Kari Udang XL

Kari Udang

Sekali sekala terasa nak makan udang besar tapi tak berani nak makan di kedai especially di KL. Kalau memang port seafood macam di Kuala Perlis atau banyak lagi, akan confident juga lah. Di KL tahun 1993-94 dulu, kalau abah belikan nasi kandar di area Pasar Seni, seekor udang besar ni dah RM6. Kalau sekarang, sendiri mau ingat lah.

Udang Kari

Sejak beberapa tahun ni, even sebelum abah meninggal, jadi tugas Qaeds untuk beli barang dapur. Masa awal-awal, hanya pergi ke NSK. Tempat paling senang nak dapat barang segar, walaupun harga sedikit extra kalau nak banding dengan pasar basah yang dedicated. So for a number of years, I am stuck with NSK. Disebabkan tak beranikan diri lagi untuk ke pasar, so redha je lah dengan apa yang boleh dapat.

Mak punya selera simple je, dia hanya nak ikan selar, ikan kerisi dan ayam. Qaeds pun dah terbiasa dengan selera macam ni, tambah sayur sikit-sikit. Sekali sekala ada duit lebih, beli ikan merah siap potong. Kalau nak makan grand sikit, kami ke kedai tomyam dekat rumah, boleh la nak makan siakap 3 rasa.

Tapi lately ni, mak dah kurang selera nak makan di kedai. Dia prefer kalau masak di rumah saja. Especially sejak Qaeds try masak kueteow kungfu, Xinjiang style lamb, spaghetti olio dan garlic fried rice, kata dia teruskan jelah masak di rumah untuk mak makan. Tak payah pergi kedai lagi.

Sejak kami balik semula ke KL, finally Qaeds beranikan diri untuk beli barang basah di Pasar Chow Kit. Lepas beberapa kali pergi Giant, memang tak dapat apa yang nak, so tawakkal je lah. Pakai kasut hiking, bawa bag Ikea dan sampai di pasar jam 7.30 pagi. Bila dah browse sendiri barang, then I know why abah prefer ke pasar basah macam yang di Chow Kit ni.

BACA  Bakso Monster Cafe

Rasanya tak perlu lah Qaeds nak explain panjang lebar betapa murah nya harga barang segar di pasar basah ni kalau nak banding dengan supermarket baik yang biashe-biashe atau pun yang up sikit macam grocer-grocer tu. If you are like me, who likes spending time comparing prices and making mental notes in the grocery aisles, then you will know already. Kalau yang tak tahu tu, well, selamat mencuba because you are in for a real treat.

Dari trip pertama ke Pasar Chow Kit dan dari lorong pertama Qaeds lalu, terus ternampak udang besar. It looked fresh, walaupun tau tak la fresh sangat banding kalau dekat tepi laut, tapi nampak masih elok. Sekilo harga RM65. Itu pun kata nyonya penjual, tengah mahal sikit harganya. Qaeds minta setengah kilo dan dapat 8 ekor. Cukup berempat orang makan di rumah. Dalam kepala, terus terbayang kari udang mak.

Udang Kari

Sejak 2-3 tahun ni juga, untuk lauk kari, kami guna rempah kari dari Kelantan. Adik ipar mak orang Tumpat so kalau dia atau sesiapa yang dia kenal balik ke sana, akan ada bekalan rempah kari cap Orang Terbang. Sejak makan kari ni, Qaeds dah tak boleh pergi dah makan rempah kari lain. Selagi ada, memang nak rempah kari dari Kelantan juga. Masa di Kota Bharu baru ni untuk wedding photography, hanya sempat tinjau-tinjau gerai rempah di Pasar Siti Khadijah tapi tak dapat nak membeli.

Campur kelapa, rempah, garam gula bawang, Qaeds agak ada la dalam RM40 untuk seperiuk kari udang ni. If compare tahun 1994, seekor udang nasi kandar RM6, udang kari mak masak ni jatuh RM5 seekor. Kira ok la kan? Kalau nak makan udang di Yusoof Zakir Pasar Seni berapa agaknya harga sekarang?

BACA  Kak Bibah Kafeteria Slim River

Udang Kari