Bayu laut Tanjung Harapan

Tanjung Harapan

A long-long time ago, first time arwah abah bawa Qaeds datang Tanjung Harapan untuk makan malam seafood. Makanan nya memang sedap, cuma Qaeds ingat-ingat lupa restoran yang mana satu kami makan. Waktu pergi tu lewat petang dan bila balik, dah lewat malam, so sudah nya tak ingat dah jalan nak pergi semula. Jadi bertahun-tahun lah tak ulang pergi semula ke sini.

Dan dengar kata, harga makan seafood makin ngeri di sini, sebab memang jadi tumpuan ramai. Jadi mintak mak je lah masak bawal sweet sour kat rumah.

Seperkara yang buat Qaeds selalu teragak-agak nak ke kawasan Port Klang ni sebab jalan nya. Tak pernah lagi ada jalanraya yang buat Qaeds rasa ngeri dan sangat bosan untuk sampai ke satu tempat. Jalan highway yang sibuk dengan lori kontena laju dan lekuk-lekuk memang boleh buat serik kalau kurang sabar. Dan seingat Qaeds masa sekolah ikut abah bekerja ke area Port Klang, memang sangat boring sebab takda apa yang menarik di sepanjang jalan.

Masa Ramadhan baru ni dengan Miss LG dah rindu nak tengok laut dan Qaeds pun dah lupa apa rasanya duduk tepi laut since last time kami ke Pantai Morib, jadi kami gagahkan juga memandu ke Tanjung Harapan.

Dan sekian lama, dapat lah tengok matahari terbenam. Dah lupa macamana warna oren dan biru langit dan hangat nya matahari senja. Kamera tinggal di rumah so tengok je lah pemandangan cantik sambil berbuka.

Time puasa memang tak ramai orang sangat, dan Qaeds ingat memang macam ni lah crowd di Tanjung Harapan ni. Tapi rupanya kalau bulan biasa, memang penuh orang datang lepak santai petang hari.

BACA  Masjid Diraja Sultan Suleiman
Tanjung Harapan
Nak memancing ikan boleh, kalau ada rezeki pancing orang pun dapat.

Its really cool to see ramai orang masih enjoy bersantai petang macam ni dengan family, having good time. Walaupun pantai tak sesuai mandi, tapi budak-budak dapat juga enjoy di gigi air berdiri atas tebing tambak.

Tanjung Harapan

Tanjung Harapan
Baby crab goreng sedap. Makan sampai calar lelangit mulut.

Walaupun pemandangannya tak banding dengan pantai peranginan, tapi something about bayu pantai dan bunyi ombak yang buat Qaeds rasa segar dan focus. Seperti masa berbulan-bulan Qaeds bertugas di tepi pantai di Dungun, Pasir Gudang dan Kuala Perlis sepuluh tahun dulu. Just ignore lah kalau bau-bau asap kapal dan tongkang tu.

Tanjung Harapan

Niat Qaeds datang nak ambil gambar waktu sunset sebab tak pernah buat lagi. Dan macam biasa, Miss LG la mangsa model. Result portrait in next post.

Tanjung Harapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *