Potret Sultan dan Pembesar

Dalam proses research untuk post Masjid Ubudiah, Qaeds mencari gambar Sultan Idris I, Sultan Perak yang mengilhamkan pembinaan masjid tersebut.

Paduka Sri Tuanku Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu'llah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar
Sultan Idris I, Sultan Perak ke 28. Photo courtesy of © Victoria and Albert Museum, London

Pencarian Qaeds membawa kepada satu laman web milik Victoria and Albert Museum (V&A Museum) di London, yang kini memegang hak ke atas satu koleksi negatif gambar-gambar pembesar, raja dan pemerintah dari pelbagai negara, yang diambil oleh studio gambar Lafayette dari 1800 hingga 1900.

Dalam koleksi Lafayette Negative Archive ni, ada gambar 3 individu yang juga sultan dan pembesar Melayu. Sungguh tak sangka dapat jumpa gambar potret sultan terdahulu, dengan kualiti gambar yang agak baik. Gambar asal diambil dengan negatif plat kaca, dan kisahnya hampir saja plat negatif ni dibuang selepas tersembunyi selama puluhan tahun dibawah timbunan debu dan sampah.

Dalam koleksi ni juga ada banyak portret raja-raja dari pelbagai negara, anda boleh tengok ikut kategori. Agak menarik sebab dapat tengok rupa portret raja dulu-dulu bergambar. Kalau tengok gambar Sultan Abdul Hamid Halim Shah, dapat tengok pada baju nya kalimah “Ya Allah” dalam tulisan Arab.

Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Hamid Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ahmad Taj ud-din al-Mukarram Shah
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke 25. Photo courtesy of © Victoria and Albert Museum, London

Qaeds berjaya dapatkan izin dari kurator V&A Museum untuk gunakan gambar-gambar ni. Kepada yang nak guna, boleh ambil dari laman web V&A Museum dan pastikan credit line diberi seperti dalam caption, untuk elakkan isu pelanggaran hak cipta oleh tuan pemilik gambar.

Tunku Mahmud
Tunku Mahmud. Photo courtesy of © Victoria and Albert Museum, London

Deskripsi pada gambar hanya baru dikemaskini secara berperingkat-peringkat oleh kurator V&A Museum, dan dari jumlah hampir 80,000 plat kaca masih lagi ada yang belum dikatalogkan. Mungkin juga akan ada lagi gambar sultan dan pembesar Melayu yang akan ditemui dan harapnya akan dapat kita lihat di laman web V&A Museum nanti.

BACA  Wedding portraits

Dari rekod laman web V&A, koleksi ni pernah dipamerkan di Muzium Kesenian Islam pada tahun 2007. Mungkin satu hari nanti koleksi ni akan kembali dipamerkan untuk tatapan rakyat Malaysia sekali lagi. Tahun 2007, Qaeds tengah loklak lagi guna kamera pun tak reti.