Tahun baru, tradisi & bamboo flutist

So dah 2019 dah pun. Makin tahun makin lupa nak buat post appreciation tahun baru. Tapi tak la penting mana pun, pada Qaeds semua masih sama je. Kalendar saja habis dah nak koyak, tunggu dapat kalendar kuda baru (tak gantung pun lagi).

Sejak kebelakangan ni, Qaeds dan Miss LG pun dah kurang masa nak beraktiviti. We were busy moving and coping with new place dan menunggu ketibaan team member baru dalam family. No amount of preparation can prepare us for his/her arrival so tawakkal je lah.

Jadi isi berbual dengan Miss LG pun dah banyak tertumpu pada macam mana nak ajar anak. Miss LG banyak baca blog dan artikel berkenaan parenting dan macam-macam lagi. Qaeds biasa lah, memang tak boleh nak bersedia apa pun nak baca ke apa so I’m just gonna wing it je.

Antara angan-angan kami ialah apa yang nak diajar dan ditinggalkan pada anak nanti. Duit, harta, ilmu dan macam-macam lagi. Qaeds nak anak nanti jadi photographer, Miss LG nak dia jadi ballerina. Dah sebut nak anak jadi itu-ini, pastu kami diam kejap. Sebab baru terfikir, nak ke budak tu jadi segala apa yang kami angankan? Kalau dia tak nak, apa legasi nak ditinggalkan nanti atas nama Qaeds dan Miss LG?

So back and forth we talked about this, tapi selalu nya kesudahan sama, masing-masing tanya “nak ke dia ikut cakap kita?”

Zaman yang dah moden dan semakin moden, makes me feel old. Few years ago I was a child, and soon in few months I’m gonna have one to raise. Miss LG naluri ibu dia dah kick in so she’s being more sensible than I can. Qaeds ni duk la loklak lagi.

BACA  Lions in the street

Bamboo flutist

Jadi baru ni lepas balik beli pregnancy pillow di Saujana Utama, kami singgah lunch makan nasi sup tulang di hentian Elmina selatan. Ni tempat yang makan nya ok juga untuk highway yang bagi Qaeds tak busy tapi makanannya sedap. Agaknya busy juga la kut sampai Sate Samuri pun buka kedai besar di sini.

To our pleasant surprise, masa keluar kereta ada dengar bunyi seruling merdu live. Rupanya ada live solo performance pemain seruling di depan gerai-gerai makan. So sambil makan nasi dengan sup tulang kami layan je muzik seruling. Macam-macam lagu dimainkan, dari Hotel California unplugged sampai lagu Dia oleh Dato’ Shiela Majid dan beberapa lagu etnik lain. Miss LG memang suka la sangat sebab this is her kind of music.

Sambil makan dan dengar muzik, Qaeds rasa something yang pelik. This guy is so good with his flute, so good in fact Qaeds rasa macam kenapa dia perform di RnR ni? Seingat Qaeds, muzik sebagus ni, dulunya sentiasa keluar TV, dipersembahkan live solo atau pun selalu mengiringi penyanyi terkenal.

Mohar Bamboo Flutist

Qaeds tanya Miss LG, siapa dia ni, sebab gempak sangat tiupan seruling dia ni. Miss LG punya perhati atas bawah dan cakap “..dia ni bukan biasa-biasa punya musician ni”. Miss LG rasa macam pernah tengok tapi tak dapat cam siapa orangnya.

 

Jadi sambil tu kami pun berbual, kenapa dah makin kurang kedengaran muzik macam ni di mainstream media. Kesimpulan kami, orang dah kurang minat, ataupun media nak bagi airtime pada content yang lebih sensasi. Zaman sekarang kalau tak sensasi mana dapat perhatian orang kan?

BACA  Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
Mohar Bamboo Flutist
Probably in different keys

Kami berdua bimbang, satu hari nanti akan ada lagi ke muzik macam ni untuk dinikmati anak-anak? Hanya boleh dengar di Youtube saja kut kalau ada. Dan macam bantal tekat tenun yang Miss LG cakap hanya ada tinggal seorang saja pembuatnya di Kuala Kangsar, itu pun katanya anak-anak tak minat meneruskan tradisi pembuatan tekat tenun. Seni yang pasti akan hilang tak lama lagi dan dilupakan.

Pasti ada banyak sebab kenapa jadi macam ni, dan bagi Qaeds dan Miss LG nak tinggalkan sesuatu legasi pun, belum tentu anak nak sambung. Dan kadang terfikir, kenapa nak dibebankan mereka untuk menyambung legasi. Abah sebelum meninggal pun rilek je takda nak pesan suruh bina itu ini. Yang dia bimbangkan hanya dua, siapa nak jaga mak dan Qaeds yang belum kahwin.

So mungkin, apa saja sesuatu yang Qaeds bina, Qaeds offer dulu pada anak kalau dia minat nak buat juga dan sambung. Kalau tak minat, Qaeds akan cari apprentice dan pass on knowledge dan resources untuk individu tersebut. Mesti ada orang yang nak kan knowledge dan skill macam pemain seruling dan penenun tekat Kuala Kangsar. Cuma kena tinggal usaha bertanya dan cari.

So in the end, siapa sebenarnya peniup seruling di Elmina tu? Rupanya si dia ialah dari band duo Mohram yang popular satu ketika dulu. Kalau persembahan di TV yang ada muzik seruling, chances are dia yang akan perform. Thanks to Haikal yang komen di FB live Qaeds, dia yang cakap itulah Mohar dari band Mohram. Dan biz kad dia pun memang nama Mohar so sah lah. Cuma rambut nya dah pendek, dulu-dulu panjang kata Haikal.

BACA  Family portrait tepi pantai

So begitulah permulaan tahun baru kami. Harapnya untuk yang membaca ni, you will have a productive and wonderful 2019 ahead. Thank you for still dropping by this blog.