Warisan Nasi Kukus Jalan Kebun Sultan

Warisan Nasi Kukus

Bagi peminat nasi kukus, kalau ke Kota Bharu cubalah ke Jalan Kebun Sultan dan cari Warisan Nasi Kukus untuk nak rasa nasi kukus asal dari negeri Kelantan.

Nasi kukus boleh dikatakan sinonim dengan orang bandar KL sebab senang nak tapau, sedap (kalau kena gaya) dan murah (kalau kena tempat). Menu yang Qaeds ingat simple ni rupanya dah bermula di negeri Cik Siti Wan Kembang ni sejak tahun 1972.

Warisan Nasi Kukus
Grandfather of Food truck maybe? Siapa tahu dah lama pun rupanya culture makan food truck ni di Malaysia. Betcha today’s truck tak akan boleh lawan makanan food truck 1972 ni. Rasa best bila tahu sejarah serba sikit makanan yang disediakan.

Selain nasi kukus, trend terkini makanan Kelantan di KL yang Qaeds tahu antaranya ialah nasi Kak Wok. Dulu Qaeds tertanya juga, siapa lah Kak Wok ni? Ingat kan some makcik jual nasi somewhere sedap gila nak mampus dan orang pun adopt lah nama dia. Macam nasi Air Dingin dan Shell Out. Orang meniaga malas sangat nak fikir nama untuk marketing, senduk aje lah orang punya nama dan pakai. Janji boleh jual.

Warisan Nasi Kukus
Beacon of magical and awesome food alley in Kota Bharu. Dari airport Jalan Pengkalan Chepa, bila sampai di simpang empat Jalan Kebun Sultan/Jalan Mahmood, tengok kanan. Akan nampak gerbang besar ni dari sebatu jauh.

Di KL, Qaeds sendiri pun dah jemu dengan nasi kukus ni. Dah rasa biasa sangat macam nasi ayam. Tambah pula bagi tekak Qaeds, susah nak dapat yang sedap dan juga ikut poket nak membayar. Buat masa ni, nasi kukus mampu bayar yang paling Qaeds suka ialah di Nasi Kukus Gerai Juara di Bukit Naga. Harga RM5 tapi portion besar. Rasa masakannya, memang sedap manja bak kata Miss LG.

Warisan Nasi Kukus
Dah nampak orang kerumun macam ni takkan taknak cuba kan?

Masa di Kota Bharu untuk shoot majlis bertandang Auji dan Ashraf, Qaeds jumpa kedai Warisan Nasi Kukus ni. Rupanya memang tujuan klien bookkan hotel Crown Garden untuk kami stay sepanjang hujung minggu ni sebab di kawasan hotel di Jalan Kebun Sultan ni memang banyak makanan sedap. Ashraf pun memang nak Qaeds dan Miss LG makan khusus Nasi Kukus Warisan ni. Dia kata, tiap kali balik memang mesti akan datang makan di sini.

BACA  Kak Bibah Kafeteria Slim River
Warisan Nasi Kukus
Menunggu masa nak start bungkus. Tak pernah lagi tengok orang tunggu nasi kukus macam ni

Qaeds jumpa gerai Warisan Nasi Kukus ni baru buka lepas balik dari merayap ke Pasar Siti Khadijah sebelum bergerak ke Pantai Mek mas untuk scout location. Masa pergi merayap masih belum buka, masa balik tengok orang dah beratur penuh tunggu ayam siap goreng. Tak tersangka pula di Kelantan akan ada orang beratur tunggu nasi siap masak macam di Penang. I suppose when the food is good, people will queue anyhow. Walaupun Qaeds ada mixed feeling sikit dengan makanan yang kena beratur ni sebab lousy experience di Penang, tapi Qaeds tengok yang paling ramai beratur masa tu ialah pelanggan Cina. I go by very simple rule bila nak pilih kedai makan Melayu. Kalau hanya penuh Melayu yang makan, proceed with caution. Tapi kalau ramai Cina, I will go for it jangan ragu-ragu lagi. When it comes to food, I trust Chinese choices.

Warisan Nasi Kukus
Nak rasa nikmat lagi makan, tunggu tepi dapur brader ni tengah goreng ayam dan ikan bawal. The freshly fried food smell will open up appetite like no other

Warisan Nasi Kukus
Amekkaw satu tong ayam dan ikan bawal untuk digoreng. Dua kawah sekali jalan. Serious food? Yes!

Kalau ikut panduan ex-colleague Qaeds pulak, kalau tengok kereta mewah yang berhenti tepi jalan walaupun warung bawah pokok, mesti ada makanan sedap. Memang betul, itu pengalaman masa mengajar di Dungun. Nak cari tempat makan, tengok dulu apa kereta parking di depan gerai-gerai sepanjang jalan Dungun-Paka-Chukai. Para pekerja sektor petroleum berkereta mewah akan tunjukkan kedai mana yang berbaloi nak makan.

Warisan Nasi Kukus
Queue makan dan bungkus berasingan. Memang bijak punya arrangement

Qaeds start snap gambar orang beratur untuk bungkus dan makan. Dan lauk-pauk yang ada memang banyak. Masak merah, rendang, kerabu kaki ayam, kuah percik, bergedil, sayur-sayur, sambal beberapa jenis dan gulai-gulai.

Warisan Nasi Kukus
Nasi kukus or nasi campur? Jangan sangka nasi kukus lauk ayam goreng saja ye

Rasa terpaku kejap, sebab wait, ini nasi campur ke nasi kukus? Tengok pengukus nasi ada, ayam tengah goreng dalam kawah dan ada juga ikan bawal goreng. So ini asalnya nasi kukus, ada variety lauk pilihan. Bila sampai di KL hanya boleh buat ayam goreng sebab mungkin tak nak berlawan dengan gerai nasi campur. So ikut mana gempak nasi kukus boleh dapat di KL ni, Nasi Kukus Warisan punya experience ialah nasi kukus tahap dewa lah kut. Dan Qaeds rasa dengan barisan pelanggan yang sabar menunggu ayam goreng panas-panas ni, wajar lah kalau nak bagi gelaran tahap dewa.

BACA  #tb: Kota Bharu Road Trip 2010
Warisan Nasi Kukus
RM18 lebih kurang untuk dua orang makan siap air. Good deal kalau ikutkan kualiti masakan dan rasa yang sedap.

Team yang bertugas sangat cekap, pantas membungkus pesanan take away atau nak makan terus. So orang yang queue tak menunggu lama sangat kecuali tunggu ayam siap masak. Kami try makan Nasi Kukus Warisan ni selepas balik dari Pantai Mek Mas. Bagi lega dulu crowd, kami balik hotel mandi segar-segar dulu. Rupanya, menjelang jam 9, lauk dah banyak habis. Dan jam 10 gerai pun mula tutup. Qaeds sungguh kagum, walaupun hari cuti yang biasanya ramai customer, kedai hanya buka dari jam lima petang hingga sepuluh malam. Tafsiran Qaeds, if business is good, why need too long opening hours? Respect.

Warisan Nasi Kukus

Selain Nasi Kukus Warisan, di Jalan Kebun Sultan ni ada beberapa gerai makanan lagi yang sedap. Selepas balik shoot outdoor, kami cuba satay dan ABC, gerai sebelah Nasi Kukus Warisan. Dua-dua pun sangat sedap, Miss LG sampai harini hanya sebut nak ABC Kelantan. Sebab dah penat sangat dan lapar, tak sempat nak ambil gambar apa pun. Slow-slow enjoy hirup ABC special sambil fikir macamana nak cari jalan datang ke sini lagi…