Portrait at sunset

portrait

Dalam banyak-banyak portrait Qaeds test ambil gambar, belum pernah lagi buat gambar masa matahari terbenam. Selalunya, Qaeds akan duduk bawah tempat teduh atau cari natural reflector untuk bantu beri exposure yang sesuai dengan gambar nak diambil.

Kalau dapat tempat teduh dengan natural reflector ni, Qaeds tak kisah pun waktu apa nak ambil portrait, sebab biasanya subjek nak gambar yang pleasant, sedap mata memandang dengan light yang even dan sama rata. Setakat ni, resepi Qaeds simple, samada flash bounce di ruang besar berwarna putih, ataupun cari tempat teduh berhampiran dengan pintu atau gerbang.

Children Portrait Aidilfitri Masjid Wilayah
Terik matahari pagi, di laluan tepi masjid. Family portrait Masjid Wilayah

Nusra Asia
Teduh bawah pokok waktu tenghari. Photography for Nusra Asia

Malay wedding photography
Walaupun out in the open, gambar ni waktu matahari sikit je terik dibalik awan. Dapat dalam 10-15 saat saja kebetulan masa berdiri di spot ni. Gambar kahwin tepi jalan Zila dan Syidan

Jadi masa ke Tanjung Harapan baru ni, niat nak cuba sesuatu yang berbeza supaya shoot dalam keadaan lighting yang omputeh bahasakan sebagai Golden Hour. Kalau kena gaya cuaca, matahari sebelum terbenam akan sangat terik, dan sedikit berawan. Dan dalam beberapa minit je sebelum terbenam, cahaya kurang intense dan boleh nak shoot menghadap matahari.

Untuk Miss LG dan projek Talisa Malaysia, Qaeds diminta untuk produce gambar yang pleasant, lighting even sebab Miss LG nak peraga kan produk-produk fashion jualan. Setakat ni dapat Qaeds deliver ikut kehendak Miss LG, supaya sesuai dengan tema Talisa Malaysia.

Kali ni, Qaeds nak cuba produce portrait yang dramatic dan gritty. Yang merenggut perhatian, dan membawa siapa yang melihat untuk turut sama berada di tepi pantai matahari terbenam. Bonus point kalau tiba-tiba rasa suam cahaya matahari sekali. Yes, that is the kind of feelings Qaeds nak cuba invoke dalam portrait ni.

BACA  5 minit portrait tepi jalan KLIA

Seperti biasa, tabiat Qaeds yang memang tak suka over prepared bila nak shooot sebab takut akan mental block kalau apa yang berlaku tak ikut rancangan. So we just went with the flow. Sampai je minum ais kepal dan makan anak crab goreng dulu. Lepak tengok orang lalu-lalang.

Dah dalam 15 minit nak Maghrib, Qaeds minta Miss LG berdiri di tepi tebing yang waktu tu pula air tengah pasang dan ombak pecah memang sipi lagi nak kena. Puas pujuk Miss LG untuk pose sekejap sebab light yang Qaeds cari ni ada sekejap sahaja. Kalau terlepas, that’s it, memang kena ulang semula hari lain.

Tanjung Harapan Portrait
First few test shot. Light masih sangat terang. Belum dapat apa yang Qaeds nak

Tanjung Harapan Portrait
Dah dekat dah, tapi tak cukup lagi

Tanjung Harapan portrait
Right about there. Metering Qaeds tak sempat nak tengok dah, harapkan kamera dalam Aperture priority mode akan buat part dia. Qaeds tekan shutter je dan make sure focus sebab f2 ni

Tanjung Harapan Portrait

Kalau ikut spec sesetengah orang “…apa la gambar gelap, muka orang tak jelas, kelam-kelam je gambar?”

So kenapa nak buat portrait macam ni? Kalau ikut spec sesetengah orang “…apa la gambar gelap, muka orang tak jelas, kelam-kelam je gambar?” Qaeds nak cuba tengok apa effect gambar bila ratio shadow dan highlight yang berbeza dengan gambar portrait sebelum ni. Bagi Qaeds, bila nisbah shadow lebih dari highlight, akan beri rasa dramatik dan mendebarkan. So harap dapatlah dipaparkan dalam gambar beberapa keping ni.

Dah dapat try ni, puas hati sebab berjaya tangkap light portrait waktu Golden Hour yang mahal ni. Mungkin next time boleh step up sikit set up portrait, tapi Qaeds consider eksperimen kali memberi hasil yang cukup lumayan.

Bila azan pun dah berkumandang, kami pun beransur bergerak pulang. Next time cari spot lain pula untuk ambil proper portait.