Old World Alor Setar

Alor Setar

Kerap kali ada peluang kalau nak ke bandar dan pekan lama, memang Qaeds sangat suka. Bandar Alor Setar ni, yang dah la sangat jarang dapat nak sampai, punya tarikan yang tersendiri. Walaupun tak dapat lama, hanya beberapa jam, ikut kan pasangan pengantin Miss LG jadi pengapit untuk sesi outdoor, buat Qaeds rasa sangat selesa, lega dan tak sabar nak datang lagi.

Alor Setar

Kali pertama, Qaeds pass through Alor Star, tahun 2010. Balik dari Langkawi, turun feri Kuala Muda dan naik bas di Shahab Perdana, cuma dapat merasa makan bihun sup dekat dengan terminal. Kali kedua dan terakhir, tahun 2013, kerana bekerja. Keluar masuk site, tak merasa apa pun kecuali lepak makan di sekitar stadium. Untuk kali ni, nekad azam mesti mau ambil gambar, janji dapat,

Alor Setar
This one is for you Jimmy…

Alor Setar
Art deco? Macam je

Thing is, Qaeds selalu rasa segan dengan bandar Alor Setar dan negeri Kedah ni umumnya. Sebab banyak individu terkenal yang datang dari sini. Dan rata-rata orang utara yang Qaeds kenal (tak ramai pun) dia punya aura lain macam sikit. Kesimpulannya, sendiri rasa terfikir, apa mistik/misteri sangat Alor Setar dan Kedah ni?

Alor Setar

Walaupun dalam segan, tapi Qaeds selalu teringin nak datang dan stay lama sikit. Nak tengok sendiri apa rupa bandar yang bagi Qaeds, legen-wait for it-dary (sila baca dengan suara Barney Stinson yea).

Alor Setar
Masjid Nagore, sekali imbas baca ingat masjid nogori.

Masjid Zahir

Ini kali pertama Qaeds dapat berjalan-jalan di kawasan bandar, dan dah kerap kali Qaeds ternampak gambar masjid dengan senibina Indo Saracenic warna putih berkubah hitam ni tapi tak tahu apa namanya. Masa sampai di bandar, by accident kami park di sini dulu. So sementara nak catch up dengan pengantin, sempat snap gambar sikit.

BACA  #tb: KL-Sibu-Kuching-Miri-KL

Alor Setar

Memang sangat cantik binaannya, ada iras-iras Masjid diraja Kuala Kangsar dengan bentuk kubah bawang dan lantai marmar. Qaeds snap sedikit dulu beberapa gambar untuk rujukan. Hopefully akan dapat kembali lagi untuk shoot lebih banyak lagi.

Alor Setar
Alor Setar

Alor Setar Portrait
First frame portrait Uddin. Gila awkward dua-dua

Portrait session Pekan Cina

Lepas catch up dengan pengantin di area Pekan Cina, Qaeds notice light quality petang hari digabung dengan tempat rustic Pekan Cina ni, memang sangat magical. Tak pernah lagi dapat perhatikan suasana macam ni, dan yang bestnya dapat la dalam sejam shoot gambar dengan light matahari petang yang syahdu.

Alor Setar
Rust and rust everywhere

Kami ikut pengantin, photographer bawa ke satu bangunan lama, banyak kedai-kedai dan macam rumah pun ada juga. Susah nak cakap, Qaeds tak pernah tengok bangunan macam ni. Pendek cerita, lokasi ni memang sangat best, rustic, jadi lokasi menarik untuk ambil gambar. Memang bagus photographer bawa ke sini, baru Qaeds tau apa rupa tempat boleh photoshoot di Alor Setar.

Alor Setar

Alor Setar

Sambil kami follow pengantin, Qaeds minta si Udin dan Miss LG pose beberapa frame. I don’t know why, it is just so fluid to make portraits around here. Tempat ni rasa seolah buat rasa relax dan boleh have fun nak shoot tanpa gangguan. Biasanya kalau di KL, 5 minit cukup dah buat Qaeds jem taktau apa nak buat. Tapi di sini, berkembang sikit otak nak ambil portrait. There were too many frames, tapi ini antara yang elok lah.

Alor Setar Portrait

Alor Setar Portrait

Alor Setar Portrait

Alor Setar Portrait

Sepanjang sejam lebih di sini, rasa pelik sebab entah macam mana, Qaeds terasa macam at home. Bergerak bebas, tala kamera sana-sini, langkah terasa ringan dan tak rimas pun walau matahari terbenam petang tengah terik. Biasanya kalau di KL, pasti akan terasa restricted, rasa semacam yang selalu mengganggu fikiran Qaeds untuk shoot.

BACA  Istana Bandar Temasha Jugra

Alor Setar Portrait

Alor Setar Portrait

Bila Qaeds dah balik, masa go thru katalog gambar, baru teringat, yang Tok Wan Chik Mohd Arif, ayah mama asalnya dari Alor Setar juga. Tapi dia berhijrah ke Johor dan jadi bomba di Singapura. So, setakat tu saja connection kami dengan negeri Kedah, tapi somehow masa berada di jalanan Pekan Cina, memang Qaeds rasa selesa untuk shoot, dan kebanyakan orang yang Qaeds selisih, semua murah senyuman. Mungkin juga diorang rasa amused tengok Qaeds macam tourist dengan kamera snap gambar sana-sini.

Alor Setar Portrait

Alor Setar Portrait

In the end, Qaeds belum temui lagi apa sebab musababnya mistik bandar Alor Setar ni. Yang pasti, macam orang Jitra yang ada sawahnya, mesti ada sesuatu yang buat Alor Setar ni sangat istimewa. And I can’t wait to come back to find out for myself.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *