Masjid Diraja Sultan Suleiman

Masjid Diraja Sultan Sulaiman

Ask me a uniquely built mosque and I will tell you about Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang. Masjid yang siap dirasmikan pada tahun 1934 ini adalah pemberian kerajaan British kepada Sultan Selangor ke 5, Sultan Alaeddin Sulaiman Shah semasa pengisytiharan bandar Klang. Menggabungkan beberapa jenis gaya senibina yang umum di Eropah pada masa tu, tapi pasti asing bagi penduduk Klang.

Umum bagi masjid-masjid yang dibina sezaman dengan nya, macam Masjid Ubudiah Kuala Kangsar atau Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, hanya satu jenis gaya senibina yang paling menonjol, yang jadi panduan utama si arkitek bertanggungjawab.

Masjid Diraja Sultan Suleiman
European Art Deco meets cathedral Neoclassical

Di Kuala Kangsar, gaya yang paling menonjol ialah Indo-Saracenic, biasa digunakan British untuk membina bangunan pejabatnya di India dan Malaya, seperti bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka. Tapi di Masjid Diraja Sultan Suleiman ni, gaya Art Deco dan gereja Neoclassical dan sedikit pengaruh Moorish jadi pilihan arkitek upahan British, Leofric Kesteven.

Ubudiah Royal Mosque
Indo-saracenic. Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Selepas Istana Bandar, ini bangunan kedua di Selangor yang memang sangat breathtaking bagi Qaeds. Susah nak hadam woo masa first time tengok.

Istana Bandar
Gothic. Istana Bandar, Banting

So, dah kenapa bina masjid dengan rekaan gereja? Tak tahulah apa kes si arkitek ni, tak dapat memo agaknya. Dah confuse mungkin sebab Sultan Alaeddin dah ada masjid diraja di Kampung Bandar. Qaeds belum pun dapat apa kisah sebalik design masjid ni, kalau dapat info sure best.

Córdoba
Mosque Cathedral Córdoba

Hagia Sophia Central Hall
Hagia Sophia

Sedangkan Masjid Besar Cordoba di Andalusia dan Hagia Sophia di Istanbul pun kedua-duanya berasal sebagai gereja tapi diubah kepada masjid setelah ditakluk dinasti Islam Umayyah dan Ottoman. Yang pasti, pilihan rekaan Kesteven atas apa pun sebabnya, menjadikan masjid ini unik, yang paling unik Qaeds pernah lawat.

BACA  Portrait at sunset

Art Deco

Ciri gaya senibina Art Deco ni, yang paling mudah Qaeds boleh ingat ialah bangunan Pasar Seni dan juga beberapa bangunan-bangunan asal di sekitar Jalan Silang dan Jalan Tun Perak. Tiada ukir-ukiran gaya tradisi Melayu ataupun Indo-Saracenic yang biasa jadi pilihan pada masa ini. Banyak garis-garis jitu lurus, dengan pattern yang ada corak relief dan geometrik yang mungkin buat proses binaan lagi mudah dan kos efektif.

Masjid Diraja Sultan Suleiman
Beauty in geometric shapes

Masjid Diraja Sultan Suleiman
Corak relief geometrik. Boleh letak pasu bunga juga

Di perimeter bangunan masjid, ada menara monolitik sebagai ciri utama gaya Art Deco, ditambah elemen simbol Islam sebagai pelengkap. Kubahnya pun berbentuk separuh bulat gaya bangunan Neoclassical tipikal, bukan bentuk bawang macam Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,

Masjid Diraja Sultan Suleiman
Majoriti clean straight lines, Art Deco at its best

Neoclassical

Di bahagian dalam masjid, gaya gereja Neoclassical ni semakin ketara. Antara stain glass dan bentuk tiang umpama gerbang pada bahagian dalam ni, memang mendominasi pandangan sebaik sahaja masuk kedalam.

Masjid Diraja Sultan Suleiman
Pagar besi asal 1934

Bahagian mihrab nya memang berbeza, lebih panjang kedepan, dan imam tak gunakan pun bahagian ni. Qaeds tengok sejadah imam dibentang di kaki tangga mimbar, supaya saf belakang imam dapat satu baris panjang.

Masjid Diraja Sultan Suleiman
Favorite angle Qaeds di bahagian dalam

Mimbarnya pun rasanya yang paling besar dan paling megah design Qaeds pernah tengok. Mungkin saiznya lebih kurang sama dengan mimbar di Masjid Negeri dan Masjid Wilayah Persekutuan. First tengok mimbar ada kibar bendera.

Masjid Diraja Sultan Suleiman
No, you are not in a cathedral honey…

Di sekeliling ruang solat utama ada banyak pintu masuk kecil yang ditutup dengan pagar yang Qaeds rasa masih lagi yang asal sejak masjid dibina. Walaupun melalui projek pemuliharaan selama tempoh 2 tahun sehingga November 2017, banyak ciri-ciri asal masjid masih dikekalkan.

Masjid Diraja Sultan Suleiman

Masjid Diraja Sultan Suleiman
Best view of all. Betul-betul sebelah kaki sejadah imam

Bagi Qaeds, dapat datang ke masjid ni beri rasa sense of wonder, seolah berada di negara lain. Mungkin sebab isi dalam masjid yang tak dipenuhi apa-apa buat mudah rasa tergamam bila melihat keseluruhan gaya seni bina yang memang asing. Ada rasa berdebar, kagum dan tertanya-tanya sejak dari tiba sehinggalah dah balik. Dan rasa bersyukur sebab berpeluang dapat singgah tengok sendiri keindahan dan keunikan binaan masjid ni.

BACA  KLPF 2016: Ronda fotografi di StarXpo Centre KWC
Masjid Diraja Sultan Suleiman
Keindahan masjid Qaeds dan Masjid Diraja Sultan Suleiman. heheh

Masjid Diraja Sultan Suleiman
So do not worry, akan dapat anak cucu tengok Insya-Allah

Kalau tiba di bandar Klang, sebagai alternatif kepada Masjid Bandar Diraja Klang kerana payah nak parking, jemput lah ke Masjid Diraja Sultan Suleiman. Hanya 2 minit memandu dari stesen KTM Klang atau lagi mudah ikut Jalan Istana dan Jalan Raja Jumaat. Ruang parkingnya banyak dan kemudahan tandas baru juga ada selepas siap renovation. Sambil-sambil boleh cuci mata menikmati keanggunan seni bina masjid sebagai kenangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *