Set Mixed Teppanyaki

teppanyaki qaeds

Teppanyaki. Where best should I start with this dish. Masakan Jepun yang nampak simple, rasa pun simple tapi harga nya mak uii, nothing simple about it.

Qaeds suka rasa masakannya yang banyak fokus pada rasa asal lauk tanpa perasa yang complicated. Rasa segar daging dan crunchy manis tauge. Dan juga seronok tengok chef tu masak depan kita atas dapur leper. Just something about food prepared this way, they are usually really good. Emm, teringat nasi goreng seafood lau pan di Stulang Laut…

Tairyo, a teppanyaki buffet in Beijing
Gambar hiasan. Yang kami makan takde lagi berapi macam ni

Seperti biasa, bila dah nak makan benda-benda macam ni tapi dah tak sanggup nak pergi ke kedai, Qaeds attempt nak buat sendiri. Masa dulu, sehidang kalau lauk ayam, satu set siap nasi, sup miso dan air sirap dalam RM9.90, kalau daging dalam RM10.90. Sekarang satu set ayam dah RM15 rasanya. Empat orang makan tak kurang kena standby RM100.

Teppanyaki
Kedai teppanyaki di Sg. Wang Plaza, lebih kurang macam ni tempat nya. Makan keliling dapur.

So, we set about trying to make this ourselves sebab dah sejak lama duduk mengadap dapur teppan ni, Qaeds tengok perhatikan apa benda je bahan-bahan yang digunakan dan lebih kurang macam ni listnya:

  1. Daging. Cut tak sure, tapi yg lean mungkin, paling kurang lemak dan urat yang tak liat
  2. Ayam. Peha yang dah buang tulang. Tak pernah tengok lagi pakai isi dada.
  3. Sayur
    1. Tauge
    2. Karot. Stick cut
    3. Daun bawang
    4. Kobis
  4. Seasoning. Untuk ayam dan sayur
    1. Garam
    2. Lada sulah @ White pepper
  5. Goreng guna majerin dan minyak
  6. Hiasan daun bawang dan garlic chip (boleh beli yang dah siap di kedai. Goreng balik je sebelum hidang)
  7. Sampingan miso sup dan sos cili garlic.
BACA  Pasta Olio goreng sendiri

Sebagai ganti kuali leper yang tiada, Qaeds guna frying pan besar stainless steel. Lebih kurang je lah macam yang dapur teppan tu, cuma kena masak in batches, supaya ayam cukup garing, tak steamed kalau masuk banyak sekaligus.

Untuk hidangan sampingan, mak buat kan sup kosong guna tulang ayam leftover Qaeds eksperimen debone ayam. Untuk sos cili, kami guna sos cili garlic cap Ayamas. Boleh dapat di mana-mana Ayamas dan rasanya lebih kurang macam cili nasi ayam hainan.

Masa buat first time ni, Qaeds guna daging isi dada sebab tak pandai lagi nak debone peha ayam. Dan lagipun cepat sikit nak prep untuk 4 orang makan. Dah lepas buat yang ni baru confident nak debone peha sebab dah aim nak buat chicken chop pulak.

Untuk step masak, Qaeds simpulkan mudah, ikut cara chef teppan buat. Letak daging/sayur dulu dan season masa atas kuali. Lauk daging bagi garing dan sayur pulak jangan terlebih masak sampai jadi lembik.

Dan inilah hasilnya.

Teppanyaki
It looked the part. Rasa, nak kena improve lagi teknik masak

First attempt ni, daging ayam overcooked kering sikit dan daging lembu liat sikit sebab salah urat potong. Tapi boleh lagi makan. Nak kena refine lagi teknik masak especially daging untuk bagi cukup masak, juicy dan ada rasa garing sikit. Mungkin tu sebab dapur teppan guna kuali leper besar tu. Senang nak bagi masak rata.

Teppanyaki

All in all hidangan 4 orang ni kos lauk dalam RM20 dan masa prep sampai siap masak dalam 1 jam 30 minit. Sudah nya Miss LG yang tambah banyak makan, Qaeds dah letih so makan sehidang saja.

Teppanyaki