Kuih Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah

Dah 9 tahun sejak last time Qaeds datang ke Kota Bharu. Dulu untuk temuduga kerja, kali ni datang buat kerja. Wedding client, Auji dan Ashraf jemput datang untuk ambil gambar majlis bertandang mereka selepas selesai majlis di Kuala Lumpur.

Wedding portrait
Di KL kami di Bangunan Sultan Abdul Samad untuk portrait baju bersongket. Di Kota Bharu, kami ke pantai pula

Tiap kali datang ke Kota Bharu, Qaeds wajib singgah ke Pasar Siti Khadijah, tempat memori pertama sejak pertama kali datang ke Kelantan tahun 1994 dengan abah.

Qaeds datang sehari awal dengan penerbangan awal pagi dengan niat akan dapat ke pasar Siti Khadijah untuk beli kuih sarapan. Kali ni datang dengan Miss LG, nak tunjuk macamana banyak nya makanan best-best dijual di bahagian kuih dan juga gerai di tingkat atas. Selama ni asyik cerita je, sebab kerap teringat kuih-kuih sedap di sini so dapat juga bawa dia tengok sendiri.

Pasar Siti Khadijah
Masa dulu lagi ramai penjual kuih. Sekarang tinggal di kawasan ni saja

Pasar Siti Khadijah
Majoriti peniaga kaum hawa

Pasar Siti Khadijah
Miss LG dive head on experience beli kuih sendiri

Bagi yang dah pernah datang ke Pasar Siti Khadijah ni sejak lama dulu, mungkin ingat lagi yang kuih-kuih makanan asalnya dijual di tingkat atas bangunan utama pasar. Masa datang pertama kali umur 10 tahun, Qaeds beli kuih RM10, penuh plastik tangan pegang bawak balik satu rumah boleh makan. Paling tak lupa, kuih pulut panggang gemuk 10 sen satu. Masa trip 2010, tempat makanan dah berpindah ke bangunan annex yang ditambah kemudian. Dan jumlah peniaga kuih pun rasanya dah tak seramai dulu.

Pasar Siti Khadijah
Charlie Chocolate Factory versi Pasar Siti Khadijah. Kebanyakan kuih ni Qaeds dah tak ingat pun sebab tak jumpa di KL.

Pasar Siti Khadijah
Harga masih ok, rasa berbaloi lagi bayar dengan apa yang dapat

Setiap kali datang pun Qaeds tetap jakun tengok kuih yang sangat banyak. Nak explain satu-satu pada Miss LG tak teringat juga nama kuih yang ada. Yang Qaeds cari cuma pulut panggang saja. Tapi sekarang dah slim sikit tak gemuk dah.

BACA  Q-Gastrotruck at Melawati Food Truck

Kali ni terasa sikit berbeza pengalaman bawa kamera. Masa trip 2010, Qaeds bawa DSLR EOS 5D siap battery grip dan lens EF17-35 f2.8 yang besar tapi orang tak kisah pun. Sekarang, bawa Fuji X-Pro1 yang halus dengan lens 7artisans 35mm f1.2 saiz lebar dua jari pun orang keliling dah start kecoh-kecoh tegur. I wonder what has happened in the last 10 years?

Pasar Siti Khadijah
Tengah nervous ni, zone focusing pun tak betul

Pasar Siti Khadijah

Walaupun rasa segan, Qaeds gagahkan juga snap beberapa frame, mengenangkan yang tak tahu bila lagi akan dapat datang ke sini. Janji dapat gambar kuih yang sangat banyak ni.

Pasar Siti Khadijah

Dah pusing 2 round dan beli kuih-kuih sikit Qaeds bawa Miss LG naik ke tingkat atas pula tengok gerai nasi dan makanan heavy. Masih macam dulu juga gerai nasi jual lauk mewah seafood sejak awal pagi.

Kota Bharu Travel
From 2010 trip. Lauk makan pagi jam 9.

Kota Bharu Travel
From 2010 trip. Akak gerai yang ramah tamah. Tak dapat jumpa dia masa trip ni.

Ni satu misteri yang masih tak dapat Qaeds rungkaikan lagi. Kenapa boleh ada lauk mewah macam ni untuk makan pagi hari. Sambil fikir-fikir cari jawapan, kami duduk cari port nak makan kuih dan juga rasa nasi kerabu.

Pasar Siti Khadijah
All in all RM20 untuk makan pagi. Tak semurah dulu, tapi ok la. Who can beat inflation with makan gaji right?

Pasar Siti Khadijah
Miss LG terkejut tengok condiment keropok bukan sos macam biasa beli. Tapi dapat serbuk gula pedas. When in Rome, moo…

Yang pasti, kami berdua tak puas lagi di Kota Bharu dan Kelantan. Now hoping we can get more wedding client dari negeri Cik Siti Wan Kembang.