Santai petang Pantai Remis

Pantai Remis

Balik dari kenduri di Felda Gedangsa, mak nak singgah jalan-jalan di pantai. So, plan nak makan murtabak raja di pasar malam pekan Tg. Malim Qaeds tangguh dulu. Bila fikir balik, lagi best jalan tepi pantai, dah lama tak kena angin laut.

Dari Felda Gedangsa, Qaeds check map dan cadangan jalan ikut Felda Soeharto, Sg. Tengi dan terus ke Bestari Jaya. Pemandangan ladang sawit memang cantik, sebab jalan bukit bukau dia tak macam Felda lain Qaeds pernah pergi. Tak sempat nak berhenti snap gambar sebab rush takut hujan petang.

Mula cadang nak ikut jalan pantai tapi bukan nya nampak pantai pun dari Kuala Selangor, dan trafik mesti sesak punya sepanjang jalan nak sampai ke Pantai Remis. So Google Maps bagi route baik, sikit tak jem. Ikut jalan kampung dari Bestari Jaya sampai ke jalan besar di Jeram.

Sampai di Pantai Remis, mula-mula konfius sekejap. Sebab tengok keadaan pantai yang ditambak batu. Walaupun meriah orang ramai, tapi tak dapat nak bawa mak sampai ke tepi pantai. Check map, ke utara sikit dari tapak pasar petang dan tempat letak kereta, ada camp site dan kami tuju ke situ. Kalau camp site, mesti ada pantai kan? So kalau dalam map, make sure search Pantai Remis Public Picnic Area.

Di tempat piknik ni, kawasan parking nya ada di tepi jalan mengadap pantai. Lagi senang nak piknik, turun kereta terus sampai tapak berkelah.

Pantai Remis
Walaupun ada juga tambak batu, tapi ada kawasan pantai sikit so boleh duduk rehat.

Pantai Remis
Grey skies. Sama macam masa di Pantai Kelanang dan Pantai Morib

Pantai Remis

Dah lepak sekejap bagi mak duduk kena angin laut, kami ke gerai yang paling dekat dengan spot pantai ni. Tekak terasa nak minum air kelapa dan Miss LG pun nak makan kerang bakar.

BACA  Old World Alor Setar

Pantai Remis

Pantai Remis

Dekat gerai ni ada menu masak-masak selain kerangan bakar, ada juga Mee Bandung Udang. Kami order sepinggan try, rasa agak sedap, style mee bandung kuah sos. Lauk udang mewah juga, ada lebih 10 ekor udang tomyam.

Pantai Remis
RM12 sepinggan. Udang 10 ekor

Pantai Remis
Sambal cicah kerang sangat sedap. Ala salsa gitu

Pantai Remis

Pantai Remis
Dan yang ni favorite terbaru Qaeds. Kupang bakar. Ya ampun sedap nya kupang fresh bakar macam tu je. Memang kena sangat cicah sambal cili fresh.

Perut semua dah kenyang, mak pun senyum je. Nak datang lepak Pantai Remis lagi katanya.

Pantai Remis

Pantai Remis
Mak cu pun happy lepak tepi laut