Q-Gastrotruck at Melawati Food Truck

Walaupun suka tengok tempat makan food truck yang dah jadi trend di kebanyakan tempat di Malaysia sekarang ni, Qaeds sendiri masih kurang nak cuba makanan masak dalam lori ni. Qaeds masih prefer tempat makan yang ada duduk selesa dan tak perlu lari angkat kerusi meja cari tempat berteduh kalau hujan. Tapi of course lah menu yang ada dijual dengan food truck bukan menu standard restoran Melayu. So tak boleh lah nak disamakan experience nya.

Food Truck

Seingat Qaeds pengalaman makan food truck first time pun dengan Miss LG, adalah dalam 8-9 tahun dulu. Dan kelakarnya, yang pertama kali tu lah di Q-Gastrotruck ni. Tapi my first experience, agak kurang pleasant. Hari hujan masa tengah makan dan kami kena angkat kerusi meja masuk bawah khemah kecil, kongsi ramai-ramai. Although the food was good, but I paid close to what I could have paid in a proper restaurant, if not the same amount. Jadi, lepas cuba yang pertama kali ni, memang malas dah nak ke food truck lagi.

Food Truck
Hmm…mungkin kah ini dulu bas nombor 20 yang sangat laju ke Bangkok Bank…

Tapi sejak dah lama sangat, Qaeds bawa Miss LG cari Q-Gastrotruck ni sebab ini lah food truck favorite dia. Ini sajalah food truck yang dia setia datang makan dengan kawan baik nya, sebab Qaeds dah taknak bawa lagi. Dia saja tak cerita, sebab tau Qaeds tak suka sangat makan di food truck.

So sejak ke pasar malam Melawati setiap Sabtu, kami nampak Q-Gastrotruck ni dah duduk di port baru, bukan lagi di depan BHP Melawati. Dan nak layankan Miss LG makan pasta, dan juga untuk nak lepak-lepak, Qaeds decide nak cuba sekali lagi pengalaman food truck.

BACA  Slowing down in Jitra Kodiang

Kali ni, kami pergi waktu cuaca dah predictable sikit dan dah habis musim hujan, so no rain this time. Kami duduk di meja dekat dengan Q-Gastrotruck, dapat kerusi plastik yang boleh sandar. Miss LG order pasta favorite dia dan Qaeds terasa nak makan kacang pool.

Food Truck
Walaupun nama truck, tapi diorang pakai van je. Still whipped some awesome food in the hood

Sepanjang menunggu pasta Chermoula siap, Qaeds dapat view clear dalam dapur Q-Gastrotruck. Yang buat nampak best, tengok dapur berapi-api masa setiap hidangan disediakan. Qaeds dan Miss LG perasan, setiap hidangan yang dimasak, brader chef akan rasa sebelum dia finalize dan serve. It seems this guy was from professional kitchen background. And also the way he moves in that small kitchen van that made me know he is serious in preparing his dishes. Kalau orang yang selalu tengok Gordon Ramsay atau Jamie Oliver di TV mesti tau punya lah.

Food Truck
Sedap, tapi sedikit pricey dan portion kecik. Tak cukup untuk perut Qaeds yang besar ni. Fun fact, brader ni berjual di food truck tak pakai truck pun. Pakai van kecik je.

Food Truck
Tauhu bakar yang juga sedap. Lagi gempak, brader ni jual bukak meja je. Langsung takde van atau lori pun.

Food Truck
RM12 for nicely prepared food. Ikhlas rasa kata Miss LG

Pasta Chermoula untuk Miss LG, dapat macam yang dia nak, extra pedas. Ini yang buat dia suka sangat dengan Q-Gastrotruck sejak lama, sebab rela melayan kerenah order dia. Dan beberapa kali datang lepas tu pun Qaeds order carbonara dan Miss LG Chermoula, rasa nya konsisten. Konsisten sedap. Dan surprisingly, untuk daging, Q-Gastrotruck guna daging slice, bukan daging hancur ground beef beku. Dan garnish parsley nya pun ada nampak, kalau nak banding dengan restoran resipi rahsia yang daun parsley nya ciput je. Payah rasanya nak dapat pasta macam ni makan tepi jalan.

And also not to forget, Q-Gastrotruck siap hantar ke meja setiap pesanan. Seorang masak, seorang lagi layan ambil order, hantar order dan dengan laju clearkan meja in case ada yang kurang faham adat makan di food truck kena buang sendiri paper plate. So I’d say it wasn’t too bad at all.

BACA  The Country Western by Chef Raff Bandar Pusat Jengka

Dan sebenarnya, beberapa minggu sebelum kami makan di food truck Melawati ni, kami cuba food truck di TTDI. Walaupun banyak pilihan, lagi banyak dari Melawati, tapi kami still prefer Q-Gastrotruck. You really get what you pay for, I guess.