Masjid Jamek Sultan Abdul Samad

masjid jamek kuala lumpur

Ziarah masjid kali ni, Qaeds ke Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, masjid tertua di Kuala Lumpur. Walaupun kerap lalu lalang depan masjid ni dulu, tapi sangat jarang sekali singgah. Jumaat pun hanya sekali dalam ingatan.

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Dah beberapa tahun Qaeds tangguhkan untuk datang ke sini dan menggambar. Sejak jumpa  nama A.B. Hubback selepas tulis blogpost untuk Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, nama arkitek Inggeris ni kembali mengingatkan Qaeds untuk segera ke masjid jamek ni.

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Walaupun terletak di tengah bandaraya, tapi hakikatnya susah bagi Qaeds nak datang melawat. Kalau memandu, susah nak parking. Naik tren, hanya sekadar bertukar stesen. Sejak mula naik public transport sendiri di KL ni dari tahun 1994, beratus kali lalu lalang, tapi singgah boleh kira tak sampai 5 jari. Bila dah ada kamera, kamera berat pula, takut lah, segan lah nak ambil gambar. Macam-macam alasan.

Sejak dah ada Fuji X-Pro 1, Qaeds makin semangat untuk teruskan cita-cita ambil gambar masjid. Why masjid? Well, its there, free entrance and almost always majestic to look at and photograph. Dan lagipun, masjid ni dibina dengan unsur senibina Indo Saracenic yang Qaeds pun tak tahu kenapa, memang suka sangat. Mungkin kerana kubah bawang dan gerbang nya.

Sebagai masjid tertua di bandaraya ni, Qaeds dapati susah nak jumpa resource yang berkaitan i.e. gambar-gambar asal masjid. Yang ada sedikit mungkin dalam buku sejarah sana sikit sini sikit dan selalunya mesti dari angle bertemunya Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur
Struktur dari tiga zaman berlainan

Bahagian dalam masjid ni tetap masih boleh masuk solat macam biasa, walaupun ada pengadang ni, hanya untuk hadkan akses pada pelawat asing.

BACA  Merayau Galeri Petronas

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Sangat suka bila masa Qaeds di sini, sentiasa dapat tengok pelawat asing berziarah. Tua, muda, single dan juga keluarga. Kagum walaupun banyak lagi tempat boleh duduk sejuk aircond, tapi masih ada yang nak datang melawat masjid dengan cuaca panas sekarang.

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Qaeds cuba cover sebanyak sudut yang dapat, dan banyak fokus pada struktur asal masjid dan tak sangat pada bahagian tambahan yang dibina kemudiannya.

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Kalau nak tengok lagi selebih nya gambar Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ni, sila lah tengok album Flickr Qaeds. Feel free to share the images or for publication use and credit back.

Masjid Jamek Kuala Lumpur
Sedap berteduh dari matahari terik duduk atas marble sejuk