Mee Wantan Kak Ngah Pak Abas

mee wantan

Dalam perjalanan ke utara untuk wedding baru ni, Qaeds dan Miss LG singgah di gerai favorite kami di pekan Tapah untuk sarapan pagi. Sejak kahwin dan ikut Miss LG ke kampung, memang wajib makan di gerai ni, untuk hidangan special mee wantan sup dan fucuk.

Mee Wantan
Total dalam RM12 macam tu. Cari la kat KL makan pagi macam ni RM12 kalau dapat…

Gerai Kak Ngah Pak Abas ni specialize hidangan mee berkuah dari mee, mihun dan mee wantan dengan pilihan kuah sup atau kari. Hidangan nya simple, mee dengan lauk fucuk dan fish cake, dengan kuah pilihan. Sejak jumpa gerai ni di pagi raya kedua raya tahun lepas, makan breakfast di sini memang sangat heaven.

Mee Wantan
Lucky orang Tapah boleh makan macam ni tiap pagi…

Dah beberapa kali makan di sini, boleh disimpulkan hidangan mee yang special ialah Mee Wantan. Pilih nak makan dengan sup, kicap atau kuah mee kari. Sebelum ni Qaeds selalu order bihun sup, extra fucuk dan fishcake, tapi sekarang favorite ialah mee wantan kicap dengan sup mangkuk tepi dan lauk extra.

Mee Wantan
Nak makanan yang rasa ikhlas dibuat je, bukan minta banyak pun.

Miss LG kata, di KL fucuk tak rasa macam yang ni. Makcik gerai ni cakap, fucuk dan fish cake datangnya dari Kampar. Sambil makan, kami dilayan bual ringan dengan makcik gerai, dia beritahu mee wantan pun datang dari tempat berdekatan dengan Tapah juga, di hantar pembekal segar setiap hari.

Mee Wantan
Favorite Miss LG. Asyik sebut nak makan fucuk sup di Tapah.

Kami cakap kat makcik, makanan macam ni susah nak jumpa yang halal di KL. Qaeds gurau kata nak belajar resepi dengan dia nak buka cawangan di KL dan dia suka sangat. Siap suruh ambil anak nya yang tengah belajar seni kulinari kerja dengan Qaeds. Tapi rasanya baik anak dia yang belajar masak tu yang buka cawangan lagi bagus.

BACA  Kuih Pasar Siti Khadijah

Perut penuh terisi, kami teruskan perjalanan sampai ke Jitra, tak singgah dah mana-mana pun untuk lunch sebab dah kenyang. Kalau dulu, mesti singgah port nasi kandar di Butterworth atau ikan bawal goreng di Juru, tapi sekarang tak perlu dah.