
Untuk pengakhiran 2017, Qaeds angkut mak-mak LG ke Pantai Morib. Berbekal makaroni goreng serba sikit, kami menuju ke pekan Banting pagi hari terakhir 2017.
Pantai agak meriah, dah penuh kereta parking di semua ruang yang ada. Seronok lagi tengok masih ramai orang yang nak berpiknik di pantai. Tapi masih banyak ruang ada nak bentang tikar.
Kami park tikar bawah pokok rhu, antara khemah orang bercamping. Slow-slow makan sambil kena tiup angin laut, buat mata berat sepanjang masa.
Pantai Morib yang Qaeds ingat ialah air surut sejauh mata memandang. Kali ni pun sama. Sama macam Pantai Kelanang, ramai orang berjalan ke tengah untuk “shopping” makanan laut especially pepahat. Consistent juga hasil tengok orang bawak balik sebekas besar masing-masing. Next time nak juga pergi cari pepahat, buat goreng berlada.
Macam-macam aktiviti orang buat di Pantai Morib ni. Ada yang lepak saja ambil angin, main layang-layang, layan anak-anak naik basikal. Semua lepak dalam masa sendiri, dibuai angin laut.
Cuaca sangat menyenangkan hati, sekejap mendung, sekejap matahari menjengah sikit. Dan kejap hujan renyai sikit. Qaeds lega dapat melayankan mak berdua dan Miss LG berpiknik dengan cuaca macam ni, signalling a peaceful transition to 2018.