Bon Odori 2018

Bon Odori Malaysia 2018

Tahun ni sekali lagi Qaeds ke berkunjung ke Stadium Panasonic di Seksyen 21 Shah Alam untuk pesta Bon Odori Malaysia yang kali ke 42. Seperti pesta yang sebelum ni, misi Qaeds kesini untuk cari foto sebagai kenangan, dan untuk tengok tarian bon comel.

Bon Odori Malaysia 2018

“…gambar apa lagi nak ambil tahun ni?”

Tapi kali ni mental block terlebih sikit, sebab awal-awal dalam fikiran “…gambar apa lagi nak ambil tahun ni?” Qaeds memang ada problem sikit, susah nak ulang ambil gambar subjek yang sama, akan asyik terfikir nanti mesti ulang ambil gambar yang sama.

So kali ni Qaeds sampai lebih awal, semasa hari masih cerah. Di sekitar yagura, ada dah yang ready menunggu untuk sesi pertama tarian bermula. Masa ni dapatlah snap wajah-wajah unguarded, masing-masing dalam dunia sendiri, mungkin dah sampai Jepun agaknya. Dan untuk bon odori kali ni, Qaeds nak fokus pada dancer atas yagura pula.

Bon Odori Malaysia 2018

Bon Odori Malaysia 2018

Bon Odori Malaysia 2018

Sebelum sesi pertama bermula, ucapan aluan diberi oleh Chairman of Japan Club Malaysia. Yang terbaik nya, beberapa perenggan permulaan, beliau berucap dalam Bahasa Melayu, yang mendapat perhatian ramai bersorak memberi sokongan walaupun pelat sebutannya. Ini mesti ikut contoh Peguam Negara Tommy Thomas ni.

Bon Odori Malaysia 2018

Tahun ni tiada persembahan fireworks. Puas Qaeds tunggu, rupanya memang tak disediakan dalam aturcara majlis. Memang dah aim nak ambil gambar fireworks tapi apakan daya, tiada sponsor agaknya tahun ni.

The crowd

Seperti kebiasaan yang hadir semakin ramai orang tempatan. Spot berkelah semua hampir penuh, ramai yang datang bawa keluarga, dengan bekal makanan atau beli di food stall yang disediakan.

BACA  Family portrait tepi pantai

Qaeds nampak tahun ni macam kurang sikit orang Jepun, yang nampak makin ramai pakai yukata dengan tudung.

Bon Odori Malaysia 2018

Bon Odori Malaysia 2018

Ada juga spot beberapa tourist dari barat, nampak macam dah jadi event tourism wajib pula Bon Odori ni kalau datang Malaysia waktu bulan Julai.

Bon Odori Malaysia 2018

Bon Odori Malaysia 2018

Cuaca sedikit mendung, matahari di balik awan. Mujur tak hujan, kalau tak memang tak dapat nak menggambar tahun ni. Tapi keadaan cuaca macam ni dengan udara lembab, berpeluh-peluh Qaeds nak mencelah-celah cari spot ambil gambar.

Bon Odori Malaysia 2018

Bon Odori Malaysia 2018

Bon Odori Malaysia 2018

The dancer that got my attention

Diantara 42 penari dari kalangan pelajar di atas yagura, ada seorang yang sangat menarik perhatian Qaeds.

Bon Odori Malaysia 2018

Si dia ni sentiasa tersenyum, dari set pertama mula jam 6 petang, sampai set ke 3 jam 9 malam, dia terus menari sambil tersenyum ceria. Kadang-kadang di selang masa short break, terlihat kepenatan di wajah tapi sebaik muzik ondo dipasang, dia terus menari dengan senyuman.

Dan antara semua yang menari, dia yang Qaeds nampak sangat komited dengan pergerakan tarian. Setiap gerakan tangan di execute dengan bersungguh, setiap lenggok dibuat dengan secukup nya, menjadikan Qaeds enjoy tengok tarian dia.

Bon Odori Malaysia 2018

Bon Odori Malaysia 2018

Tujuan asal bon yang dicipta oleh sami Buddha bernama Kuya pada zaman Heian (794 – 1185 Masihi) adalah untuk menyambut roh nenek-moyang dan ahli keluarga yang telah meninggal, datang untuk mendapatkan berkat doa diiringi paluang gendang.

Mungkin sebab tu, si penari cilik ni dengan tenang dan senyuman manis terus-menerus mempersembahkan tarian apabila ondo dimainkan. Untuk say goodbye pada roh nenek-moyangnya.

Bon Odori Malaysia 2018

Until next bon, I hope she will dance again.

The dancing MB

Waktu set ke 3 dan yang terakhir, ada tetamu VIP yang turut serta di atas yagura. Biasanya masa ni lah VIP yang ada akan dijemput sekali menari sama. Tapi kali ni Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari join sekali. Kebiasaannya wakil kerajaan negeri saja yang hadir, tapi kali ni MB sendiri turun (or naik) ke atas yagura. Way to go Mr. MB!

BACA  Masjid Besi @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya

Bon Odori Malaysia 2018

Bon Odori Malaysia 2018

A note to the organizing committee

I hope there is someone from Japan Club Malaysia will be reading this. I wish for:

  1. Only Japanese dancers in the second set. I understand you want to promote inclusion, but just to have a wee bit more authentic feel, please have only properly attired dancers in the second set, out of the three. Or whichever set you want as long as we have it this way.
  2. Black t-shirt for the accompanying dancers from local schools. Orange just doesn’t do well in images. Red yagura, orange t-shirt, its super warm tone galore! As a result, this year I do not photograph them. Sorry kiddos, vote for black/navy/white t-shirt next year!
  3. Slightly lower the yagura fencing, as the palangs got in the way in every shots. I know its probably for the dancers safety but a foot lower might do the trick, balancing with nice view of the dancers and keeping them safe. Or maybe make yarn rope fencing. That’ll look great in the photographs!
  4. Maybe a bigger venue next year? I think this is the one time of the year residents in Seksyen 19 & 20 will be really pissed with the traffic surrounding Seksyen 21. Plus, we could use a slightly bigger space with the growing number in attendance.

Finally, thank you for all your hard work this year and I hope & pray to be there again next year, insya Allah.

Dah tahun kedua Qaeds ambil gambar Bon Odori ni, masih tak sampai ke Jepun lagi. Tahun depan la kut…

Bon Odori Malaysia 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *