Naik Rapid Ferry Penang Island

Rapid Ferry

Rapid Ferry pada Qaeds ialah pilihan pengangkutan stylish untuk keluar masuk Pulau Pinang. At least that is what I think of this very old ferry service. Sedangkan kalau ikut jambatan lagi cepat dan mudah, tak perlu menunggu turn di terminal. Tapi, this is all about going in and out of the island with style. Pilihan Qaeds sentiasa naik feri selagi dapat.

Rapid Ferry Penang
Macam tak lengkap kalau sampai Penang kalau tak naik feri

Kenapa pilih nak guna khidmat Rapid Ferry, well memandangkan Qaeds bukan penduduk area ni, so memang rasa nostalgik dengan naik feri menyeberang ke Georgetown sejak pertama kali masa umur 6 tahun. Dah tak berapa ingat sangat pengalaman dari kecil tu, sebab rasanya kena duduk dalam kereta je tak dapat nak keluar tengok laut. Jadi bila dah besar, setiap kali dapat ke sini, especially dengan abah kalau ikut dia bekerja, memang rajin dia melayan naik feri instead of guna jambatan.

What is there not to like about ferry ride? I like everything about it. Walaupun slow, bau laut kadang buat pening, tapi rasa adventure setiap kali naik tu memang special. I bet orang Penang dah bosan dan immune. Kalau siapa yang first time naik MRT dan LRT di Lembah Klang ni rasa excited, macam tu lah Qaeds dengan feri. Macam beruk dapat bunga pun ada.

Rapid Ferry Penang

Lagipun, susah nak gambarkan perasaan bila feri mula berlepas, perlahan feri meredah laut tenang tak berombak. Kalau pagi-pagi pergi kerja dapat duduk depan feri dekat bahagian haluan, tengok ombak pecah dan angin laut, mesti tenang. A good ritual to start off the day.

BACA  Aidil Adha 1437H - Potret ibadah korban

Rapid Ferry Penang

Untuk trip ni, Qaeds dan Miss LG buat lain sikit, kami nak jadi pedestrian naik feri. Nak rasa jalan-jalan dan duduk di haluan depan, naik turun tangga nak explore. Kami bermula di Georgetown dan park kereta di Lebuh Acheh dan jalan kaki ke Pengkalan Raja Tun Uda. Rate dalam Rm5 kalau tak salah sekali masuk. Ni first time Qaeds park kereta di kawasan ni, dan rupanya sangat senang nak explore jeti kongsi Cina macam Lim Jetty dan Tan Jetty.

Rapid Ferry Penang

Rapid Ferry Penang

Rapid Ferry Penang

Kalau naik dari belah Georgetown, terus jalan kaki saja ikut signboard sampai lah ke belah atas terminal untuk pejalan kaki masuk ke dalam feri. Jauh juga berjalan naik ke atas terminal ni. Tapi bonusnya tak perlu bayar untuk sehala ke Butterworth. Balik nanti baru beli tiket.

Rapid Ferry Penang

Rapid Ferry Penang
Slow-slow naik ramp. This is so weirdly new to me

Rapid Ferry Penang
Layan Candy Crush dulu ye pakcik

So bagi pejalan kaki yang naik feri, terus saja duduk tempat passenger. Tapi Qaeds nak rasa duduk belah haluan feri dan ambil gambar sikit. So off we went.

Rapid Ferry Penang

Rapid Ferry Penang

Bagi orang lain mungkin tak ada apa sangat naik feri tapi entahlah. Qaeds sangat suka benda macam ni. Miss LG pun sama. Kalau hari-hari mungkin jemu kot. Tapi kalau diberi peluang sekarang, I will trade for my boring commute now for this ferry ride to work.

Rapid Ferry Penang

Surely Qaeds takkan tinggal kamera punya on the way to work. Plenty of photo op ada depan mata. Everywhere I turn, a photo presents itself

Rapid Ferry Penang

Rapid Ferry Penang

Rapid Ferry Penang

Rapid Ferry Penang
Legend car with legend passenger onboard legend ferry

Perjalanan feri dalam 15 minit sehala. It is plenty time to think and reflect. Suasana sangat kondusif untuk termenung dan berfikir. Walaupun bising bunyi enjin feri, dan bunyi angin, tapi tak sama dengan bunyi bas dan kereta motor. Lebih tenang dan mendamaikan. Mungkin sebab bunyi enjin feri dan bunyi angin ni low frequency dia jadi white noise kut. Tak lama lepas feri jalan, you just don’t notice the sound. It is just you and your own space onboard the ferry, for 15 minutes.

BACA  Kuala Lipis Scene Aidilfitri 1438H

Rapid Ferry Penang

Bila sampai di Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth, semua kena turun feri dulu. Qaeds ingat boleh stay je atas feri tapi kena turun juga hehe. Kami turun dulu sampai ke tempat bas di Penang Sentral. Tapi sebab laluan jejantas ke Penang Sentral belum siap, kami naik balik terus ke terminal.

Rapid Ferry Penang

Rapid Ferry Penang

Rapid Ferry Penang

Untuk trip balik, Qaeds nak kan gambar view bawah ni je. It doesn’t get any better than this!

Rapid Ferry Penang
Feri dan Menara Komtar. That is quintessentially Penang to me already.

Kali ni tak sempat nak explore jeti kongsi Cina sebab pergi balik naik feri je kami siap dah jam 12 tenghari dan nak balik KL elak trafik petang di Tol Jalan Duta. Sempat minum green tea original dari Jepun dulu seblum balik. So until next time, I will be back for more ferry rides.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *