Slowing down in Jitra Kodiang

Jitra

Memori Qaeds dengan sawah bermula masa umur 9 tahun. Masa tu, by some unfortunate event, terpaksa pindah dari duduk dengan mama dan abah datang jemput.

Masa abah sampai, kata dia “Kita terus nak jalan, ke Sabak Bernam. Ada orang kahwin.” So by chance and fate, dapatlah ikut abah untuk preparation rombongan kahwin kawan baiknya dari Sabak Bernam ke Bachok, Kelantan.

Bila kami sampai, ingat lagi waktu dah malam, sebelum perjalanan rombongan esok hari. Lepas dijamu makan, Qaeds mandi, tukar baju and terus tidur. Rumah suasana kampung, memang mata cepat mengantuk.

Esok paginya, sedar saja dari tidur hari dah pun cerah. Seperti kebiasaan di rumah kampung di Tanjung Adang dan Kuala Telang, tugas Qaeds buka tingkap rumah. So bila nampak tingkap kayu sama macam rumah di kampung, Qaeds pun buka.

Sebaik buka tingkap, terus muka ditiup angin pagi yang sejuk segar. Dan dengan seluas mata memandang, pertama kali dalam hidup tengok sawah padi menghijau sejauh-jauh nya yang boleh dijengah tengok keluar tingkap. It is one of those experience in life that you will never forget.

Sawah padi Jitra-Kodiang
Something like dis

Sayangnya Qaeds dah lupa apa lagi yang dibuat masa di rumah tengah sawah tu. Yang pasti abah tak bagi main tengah bendang takut kena patuk ular. Tak bagi jalan seorang diri takut kena culik. Dan takut kena langgar motor atau lori padi. In the end rasanya Qaeds main tepi rumah je.

Jadi, pertama kali nak ke Jitra ni, Qaeds cakap kat Miss LG “Kita mesti pergi sampai dekat dengan tepi sawah. MESTI!!!”.

BACA  Santai petang Pantai Remis

Saban kali memandu ke utara dari tahun 2009 – 2012, tak pernah sekali pun singgah ke sawah padi. Lalu di Permatang Pauh tengok je. Dari highway bermula Pendang pun dapat jeling-jeling je sebab driving. Dan silap sendiri juga waktu guna Jalan Ayer Hitam dari Alor Star ke Kangar pun tak singgah masuk kawasan kampung. Masa tu dah nak kira rush cepat je sampai hotel nak check-in dan tidur.

Kali ni dh siap check-in Jitra, kami tidur sekejap kumpul tenaga dan siap sedia by jam 5 petang. Sebelum keluar, check Google Maps dulu dan turn on satellite view untuk tengok area sawah berdekatan dengan hotel.

Umumnya bandar Jitra dikelilingi sawah tapi nak cari jalan masuk sedikit tricky. First time, kami sampai dekat sawah tepi taman perumahan yang paling dekat dengan hotel tapi tak dapat nak masuk ke sawah. Berpusing-pusing keluar balik dari taman perumahan dan hit jalan besar Jitra-Kodiang (Jalan Persekutuan no. 176) sebab kiri kanan jalannya sawah sepanjang jalan.

Qaeds decide nak belok kiri dan terus nampak pasar petang jual makanan di Kampung Pulau Nyior, boleh kereta drive thru dan disebalik pasar tu, ke arah kampung terus nampak sawah menghijau. Kira dapat bonus sekali belok terus jumpa makan dan dapat jumpa akses masuk ke sawah yang dicari.

Sawah padi Jitra-Kodiang

Sawah padi Jitra-Kodiang
When the signboard is like this, you know you are deep in sawah country

Sawah padi Jitra-Kodiang

Pulut Ayam Dannok Station

Sawah padi Jitra-Kodiang

Masa drive thru masuk nampak sign banner pulut ayam Dannok Station. Nama pun dah nampak macam barang baik kena try. Qaeds beli sebungkus harga RM4, isinya pulut tanak dan seketul ayam goreng. Pulutnya tawar sikit dan sikit keras mungkin style dia tapi rasa ayam memang sangat sedap. Rasa rempah-rempah yang memang belum pernah makan lagi. Masa order makcik tu goreng balik ayam yang kita pilih dan tabur bawang goreng.

BACA  Kak Bibah Kafeteria Slim River

Sawah padi Jitra-Kodiang

Sawah padi Jitra-Kodiang

Sawah padi Jitra-Kodiang
Rasanya boleh bagi eficient lagi bungkusan pulut dan ayam ni. Kalau taruk sekali alas daun pisang mesti naik lagi rasa

Lepak tepi sawah makan pulut ayam memang best!

Spot sawah #2

Dah siap makan, kami drive lagi di sepanjang jalan utama Jitra-Kodiang (176). Masa tengah drive, Miss LG spot sahabat kegemarannya, lembu tengah meragut, sambil disirami cahaya matahari terbenam. Mesti kena singgah tengok punya kalau jumpa lembu. So puas la cari nak u-turn balik sebab sepanjang jalan ada divider.

Sawah padi Jitra-Kodiang
Dah usha baik dah masa jalan nak mendekat

Masuk jalan adventure off road sikit je dari main road untuk ke tepi sawah, dan kami rasa macam dah sampai syurga dunia. It is just something about seeing plenty of greenery and sunset, rasa tergamam sekejap dengan suam-suam matahari petang dan kehijauan bendang terbentang luas. Miss LG dah senyap tak terkata. Lagi pula asyik nak menegur sahabat baiknya tengah meragut rumput di tepi tali air.

Sawah padi Jitra-Kodiang

Sawah padi Jitra-Kodiang
Kau yang paling hensem pernah kami temui

 

Sawah padi Jitra-Kodiang
Sangat excited tengok pokok padi close up. Terharu pula dapat pegang pokok yang beri sumber makanan utama penduduk Malaysia 

Sawah padi Jitra-Kodiang

Walaupun hanya 20 minit kami spend time di tepi sawah ni tapi masa terasa perlahan berlalu. Banyak benda sempat nak reflect, difikir dan dirungkaikan. Perkara yang selalu tak dapat nak difikirkan walaupun sedang dalam rutin bangun pagi, siap pergi kerja, drive, bayar tol, parking, naik LRT, sampai pejabat terus masuk kerja. Repeat reverse rutin masa balik kerja.

Sawah padi Jitra-Kodiang
Slow that clock down and make time space yours

Sawah padi Jitra-Kodiang
Time stood still

Terasa pelik bila di fikirkan, sedangkan tujuan hidup di bandar untuk survival kelangsungan hidup, tapi persekitarannya tak banyak membantu untuk duduk berhenti sebentar, berfikir mencari jalan nak solve masalah harian. Qaeds iri hati dengan orang di Jitra ni. Kalau diorang ada masalah mesti tak susah nak dapat inspirasi nak selesaikan. Kalau nak view macam ni lagi kena drive sejam setengah ke Kuala Selangor baru boleh start cari inspirasi nak solve masalah. Matilanak…

BACA  Bakso Monster Cafe

Sangat suka dengan masa berlalu perlahan macam ni. Zaman serba tergesa sekarang, untuk dapat slow down, take a chill pill, memang sangat berharga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *