Sunset Pantai Mek Mas

Pantai Mek Mas

Seingat Qaeds, tiada memori di tepi pantai di negeri Kelantan ni yang boleh Qaeds recall. Walaupun abah pernah bawa ke PCB dan pantai Irama di Bachok masa kecil, tapi dah tak ingat sangat rupa pantainya.

Untuk trip shoot wedding Auji dan Ashraff ni, Qaeds dan Miss LG ambil kesempatan untuk scout lokasi portrait luar pintu lepas siap majlis bertandang.

Pantai Mek Mas

Dah jadi habit Qaeds untuk tinjau dulu spot photo shoot selagi dapat, lagi-lagi kalau di tempat orang yang Qaeds tak biasa. Hanya untuk bagi selesa dan confident bila nak shoot bila dah familiar dengan kawasan lokal. Lagipun, outdoor shoot ni one time opportunity saja yang ada untuk client lepas event. Sayang kalau tak dapat buat, walaupun prinsip Qaeds, shoot outdoor ni di mana-mana pun boleh, tepi jalan dewan kahwin pun boleh. Cuma kali ni di event di negeri Kelantan yang cantik, Qaeds nak cuba kalau dapat jumpa spot yang menarik.

Pantai Mek Mas

Asalnya, masa sesi discussion pertama kali dengan pasangan client, Qaeds tanya mana tempat yang sesuai untuk bergambar. Lokasi pertama yang dicadangkan ialah Pantai Mek Mas, kedua PCB dan ketiga Pantai Tok Bali. Memang pernah juga dengar orang cakap ambil gambar wedding mesti sampai ke Pantai Tok Bali sebab cantik.

Sambil discuss tu Qaeds buka Google Images dan check out lokasi ni dan search juga gambar-gambar kahwin yang ada. Somehow, tak banyak sangat gambar yang Qaeds jumpa . Dengan view dalam Google Maps, untuk lokasi PCB dan Tok Bali, Qaeds tak berapa gemar dengan rupa pantainya yang dah ditambak.

BACA  Warisan Nasi Kukus Jalan Kebun Sultan

Masa ni Qaeds tak check sangat Pantai Mek Mas sebab 1) Tak pernah dengar 2) Sungguh tak glemer nama. So Qaeds abaikan dulu. Dalam fikiran, Qaeds bayangkan plan A ialah ke old town Kota Bharu pun ok. Tak perlu sangat ke pantai ni.

Pantai Mek Mas

Tak lama lepas pertemuan kami, Miss LG dapat info berkenaan baju yang akan dipakai di majlis bertandang nanti. Bila kami tengok gambar baju dan jenisnya iaitu warna putih dan berbulu macam burung, Miss LG cakap tak sesuai kalau nak bergambar di bandar, especially di bangunan lama. Qaeds dah pening sebab dengan Miss LG, kena pilih tempat proper yang sesuai dengan pakaian. Dan untuk beberapa shoot sebelum ni pun, Qaeds bergantung pada input dia untuk pilih lokasi, ikut kesesuaian jenis dan warna pakaian. Dan so far, memang client puas hati dengan idea dia.

So we are back to square one, no chosen location. Untuk jenis baju yang akan Auji pakai, memang kena cari nature setting juga. Dan not just any nature, kena pula dengan konsep baju macam burung kayangan, so Qaeds pun dah tak tau nak cakap apa. Terus buka Google Maps dan check Pantai Mek Mas. Qaeds rule out PCB sebab 1) Tumpuan ramai orang 2) Pantai dah ditambak. Tok Bali is out kerana jarak 40 minit memandu.

Pantai Mek Mas

Tergerak untuk check Pantai Mek Mas sebab situ lah lokasi pertama yang Ashraf sebut walaupun dia tak sebut kenapa. Qaeds switch map view ke Satellite untuk tengok lebih jelas rupa muka bumi kawasan pantai dan guna Street view untuk tengok lebih jelas. And voila, I hit jackpot.

BACA  Naik Rapid Ferry Penang Island

Sangat berbeza rupa Pantai Mek Mas ni dengan PCB dan Tok Bali. Kawasan pantai nya masih banyak pokok-pokok dan sangat kurang struktur bangunan. Dengan Street view, memang sah lah di sini banyak pokok fir dan pokok kelapa, sampaikan Qaeds dah boleh visualize shot yang nak diambil. Bonus point yang paling penting, jarak memandu yang singkat, hanya 25 minit dari bandar.

Selepas rehat dan ganti tidur di hotel, kami terus memandu ke Pantai Mek Mas. Sepanjang pemanduan, Qaeds rasa suasana kampungnya sangat berbeza, mungkin sebab dah lama tak tengok kampung. Terasa macam masa dan pembangunan takde effect. Rumah kampung lama, walaupun ada yang dah renovate cantik tapi still rasa berbeza.

Dengan ikut Google Maps, kami sampai ke bahagian hujung kampung. Jalan akses masuk dah habis jalan tar, kena lalu jalan pasir tapi nasib baik pasir nya padat, so tak lekat tayar.

Pantai Mek Mas

Macam di Klebang, Melaka, di Pantai Mek Mas ni pun ada padang pasir, tempat letak pasir untuk tambak pantai. Walaupun cantik, Qaeds suspect Pantai Mek Mas ni pun akan ditambak sama macam PCB dan Tok Bali.

Pantai Mek Mas

I guess, while the view is there, I should photograph it as much as I can. Cita-cita ada juga la nak ambil gambar sand dune di Jepun. Yang Klebang dulu pun Qaeds tak pergi sampai dah tiada pun view yang cantik sangat ramai orang berphotoshoot tu so ini lah rezeki Qaeds.

Pantai Mek Mas

Kawasan bukit pasir ni rupanya kawasan larangan sebab dikira sebagai tapak binaan tapi orang semua redah semacam je. Anak emak ayah semua panjat naik sampai ke puncak. Qaeds duduk di bawah je ambil gambar gelagat pengunjung. Miss LG lagi kesian, dah tak larat nak jalan so berdiri di satu spot saja.

BACA  Masjid Selat Melaka

Sunset Golden Hour

Seingat Qaeds, ni pertama kali kami di kawasan pantai dan dapat cahaya sunset yang syahdu. Masa di Tanjung Harapan, cahaya sunset nya terik yang amat dan panas. Yang ni nyaman je rasa, dengan tiupan angin Laut China Selatan. I am hoping that tomorrow we will get this light again.

Pantai Mek Mas

Kami stay sehingga last sunset, Qaeds merayau di belah tepi pantai di mana Sungai Kelantan bertemu dengan Laut China Selatan. Berdiri sambil nikmati view yang tak tahu bila lagi Qaeds akan dapat tengok lagi. Lain kali datang pasti berbeza dah Pantai Mek Mas ni. Syukur rezeki datang kali ni dan ambil gambar yang dapat.

Pantai Mek Mas