Pasta Olio goreng sendiri

Nak makan di kedai olio ni, ada yang dari RM5 sampai lah RM25 sepinggan. Kalau ada yang lagi mahal, Qaeds tak pernah jumpa lagi.

Setakat yang dah makan ni, kalau yang RM5 adalah isi daging cincang. Yang RM25 pula, fancy lah ada 2-3 gelung sotong, 2 ekor udang sedang, capsicum halus, mushroom yang tin punya. nasib lah kalau dapat yang fresh dan seciput parsley sebagai garnish.

I understand, kos barang dah semakin mahal. Apa yang dah tak mahal kat Malaysia ni kan? Jawapnya kalau nak makan selalu, kena masak sendiri.

Pasta Olio
Agak-agak kalau buka restoran nak letak harga berapa?

Miss LG sangat gemar dengan Olio ni. Dia juga ajar Qaeds makan pasta ni, kalau tak tau ada bolognese dan carbonara je. Dia selalu cerita kalau tekak terasa nak makan olio, akan pergi ke restoran berdekatan pejabat dan harganya RM14.90. Yang buat sedap, cendawan dah garing-garing.

So Qaeds plan nak cuba buat, step pertama cari resipi di Youtube. Video yang paling banyak dirujuk ialah oleh channel Food Wishes oleh Chef John. Tak kenal pun siapa chef ni tapi suka cara video dia yang simple dan suara yang menenangkan sambil explain resipi.

Pendek cerita, jadilah sekuali Olio, mak tengok macam mee goreng kata nya. Some notes daripada sesi memasak olio ni especially harga bahan:

  1. 300g brown mushroom segar RM6
  2. Capsicum 2 biji RM5. Hiris panjang baru puas dan rasa manis nya
  3. Parsley RM2. Ambil segenggam, cincang halus dan letak last sekali gaul sebelum tutup api. Letak awal masa tumis, rasa parsley akan hilang.
  4. Garlic kena banyak hiris nipis
  5. Tak guna olive oil pun takpe. Tekak Malaysia minyak sawit ok je. Di kedai pun bukan guna olive oil
  6. Udang masak asing, perap dengan garlic cincang dan jus lemon. Mak suruh buang belakang udang yang warna hitam tu.
  7. Grated cheese makes a world difference!
  8. Rahsia mak – garam gula kena pandai bagi rasa
BACA  Nasi dalam buluh @ Nasi Bamboo Sg Klah

Dari prep sampai siap, adalah dalam 1 jam. Makan dalam 15 minit habis semua. Yang penting Miss LG kata taknak makan Olio di kedai lagi dah. hehehe.

Pasta Olio