Petang di Kota Bharu

kota bharu

Selepas 9 tahun, sekarang baru dapat datang semula ke bandar Kota Bharu yang Qaeds asyik teringat dengan makanannya. Kali terakhir datang, memandu dan stay untuk sehari semalam saja atas urusan kerja. Kali ni dapat stay lama sikit, atas tugasan gambar kahwin client yang ajak untuk repeat majlis bertandang pula setelah selesai majlis di KL.

Masa datang dulu, Qaeds fokus banyak pasal makanan saja dan hanya dalam kawasan Pasar Siti Khadijah. Kali ni dengan Fuji X-Pro 1, Qaeds azam nak merayau sikit ke sekitar luar pasar pula.

Kota Bharu street scenery

Setakat ni dalam memori yang paling jelas, hanya 3 kali datang ke Kota Bharu, first time 25 tahun dah. Dan setiap kali, berjalan ke Pasar Siti Khadijah jadi acara wajib. Sebab masa pertama kali datang tahun 1994, tempat pertama Qaeds dibawa beli makanan ialah Pasar Siti Khadijah. Sampai lah besar dah tahu datang sendiri, pun ke sini juga, tak pergi tempat lain.

Kota Bharu street scenery
Dah petang hari sunyi rupanya area pasar. Semua kedai tutup dah. Lama tunggu orang nak melintas dalam scene ni langsung takda

Kota Bharu is fascinating to me, ada beberapa perbezaan nya dengan bandar negeri lain. Pengunaan tulisan Jawi di bilboard, signboard kedai dan papan tanda jalan masih meluas. I like it. Qaeds akan stop tenung satu-satu board dan try baca slow-slow. Kalau di Johor askar JMF interview kena pandai Jawi, basically di Kota Bharu ni semua orang superb baca tulis Jawi kut.

Kota Bharu street scenery

Kota Bharu street scenery
Gerbang yang sangat cantik. Kalau datang dari airport, jauh lagi pasti akan nampak gerbang ni. Start petang hari datang sini, banyak makanan sedap.

Kali ni dapat duduk sepanjang hujung minggu, tapi kerana tugasan photography, Qaeds hanya ada beberapa jam waktu pagi sampai dari airport dan beberapa jam waktu petang untuk merayau ambil gambar scenery sekitar pasar.

BACA  Rombongan Nikah ke Sugeh Village Country House

Kota Bharu street scenery

Kota Bharu street scenery

Akan ada beberapa post lagi akan Qaeds kongsi iaitu sunset di Pantai Mek Mas, Nasi Kukus Warisan dan juga mencari kuih di Pasar Siti Khadijah. Nak bagi siap dulu gambar pengantin dan layout album.

Harap ada lagi rezeki untuk datang ke sini, Insya Allah.

Kota Bharu street scenery