah tempat nadi utama orang KL datang beriadah meluangkan masa tanpa banyak belanja. Dan lagipun jerebu tak pernah teruk lagi waktu ni.

Masa shoot portrait wedding Zila beberapa tahun lepas, kami hanya di bahagian depan bangunan mengadap padang, di Jalan Raja. Akibatnya, memang kena ganggu dengan pelancong yang asyik nak pose selfie sebab taksub dengan baju songket dipakai pengantin.

Kuala Lumpur wedding photography

Kuala Lumpur wedding photography

Kuala Lumpur wedding photography

Masa untuk shoot gambar Auji ni, cuaca tak secerah masa sesi Zila macam gambar di atas. Matahari mendung di balik awan dan atas sebab nak a) Elak crowd pelancong dan b) Different view backdrop bangunan, kami pergi ke bahagian belakang bangunan Sultan Abdul Samad yang bersebelahan dengan Sungai Gombak/Klang. Cahaya yang diffused dan low contrast still work wonders untuk portrait.

BACA  Rombongan Nikah ke Sugeh Village Country House

Wedding portrait

Mujur masa kami di sini, tak ramai orang sangat lagi dan sempat lah kami berposing tanpa ada sebarang gangguan. Kalau ada pun pekerja DBKL dari jauh tersenyum-senyum tengok gelagat Qaeds dan pengantin.

Wedding portrait

Wedding portrait

Wedding portrait

Wedding portrait

Wedding portrait